Wednesday, August 26, 2009

KEMENANGAN PAS, MALAPETAKA BUAT BN & UMNO !!!

ALHAMDULILLAH, syukur atas KEMENANGAN di Permatang Pasir. Semoga dengan KEMENANGAN DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ini akan terus membakar semangat kita untuk terus berjuang tanpa jemu demi menegakkan kebenaran dan menghancur sifat BONGKAK & SOMBONG yang begitu sebati dengan UMNO & Bee End. Seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Hulu Langat mengucapkan TAHNIAH kepada Ustaz Salleh Man dan seluruh jentera pilihanraya serta semua penyokong-penyokong PAS & pakatan rakyat atas kejayaan  mengekalkan  “status quo” di Permatang Pasir. Semoga pengabdian kita kepada Allah akan bertambah dan rasa syukur kita akan terus memuncak.

 

UMNO dan Bee End seperti biasa enggan menerima hakikat kekalahan yang berterusan. Kata mereka, PAS menang dengan majoriti yang menurun. Majoriti yang menurun itulah yang digembar-gemburkan. Tidak pula disebut di dada-dada akhbar undi Bee End juga menurun !!!  Apakah mereka buta dengan angka ????   Adakah kemenangan dengan majoriti 4,551 undi menggambarkan rakyat mula hilang keyakinan pada PAS & Pakatan Rakyat????  Sama-samalah kita fikir-fikirkan. Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.  Ini merupakan isyarat tegas dari rakyat bahawa pemerintahan Bee End tidak direstui walaupun PM telah bertukar ganti. Ia juga merupakan terjemahan perasaan rakyat bahawa rakyat semakin meluat dengan gelagat dan karenah BN/UMNO yang berterusan menzalimi rakyat. Samada mereka sedar atau berpura-pura tidak sedar, mereka perlu menerima hakikat bahawa BN telah KALAH berterusan dalam setiap kali pilihanraya kecil yang diadakan. Dan ini juga adalah akibat dari kelancangan & keceluparan mulut-mulut pemimpin UMNO yang berterusan menghina kepimpinan ulama’ !!!!

 

SALAM TAHNIAH DARI TINTA SRIKANDI BUAT SEMUA.. J

 

Monday, August 24, 2009

Seperti penagih kehabisan bekalan???

Isu fitnah kepada Tuan Guru, Mursyidul Am PAS menjadi suatu isu sensasi yang sukar utk saya maafkan. Mengapa media-media BN berhempas pulas berusaha utk mencemarkan nama baik Tuan Guru Nik Aziz ? Mengapa mereka sedaya upaya mahu menanamkan rasa benci dan marah kepada Tuan Guru atas kenyataan mengenai syurga & neraka ? Mengapa perlu diserang PAS kiri & kanan ?? Mengapa begitu jahat wartawan-wartawan dan orang-orang media yang sanggup memfitnah seorang pemimpin yang tidak pernah diragui kepimpinannya ??  

JAWAPANNYA ialah, tidak lain dan tidak bukan adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred) kepada PAS sempena pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Ternyata BEE END  dan jentera pilihanrayanya gagal membunuh karektor calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama. BEE END ternyata takut dengan bayangan kekalahan yang bakal dihadapi di Permatang Pasir. Sudah pasti bayangan kekalahan ini akan menjejaskan kredibiliti PM yang amat disanjungi oleh penyokong-penyokong BEE END. Pilihanraya ini amat penting bagi PM yang pastinya akan mengukur mandat rakyat kepadanya.

Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup' "Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah." "Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan biasa Umno & Barisan Nasional."

SAMA-SAMALAH KITA FIKIR-FIKIRKAN..:)

Friday, August 21, 2009

SAY NO TO BEE END !!!

17 PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

 

Source : Pemudagombak.com

 

Selangkah Menuju Ramadhan..

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA…

Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT. Salah satu sunnah yang sewajarnya kita hidupkan sebelum melangkah ke gerbang Ramadhan adalah dengan menyebarkan ucapan tahniah dan menzahirkan kegembiraan atas kunjungan bulan yang agung dan barakah ini. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat Muhammad yang tidak pernah dianugerahkan kepada mana-mana umat yang terdahulu. Antara ucapan yang biasanya diucapkan oleh para Salaf adalah ucapan “Ramadhan Kareem” yang bermaksud “Selamat menyambut Ramadhan yang mulia”.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini yang sewajarnya kita hayati dan meraihnya adalah seperti berikut:

1.   Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;

Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith: 

Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim). 

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH

2.   Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini. 

3.   Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Malah, sebagaimana yang telah terbukti dalam banyak hal, kandungan Al Quran lebih saintifik dan rasional daripada teori-teori ciptaan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.

4.   Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Laylatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya laylatul Qadr. Walaubagaimanapun Rasulullah SAW memberikan penekanan untuk memburu laylalatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir Ramadhan khususnya pada malam-malam angka ganjil. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah selama seribu bulan ataupun 83 tahun lebih. 

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW: 

Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah”  (riwayat Ibn Hibban- Sahih) 

Selamat Berpuasa dan Beribadah. Ramadhan Kareem.

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN DR DEWAN MUSLIMAT PAS H.LANGAT

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Ya Allah…Sesungguhnya kami tidak layak menghuni syurgamu ... Namun kami tidak sanggup ke nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu .

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami & dosa seluruh umat2 Islam diserata pelosok dunia ini.

Ampuni kami Ya Allah..

SEMOGA AMALAN KAMI PD RAMADHAN AL-MUBARAK KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA, INSYAALLAH..

Wednesday, August 19, 2009

CALON ANDA : N 11 PERMATANG PASIR

Asal

:

Permatang Sungai Dua, Kepala Batas

Status

:

Sudah beristeri dan mempunyai 5 orang cahaya mata

Pendidikan/Latihan:

  • Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
  • Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Seberang Perai
  • Mempunyai kelulusan 5 Thanawi
  • Sekolah Menengah P.G.A.S
  • Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan
  • Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Syariah

Pengalaman Kerja:

  • Berkhidmat sebagai Pegawai Masjid
  • Penceramah Bebas
  • Pengarah Syarikat Enterprise
  • Pengurus Sekolah Swasta

Jawatan Dalam Parti:

  • Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor (1987-1989)
  • Mantan Yang Dipertua Kawasan Tasek Gelugor (1990-1993)
  • Mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (1994-1997)
  • Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang (1998-2001)
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang (2007 hingga sekarang)

CALON PILIHAN KEPIMPINAN ULAMA'.

ALLAHU AKBAR SERUAN KITA..

TERUSKAN PERJUANGAN, KEKALKAN KEMENANGAN..!!

UTUSAN TAK PERNAH SERIK !!!!

Benarkah seorang Tok Guru yang kita sayangi dan segani sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan keras dengan  mengatakan ahli UMNO takkan masuk syurga ?? Menyirap darah saya tatkala seorang rakan sepejabat menyelar Tuan Guru dengan statement yang dikeluarkan oleh Utusan Meloya semalam. Bagi yang tidak mengenali peribadi Tuan Guru,  dan tidak memahami perjuangan PAS sudah pasti isu ini membuatkan mereka semakin benci dan meluat dengan PAS.

Hakikatnya inilah FITNAH yang direka khas oleh Utusan Meloya yang semenangnya terkenal dengan sifatnya yang suka memutar belitkan fakta. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada PEMFITNAH yang memutar belit kenyataannya. Mudah-mudahan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan dan memerintahkan NSTP Press, syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana telah memfitnah beliau dalam laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk" dapat memberi pengajaran berguna kepada Bee End & konco-konconya.

Tintasrikandi menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bijak dalam menganalisa isu. Jangan sesekali terpedaya dengan media UMNO & BN yang seringkali memperbodohkan rakyat dengan fitnah dan berita-berita yang memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

 

 

Diambang PRK Permatang Pasir : AMANAH !!!

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar At-Tabrani].

AMANAH merupakan aspek dan nilai terpenting bagi setiap yang bergelar PEMIMPIN. Justeru, bagi mereka yang tidak mempunyai sifat AMANAH dalam diri, usahlah bermimpi dan bercita-cita untuk menjadi pemimpin kerana sudah pasti KEPIMPINANNYA akan membawa kepada kehancuran pada dirinya dan juga masyarakat yang berada di bawah kepimpinannya.

Pilihanraya kecil di Permatang Pasir akan menyaksikan pertembungan antara PAS & Bee END. Seperti yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli syura & kepimpinan PAS, calon PAS yang terpilih untuk memikul AMANAH KEPIMPINAN di Permatang Pasir ialah Ustaz Mohd Salleh Man. Mudah-mudahan Ustaz Salleh Man akan teguh berdiri bersama-sama dengan jentera pilihanraya PAS & Pakatan Rakyat untuk memastikan KEMENANGAN akan menjadi milik kita.

Menurut makluman yang diperolehi dr President Majlis Peguam, Ragunath Kasavan, calon Bee END Rohaizat Othman yang bertanding tidak lagi beramal & berdaftar sebagai peguam kerana telah dipecat sejak 7 Mac 2008 kerana terlibat dalam kes pecah amanah di bawah kesalahan Bahagian 103D Akta Guaman 1976, tentang salah laku dan tindak tanduk peguam. Menurut Presiden Majlis Peguam itu lagi, tuduhan salahlaku calon Bee End itu adalah kes pecah amanah yang melibatkan Koperasi Pekebun Getah.

Pemilihan calon Bee End yang terlibat dalam kes pecah amanah itu membuktikan bahawa sememangnya Bee End ketandusan calon2 yang layak utk menjadi pemimpin. Mengapa perlu dicalonkan seorang peguam yang telahpun dipecat kerana kesalahan pecah amanah ???? Kalau sekadar pandai bercakap & berkempen berdegar2 tetapi kredibiliti & sifat amanah tiada dalam diri, usahlah bermimpi untuk menjadi PEMIMPIN !!!

Sama-samalah kita fikir-fikirkan…

SALAM PERJUANGAN DARI KAMI :

KEPIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS, KAWASAN HULU LANGAT..

Sunday, August 16, 2009

Isu arak : SELESAI...

Perselisihan antara Datuk Dr Hasan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor dengan pemimpin pusat DAP, Ronnie Liu telah selesai dengan perbincangan kedua-dua pihak dan pengumuman melalui sidang media baru-baru ini. Dalam kenyataan media, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam. Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan dijual kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.


Isu arak hangat diperdebatkan dan media Bee End seperti biasa memainkan peranan utama menokok tambah dan menjadikan isu arak sebagai modal untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa hubungan pimpinan Pakatan Rakyat semakin retak. Namun, penyelesaian terhadap isu ini hakikatnya membuktikan bahawa PAS tidak sesekali akan bersekongkol dengan kemungkaran khususnya penjualan arak kepada masyarakat Islam. Dan ia juga memperlihatkan kebijaksanaan pimpinan PAS menyelesaikan isu ini dengan hikmah dan membuahkan persefahaman antara DAP & PAS.

Seharusnya pimpinan Bee End patut bermuhasabah kerana sepanjang pemerintahan mereka di Tanah Melayu ini sejak tahun 1957 yang kononnya memperjuangkan "Ketuanan Melayu", mereka tidak mampu menghalang orang Islam bermaharajalela dengan minuman beralkohol dan arak yang sememangnya memudharatkan. Pastinya ker
ajaan Bee End dengan kuasa yg ada mampu mengarahkan JAKIM atau pihak berkuasa tempatan menghalang penjualan arak kepada orang Islam, tetapi mereka membutakan mata dan memekakkan telinga kerana mereka anggap perkara ini tidak penting dan tidak menebalkan poket mereka. Inilah bezanya pimpinan UMNO dengan PAS. Berasaskan kepada aqidah perjuangan PAS yang berteraskan Al-Quran & Sunnah, jelas sekali PAS tidak akan bersubahat dalam isu ini.

Tahniah kepada Datuk Hassan Ali dan seluruh kepimpinan PAS. Semoga dakwah kita akan terus berkembang dan mad'u kita semakin matang dalam menilai antara kebaikan dan kemungkaran. Kita berjuang menegakkan kalimah Allah bukan untuk mengaut keuntungan dunia, tetapi redha Allah adalah yg paling utama..


Saturday, August 8, 2009

Program

ASSALAMUALAIKUM WRT..

TINTASRIKANDI INGIN MEMAKLUMKAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIADAKAN DALAM TEMPOH TERDEKAT INI. DIJEMPUT SEMUA YANG MEMPUNYAI KELAPANGAN MASA UTK HADIR DALAM PROGRAM-PROGRAM BERIKUT :

Ceramah Isra' Mikraj oleh Ustaz Ahmad Awang

Anjuran :
Surau Saujana Impian

Tarikh :
7 Ogos 2009 / 16 Syaaban 1430H

Tempat :
Surau Saujana Impian

Masa :
Selepas Solat Maghrib
______________________________________________________________________

Majlis Sambutan Ramadhan Al-Mubarak

Anjuran :
Muslimat PAS Cawangan Jenaris

Tarikh :
8 Ogos 2009 / 17 Syaaban 1430H

Masa :
3 petang

Tempat :
Markas PAS Taman Sri Jenaris, Jalan 3 B.
__________________________________________________________________

Forum Persediaan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Anjuran :
Surau Saujana Impian

Tarikh :
12 Ogos 2009 / 21 Syaaban 1430H

Tempat :
Surau Saujana Impian

Masa :
Selepas Solat Maghrib

__________________________________________________________________

SEMUA DIJEMPUT HADIR
TERIMA KASIH...



Tuesday, August 4, 2009

Memahami Urusan Kematian Kaum Cina

Assalamualaikum WBT

 

Anda disemua dijemput untuk menyertai program meja bulat membincangkan tajuk:

'Penglibatan orang Islam dalam urusan kematian masyarakat Cina'

 

Antara pembentang kertas kerja:

 

1.      Ann Wan Seng : akan menerangkan tentang urusan kematian masyarakat Cina antara adapt dan Ibadat.

2.      Us Zaharuddin Mohd : akan menerangkan aspek Fiqh.

3.      Seorang ahli politik yang berpendidikan agama untuk melihat dari aspek maslahat politik.

 

Meja bulat ini dibuat hasil isu yang timbul berkaitan dengan YAB Nizar yang memegang lilin sempena kematian orang Cina.

 

Tempat : Darul Fuqaha', Bandar Baru Bangi

Masa : 9.00 am hingga 1.00 pm

Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)

Penganjur : ILMUAN, PAPISMA, NAIM dan lain-lain

Yuran : hanya RM 10 untuk kertas kerja dan makan

 

Semua dijemput hadir.

Jika ada yang berminat sila hubungi Us Irwan 013-3543594

Sunday, August 2, 2009

Dedikasi Utk Mangsa ISA & Keluarga


1 Ogos 2009 telah mencipta satu lagi sejarah buat negara Malaysia. Himpunan rakyat mansuhkan ISA berjaya dijalankan walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa diharungi. Bukan sedikit onak yang meranjau laluan, tetapi sekatan & halangan ini tidak sesekali menjadi penghalang utk rakyat Malaysia melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan serta motivasi buat seluruh mangsa-mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka. Himpunan semalam juga menjadi saksi bahawa sokongan utk menghapuskan kekejaman ISA tidak pernah padam dari jiwa rakyat Malaysia. Hanya kerajaan BEE END mahu ISA terus bermaharajalela, bukan untuk mengekang keganasan tetapi menjadi lambang KESOMBONGAN dan MEDIUM UGUTAN kepada rakyat MALAYSIA yang enggan tunduk & patuh kepada kehendak mereka.



Seawal 7.30 pagi, trak2 FRU telah bersedia di beberapa lokasi utk memulakan kerja2 gila mereka.!!


Semburan water canyon dan tembakan canister gas pemedih mata oleh "pasukan anjing-anjing" FRU kepada penyokong Gerakan Mansuhkan ISA semalam, hanyalah secebis daripada ujian dan kekejaman yang dihadapi oleh mangsa-mangsa tahanan tanpa bicara ISA di Kem Tahanan Kemunting. Kami hanya mampu melahirkan rasa simpati dan turut sama menjayakan himpunan ini bagi memastikan KERAJAAN BEE END yang sombong itu akan terbuka hatinya untuk menghentikan kekejaman di KEMTA ISA. Apa yang pasti, peristiwa bersejarah semalam membuktikan bahawa PDRM & FRU adalah alat kerajaan BEE END menunjukkan KESOMBONGAN MEREKA !!!! KEJAM & JAHAT !!! Itulah perkataan yang sesuai utk mereka...


Tanpa rasa simpati, tembakan gas pemedih mata dilepaskan demi EGO mereka utk mempertahankan KESOMBONGAN KERAJAAB BEE END !!!


Inilah yang terpaksa kami hadapi..Walaupun perit menahan pedih, derita mangsa tahanan ISA lebih teruk dari ini !!!

Tanpa upah, tanpa bayaran seluruh rakyat Malaysia yang simpati sanggup berdepan dgn risiko demi sebagai tanda simpati dan sokongan utk MEMANSUHKAN ISA yg ZALIM.




Di salah satu lokasi di mana, trak2 Polis yg melalui jalan ini pasti akan menerima pekikan boo dr penyokong GMI.




Buat seluruh ahl-ahli keluarga mangsa-mangsa tahanan ISA, yakinlah bahawa doa insan yang teraniaya akan dimakbulkan Allah..Semoga kalian terus tabah & sabar dalam menghadapi dugaan ini..