Thursday, May 27, 2010

Tazkirah hari ini..

Sama - sama kita renung-renungkan..

Said bin Amir, Gabenor Syam yang zuhud

Pada suatu hari, Khalifah Umar al-Khattab menerima utusan dari Syam di Madinah. Mereka datang untuk melaporkan beberapa perkara yang mereka perlukan dan melaporkan perkara yang berlaku disana.

“Senaraikan nama orang miskin di tempat kamu,” kata Umar yang mahu mengeluarkan wang bagi mereka yang miskin.

Utusan itu pun menulis nama-nama orang yang memerlukan bantuan. Umar meneliti senarai itu dan dia terkejut apabila mendapati nama Said tertulis didalamnya.

“Apakah Said ini Gabenor kamu?” Umar bertanya kehairanan.

“Ya, Said itu ialah Gabenor kami,” jawab utusan itu.

“Dia termasuk dalam senarai orang-orang miskin?” tanya Umar lagi dengan tegas. Rupa-rupanya Said telah kehabisan wang untuk kegunaannya sendiri.

“Ya,” jawab mereka bagi meyakinkan Umar.

Umar kemudian mengambil satu uncang dan menyerahkannya kepada utusan itu.

“Berikan ini kepada Gabenor kamu,” kata Umar.

Utusan itu kembali semula ke Syam. Setelah sampai, mereka menyampaikan amanah dari Umar itu kepada Said, Gabenor mereka.

Pada petang itu, Said pulang ke rumah. Dia membuka uncang tersebut tanpa pengetahuan isterinya, dan berisi wang seribu dinar. Pada Said, itu merupakan satu jumlah yang banyak. .

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun,” katanya sambil mengeluh. Kata-kata ini didengar oleh isterinya.

“Apakah Amirul Mukminin, Umar al-Khattab meninggal dunia?” tanya isterinya yang terkejut mendengarkan ucapan Said itu.

“Tidak, tetapi perkara yang lebih besar dari itu,” kata Said. “Bolehkah engkau membantuku?” sambungnya.

“Sudah tentu,” jawab isterinya.

“Ternyata dunia telah memasuki diriku untuk merosakkan akhiratku,” kata Said. Isterinya kehairanan mendengar kata-kata Said tetapi tidak bertanya apa-apa..

Pada pagi esoknya, Said memanggil orang kepercayaannya untuk membahagikan wang yang diterimanya itu kepada para janda, anak yatim dan orang miskin yang memerlukan bantuan. Dia mengarahkan semua wang itu diserahkan tanpa meninggalkan walau satu sen pun. Barulah isterinya memahami kata-kata Said semalam, bahawa wang yang diterimanya itu ibarat dunia yang didatangkan kepadanya untuk merosakkan akhiratnya.


Friday, May 21, 2010

KARNIVAL AURA UNGU 2010


Nisa' Malaysia akan menganjurkan Karnival Aura Ungu 2010 bertempat di Kompleks Kebudayaan Shah Alam pada 21 dan 22 Mei 2010.

Selain ekspo, Pertandingan nyanyian peringkat akhir , kami juga ada konsert menarik untuk anda menampilkan Aishah dan Heliza sebagai artis jemputan !!

Tempah tiket anda di http://kau2010.webnisa.net/ dengan hanya RM10 sahaja!!


SEMUA DIJEMPUT HADIR..

Wednesday, May 5, 2010

UMNO & PERAK !!!


Sewaktu PR memerintah Perak, UMNO menjaja merata kampung kononnya Hj Nizar boneka DAP, kuda tunggangan Cina, gadai tanah orang Melayu bagi kat Cina, mengabaikan Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membantu Sekolah-sekolah Cina, bagi peruntukan kepada kuil, tokong dan gereja dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah.


Hari ini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.

Saya percaya rakyat Perak mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan. MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perak.

Apa kewajaran MCA diberi keistimewaan begitu sekali oleh Kerajaan Negeri Perak. Projek-projek pembangunan kecil biasanya diperuntukan melalui wakil-wakil rakyat dan pejabat daerah.

Sewaktu PR memerintah Perak, PAS, PKR dan DAP tidak pernah diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan. Kerajaan PR memberi peruntukan RM 200 ribu setahun kepada wakil-wakil rakyat, manakala di setiap DUN yang tidak diwakili oleh wakil rakyat PR, kerajaan melantik Penyelia DUN untuk menyalurkan peruntukan tersebut.

Peruntukan RM 200 ribu itu pula tidak diberi secara tunai, mesti dipohon melalui projek-projek kecil pembangunan di Dun masing-masing. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut masih boleh digunakan untuk tujuan sumbangan kebajikan kepada wakil rakyat, JKKK, persatuan-persatuan, Ngo, belia dan yang seumpamanya.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan memproses peruntukan ini ialah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) dan Pejabat Daerah dan diluluskan oleh MB. Walaupun peruntukan sebanyak itu adalah kepada wakil rakyat, bukan bermakna wakil rakyat boleh sewenang menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan tertentu.

Inilah bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa Kerajaan BN terhadap harta rakyat. Kalau MCA yang menang satu kerusi di Perak pun diberi peruntukan RM 50 ribu setiap bahagian, bagaimana pula dengan UMNO yang memenangi banyak kerusi di Perak ? MCA hanya sebuah parti politik, MCA bukan jentera kerajaan, tidak ada sebab yang munasabah sebuah parti politik diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan.

Sebenarnya itulah cara BN mengurus dana kerajaan, parti politik diberi peruntukan semata-mata untuk menjaga kepentingan pengundi Cina yang semakin merosot sokongan mereka kepada BN.

Tindakan ini juga mengambarkan bahawa Zambrylah boneka MCA, semua kemahuan dan tuntutan MCA dipenuhi. Berbeza dengan Hj Nizar yang tidak memberi peruntukan kepada parti-parti politik sekalipun PAS, apatah lagi DAP dan PKR. Peruntukan kerajaan disalurkan mengikut peraturan dan prosedur yang betul.

Kita tidak pertikai kalau peruntukan untuk rakyat diberi melalui saluran yang betul, bukan sahaja RM 50 ribu bahkan ratusan ribu sekalipun, rakyat tidak pertikai

Cuba bayangkan kalau Hj Nizar sebagai MB Perak dulu umumkan peruntukan kepada setiap DAP Bahagian hanya RM 10 ribu sahaja, saya percaya setiap hari media arus perdana akan jadikan isu utama akhbar, UMNO dan wakil-wakil rakyat mereka sudah pasti akan gunakan isu ini untuk bangkitkan sentimen perkauman. Inilah UMNO BN.

SOURCE : USTAZ MISBAHUL MUNIR..


Monday, May 3, 2010

NAK BUNUH TOK GURU KITA ..PEMUDA UMNO KURANG AJAR !!!



Seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz. Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

INILAH TARBIYAH UMNO.. !!!!!

Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada mereka..Ya Allah... bantulah insan mulia tok guru Nik Abdul Aziz ini yang teraniaya ini, Ya Allah... perkenankan doa kami..