Thursday, October 8, 2009

Penyokong BN bertindak GANAS !

Bagan Pinang : Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang. Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi. Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut. Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka. "Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain. "Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan. Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Source : Harakahdaily.net

Tintasrikandi :

Bee End semakin hilang pertimbangan. Mereka merasakan mereka boleh berbuat sesuka hati termasuk mengganas dengan menggunakan senjata merbahaya dan mencederakan petugas-petugas PAS. Mereka boleh bertindak ganas kerana mungkin itulah arahan pemimpin mereka. Mereka pasti dilindungi oleh pemimpin-pemimpin politik yang sudah hilang pertimbangan yang rasional. Sama-sama kita nantikan apakah pulak alasan mereka terhadap keganasan dan tindakan melampau mereka terhadap PAS di Bagan Pinang semalam.


Ya Allah, bantulah kami di Bagan Pinang.. Bantulah kami melawan kezaliman BN. Berikan kami kekuatan untuk terus berjuang tanpa jemu demi Islam tercinta..Amin ya rabb...

Tuesday, October 6, 2009

Calon pilihan rakyat : Zulkefly Mohd Omar

TELOK KEMANG, 5 Okt - Menyelami hati budi seorang wakil rakyat memang agak sukar untuk diduga memandangkan pelbagai rintangan dan cabaran yang pastinya tidak menjanjikan kesenangan dan masa lapang dalam kehidupan. YB kini bukan lagi singkatan bagi 'Yang Berhormat' sebaliknya 'Yang Berkhidmat' atau 'Yang Bekerja' untuk keselesaan dan kebajikan rakyat. Demikianlah gambaran yang diberikan calon PAS parlimen Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar selepas sesi turun padang untuk aktiviti kempen pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang baru-baru ini.

Mendekati masyarakat setempat di Telok Kemang membuatkan dirinya berasa terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikan. Bagaimanapun beliau tidak merasakan ianya serius dan besar serta mustahil untuk diselesaikan malah ia merupakan keperluan asas seperti bekalan air, sisa kumbahan, pengurusan sampah-sarap dan sebagainya. Rata-rata pengundi yang ditemui mengharapkan Zulkefly agar dapat membawakan masalah yang timbul kepada pihak berkenaan untuk diselesaikan. "Saya merasakan masalah yang dikemukakan ini mampu diselesaikan oleh Adun yang bakal dilantik kelak, kerana ianya hanya membabitkan keperluan asas sahaja," ujarnya kepada pemberita.

Oleh yang demikian beliau berjanji akan memberikan komitmen sekiranya mendapat mandat daripada rakyat Bagan Pinang bagi meneruskan agenda memartabatkan kebajikan rakyat.

Anak jati Lenggeng itu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005-2007) sebelum dilantik ke jawatan sekarang yang dipegangnya selama dua penggal. Zulkefly merupakan seorang ahli perniagaan dan memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat GLC dan Syarikat Telekomunikasi

Source : http://prkn31baganpinang.pas.org.my

JAMUAN EIDULFITRI : PAS HULU LANGAT

Sambutan Hari Raya Eidul Fitri anjuran PAS Kawasan Hulu Langat di adakan pada Ahad, 4 Oktober 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Majlis yang dijadualkan bermula pada jam 11 pagi itu mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Para tetamu yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari kaum Cina & India turut hadir seawal jam 10.30 pagi.
PAS Kawasan Hulu Langat merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Semoga Allah merahmati pertemuan itu, insyaallah..


Kanak-kanak turut bergembira di atas pentas..:)

Tetamu yang hadir menikmati hidangan..

Unit amal turut membantu..

Terlalu ramai tetamu yang datang..

Si kecil ni pun nak daftar sebagai pemilih agaknyer..

Tetamu VIP

Kaunter daftar pemilih dan pemdaftaran sebagai ahli PAS juga dibuka bagi memudahkan orang ramai mendaftar.. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan.

Meehoon sup gearbox yang mnjadi rebutan ramai.

Nasi beriani yang teramat sedap...:) Credit kpd tukang masak...

Nasi impit & kuah kacang yang begitu menyelerakan..
Dr. Che Rusli menyambut kehadiran tetamu dengan senyuman manisnya..
Kanak-kanak pun dapat duit raya..
SU Dewan Muslimat PAS Hulu Langat begitu ceria menyambut tetamu.
Dewan MPKJ yang penuh dengan tetamu.
Kaum India juga tidak ketinggalan menjamu selera.


Menu istimewa : Roti canai terbang..

Tak menang tangan....Terlalu byk permintaan..:)


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PAS & SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.. SEMOGA UKHUWWAH KITA AKAN TERUS BERKEKALAN...

Monday, October 5, 2009

ISA : Recycle candidate

Penamaan calon di Bagan Pinang Sabtu lepas menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara PAS & Bee End. Seperti biasa, Bee End ketandusan calon yang berkualiti dan terpaksa mengguna semula “pengamal rasuah” Tan Sri Isa Samad sebagai calon bagi pilihanraya kecil kali ini. Sudah berbuih mulut Tun Mahathir, Pak Lah & Najib mengumumkan kononnya BN akan sentiasa memastikan pemimpin – pemimpin mereka adalah calon-calon yang berkualiti dan bebas rasuah. Namun, impian mereka untuk mencalonkan calon-calon yang berkualiti hanya tinggal angan-angan kerana sememangnya Bee End & UMNO tiada lagi stok calon-calon yang bebas rasuah. Inilah hakikat yang perlu kita terima.

Dan yang paling melucukan, respon yang DS Najib berikan kepada persoalan yang diajukan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Perancis ketika ditanya mengapa BN memilih ISA sebagai calon, "Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti”.

Ohhh… rupa-rupanya kesalahan ISA sehingga digantung keahliannya dalam UMNO tidak termasuk dalam kesalahan undang-undang negara…Hmm… Inilah hebatnya UMNO.. Yang salah dikatakan benar dan yang paling hebat, takrifan undang-undang juga boleh jadi berbeza apabila tibanya musim pilihanraya.

Sama-sama kita PAStikan Bee End & UMNO terus berkubur..!!

Wednesday, September 30, 2009

SELCAT : Resolusi PAS Selangor

Walaupun kritikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) 2 minggu telah berlalu, sehingga ke hari ini media kerajaan masih cuba mengambil peluang untuk cuba memperlihatkan kepincangan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor. Dr. Hasan Ali juga menerima kritikan daripada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan pemimpin PAS Selangor berhubung dengan isu ini.

Tintasrikandi berpendapat bahawa resolusi yang diluluskan oleh mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Shah Alam perlu diperhalusi dan direalisasikan bagi memastikan kemelut ini tidak berpanjangan. Antara resolusi yang dicapai ialah :

·         Memperakui dan menyokong Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri. Kedudukan beliau sebagai Pesuruhjaya negeri dibuat oleh presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar dan tidak timbul soal isu status kedudukannya yang memegang jawatan tersebut.

·         Menerima cadangan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  untuk untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat bagi memastikan tatacara & prosedur yang dilaksanakan dapat ditambah baik demi memastikan ketelusan dan keadilannya tidak dipersoalkan dan tidak memprejudiskan mana-mana pihak.

·         PAS negeri Selangor juga meluluskan resolusi bahawa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat Selangor dan tidak sesekali akan memusnahkan amanah yang telah diberikan kepadanya.

·         Resolusi yang tidak kurang pentingnya ialah saranan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kakitangan awam. Hubungan antara kerajaan negeri dan pegawai-pegawainya mestilah harmoni sepanjang masa bagi menjamin kelancaran jentera kerajaan negeri. Resolusi ini amat penting untuk diperhalusi bagi mengelakkan wujudnya masalah besar dikemudian hari. Ia sekaligus mampu menutup ruang kepada para pembangkang Negeri Selangor yang diketuai oleh Dr.Khir Toyo untuk terus membuat onar di negeri ini.

Prosiding Selcat yang terkini adalah menyiasat misteri adun-adun UMNO BN menghabiskan kesemua peruntukan tahunan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja iaitu sebelum Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008.  Perbelanjaan ini diuruskan oleh Pegawai Daerah selepas mendapat permohonan dan kelulusan dari Adun terbabit. Para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan ini telah mendakwa bahawa mereka disiasat tanpa belas dan secara kasar oleh Selcat. Inilah isu yang cuba dibangkitkan oleh Dr. Hasan Ali. Apa yang pasti, kritikan yang membina harus diterima pakai demi untuk kebaikan semua.

Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, wang rakyat di Selangor telah digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah duit dan peruntukan yang ada adalah hak mutlak mereka. Jika difikirkan melalui akal fikiran yang waras, wajarkah wang rakyat berjumlah RM1.6 juta digunakan semata-mata untuk membawa keluarga mereka bercuti di Disneyland, California, USA kononnya untuk urusan rasmi kerajaan. Rakyat juga perlu tahu bahawa prosiding SELCAT juga telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sama-sama lah kita fikir-fikirkan….

Thursday, September 17, 2009

SALAM EIDUL FITRI...

SELAMAT MERAIKAN HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM

 

Assalamualaikum wrt..

 

Ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi. Semoga Ramadhan kali ini telah mendidik kita semua untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya semua amal ibadat ini hanyalah untukNya Tuhan semesta alam. Diharapkan kita tetap tekun dan istiqamah mejalankan ibadat sebagaimana di dalam Ramadhan. Bersama kita berdoa semoga Allah pertemukan kita di Ramadhan 1431.


Muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah sekelian, Eidulfitri adalah hadiah kemenangan daripada Allah kepada hambaNya yang telah menunaikan ibadat puasa Ramadhan dengan penuh kesabaran. Maka sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Perlu diingatkan malam 1 Syawal (malam hari raya) adalah salah satu malam yang baik  berdoa. Mari sama-sama kita berdoa supaya Allah memberi taufik dan hidayah dan kebaikan untuk diri,keluarga, sahabat-sahabat dan yang paling penting doalah untuk kemenangan Islam.


Akhir kalam.. Saya dan keluarga Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat memohon maaf atas segala keterlanjuran perbuatan dan kata. Berhati-hatilah dengan musuh Allah dan tidak lupa mereka yang ingin pulang ke kampung jangan lupa mohon semoga Allah selamatkan perjalanan kita dan berhati-hatilah di jalan raya...


Bertemu di Majlis Hari raya PAS Kawasan Hulu Langat pada 4 Okt.di dewan MPKJ..tak lupa juga..sudi-sudilah datang ke rumah...


SALAM EIDUL FITRI IKHLAS DARI KAMI

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT

 

 

 

Monday, September 14, 2009

Rakyat menyampah dgn BN !!! : Mr. Samy

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau. Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu. "Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN. "Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Source : Malaysiakini.com

Tintasrikandi :

Barisan Nasional kini berada dalam kedudukan yang amat lemah. Tetapi mereka bijak berselindung dengan mengarahkan seluruh media kepunyaannya utk tidak menonjolkan kelemahan tersebut, sebaliknya cuba mencetuskan huru hara di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin tertinggi MIC secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan bahawa kelemahan BN tidak mampu diselindungi lagi. MIC dengan masalah mereka dan MCA dengan masalah mereka. Mereka tanpa segan silu bergaduh sesama sendiri dan inilah realiti sebenar batang tubuh politik mereka. Mereka mendabik dada dengan kekuatan yang mereka ada dan kini satu persatu pekong masalah mereka disingkap. Seperti biasa, mereka hanya pandai mencipta pelbagai retorik. Dan kini rakyat Malaysia tidak lagi betah untuk dibohongi..Sama-sama kita ajar mereka dalam PRU ke 13 nanti.