Thursday, September 3, 2009

"KERAJAAN BN TERENGGANU HARU BIRU"

Walaupun pilihanraya umum ke-12 telah setahun lebih berlalu, ribut taufan yang melanda kerajaan negeri Terengganu masih belum selesai hingga ke hari ini. Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008. Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR. ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

 

Inilah realiti dan hakikatnya yang jelas menggambarkan bahawa BN & UMNO sedang nazak. Mereka tidak mampu mentadbir dan menjadi pimpinan yang baik. Mereka hanya pandai ber’retorik dan mencipta slogan. Semuanya semata-mata untuk menutup pekung di dada.  Pergolakan politik UMNO di Terengganu tidak dapat disembunyikan lagi. Kezaliman BN merampas kuasa politik di Perak melambangkan mereka sememangnya GILA KUASA hanya untuk kepuasan peribadi dan meningkat tahap kesombongan & bongkak kepada rakyat. Mempamerkan kemelut politik UMNO di Terengganu merupakan langkah “bijak” yang melambangkan rupa sebenar pimpinan BN & UMNO. Kepimpinan yang penuh dengan kepura-puraan !!!

 

Apakah sumbangan besar kerajaan BN kepada rakyat??? Jawapannya TIADA !!!! Harga minyak semakin naik. Harga barangan keperluan sudah pasti seiring dengan peningkatan harga minyak. Tetapi media kerajaan seolah-olah mahu menyembunyikan reality. Mereka menipu dan memperbodohkan rakyat dengan pengenalan Petrol RON 95 yang kononnya lebih hebat dari RON 97. Alangkah celakanya “mereka”  dengan penipuan ini !!!!!!!  

 

Tuesday, September 1, 2009

HADIAH MERDEKA UTK RAKYAT !!!

RON 95 PETROL  WILL BE SOLD AT RM1.80 per litre.

RON 97 : RM 2.00 per litre

RON 92 : PHASED OUT

 

Inikah maksud “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” ????

Fikir-fikirlah…

Wednesday, August 26, 2009

KEMENANGAN PAS, MALAPETAKA BUAT BN & UMNO !!!

ALHAMDULILLAH, syukur atas KEMENANGAN di Permatang Pasir. Semoga dengan KEMENANGAN DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ini akan terus membakar semangat kita untuk terus berjuang tanpa jemu demi menegakkan kebenaran dan menghancur sifat BONGKAK & SOMBONG yang begitu sebati dengan UMNO & Bee End. Seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Hulu Langat mengucapkan TAHNIAH kepada Ustaz Salleh Man dan seluruh jentera pilihanraya serta semua penyokong-penyokong PAS & pakatan rakyat atas kejayaan  mengekalkan  “status quo” di Permatang Pasir. Semoga pengabdian kita kepada Allah akan bertambah dan rasa syukur kita akan terus memuncak.

 

UMNO dan Bee End seperti biasa enggan menerima hakikat kekalahan yang berterusan. Kata mereka, PAS menang dengan majoriti yang menurun. Majoriti yang menurun itulah yang digembar-gemburkan. Tidak pula disebut di dada-dada akhbar undi Bee End juga menurun !!!  Apakah mereka buta dengan angka ????   Adakah kemenangan dengan majoriti 4,551 undi menggambarkan rakyat mula hilang keyakinan pada PAS & Pakatan Rakyat????  Sama-samalah kita fikir-fikirkan. Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.  Ini merupakan isyarat tegas dari rakyat bahawa pemerintahan Bee End tidak direstui walaupun PM telah bertukar ganti. Ia juga merupakan terjemahan perasaan rakyat bahawa rakyat semakin meluat dengan gelagat dan karenah BN/UMNO yang berterusan menzalimi rakyat. Samada mereka sedar atau berpura-pura tidak sedar, mereka perlu menerima hakikat bahawa BN telah KALAH berterusan dalam setiap kali pilihanraya kecil yang diadakan. Dan ini juga adalah akibat dari kelancangan & keceluparan mulut-mulut pemimpin UMNO yang berterusan menghina kepimpinan ulama’ !!!!

 

SALAM TAHNIAH DARI TINTA SRIKANDI BUAT SEMUA.. J

 

Monday, August 24, 2009

Seperti penagih kehabisan bekalan???

Isu fitnah kepada Tuan Guru, Mursyidul Am PAS menjadi suatu isu sensasi yang sukar utk saya maafkan. Mengapa media-media BN berhempas pulas berusaha utk mencemarkan nama baik Tuan Guru Nik Aziz ? Mengapa mereka sedaya upaya mahu menanamkan rasa benci dan marah kepada Tuan Guru atas kenyataan mengenai syurga & neraka ? Mengapa perlu diserang PAS kiri & kanan ?? Mengapa begitu jahat wartawan-wartawan dan orang-orang media yang sanggup memfitnah seorang pemimpin yang tidak pernah diragui kepimpinannya ??  

JAWAPANNYA ialah, tidak lain dan tidak bukan adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred) kepada PAS sempena pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Ternyata BEE END  dan jentera pilihanrayanya gagal membunuh karektor calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama. BEE END ternyata takut dengan bayangan kekalahan yang bakal dihadapi di Permatang Pasir. Sudah pasti bayangan kekalahan ini akan menjejaskan kredibiliti PM yang amat disanjungi oleh penyokong-penyokong BEE END. Pilihanraya ini amat penting bagi PM yang pastinya akan mengukur mandat rakyat kepadanya.

Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup' "Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah." "Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan biasa Umno & Barisan Nasional."

SAMA-SAMALAH KITA FIKIR-FIKIRKAN..:)

Friday, August 21, 2009

SAY NO TO BEE END !!!

17 PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

 

Source : Pemudagombak.com

 

Selangkah Menuju Ramadhan..

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA…

Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT. Salah satu sunnah yang sewajarnya kita hidupkan sebelum melangkah ke gerbang Ramadhan adalah dengan menyebarkan ucapan tahniah dan menzahirkan kegembiraan atas kunjungan bulan yang agung dan barakah ini. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat Muhammad yang tidak pernah dianugerahkan kepada mana-mana umat yang terdahulu. Antara ucapan yang biasanya diucapkan oleh para Salaf adalah ucapan “Ramadhan Kareem” yang bermaksud “Selamat menyambut Ramadhan yang mulia”.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini yang sewajarnya kita hayati dan meraihnya adalah seperti berikut:

1.   Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;

Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith: 

“Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim). 

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH. 

2.   Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini. 

3.   Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Malah, sebagaimana yang telah terbukti dalam banyak hal, kandungan Al Quran lebih saintifik dan rasional daripada teori-teori ciptaan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.

4.   Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Laylatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya laylatul Qadr. Walaubagaimanapun Rasulullah SAW memberikan penekanan untuk memburu laylalatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir Ramadhan khususnya pada malam-malam angka ganjil. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah selama seribu bulan ataupun 83 tahun lebih. 

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW: 

“Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah”  (riwayat Ibn Hibban- Sahih) 

Selamat Berpuasa dan Beribadah. Ramadhan Kareem.

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN DR DEWAN MUSLIMAT PAS H.LANGAT

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Ya Allah…Sesungguhnya kami tidak layak menghuni syurgamu ... Namun kami tidak sanggup ke nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu .

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami & dosa seluruh umat2 Islam diserata pelosok dunia ini.

Ampuni kami Ya Allah..

SEMOGA AMALAN KAMI PD RAMADHAN AL-MUBARAK KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA, INSYAALLAH..