Friday, November 13, 2009

BAI'AH & PERJUANGAN..

Assalamualaikum wrt..

Salam buat semua penyokong & pendokong perjuangan Parti Islam Se-Malaysia PAS..Alhamdulillah….Sama-sama kita rafa’kan ksyukuran kpd Allah yang masih mengizinkan kita menikmati segala nikmat kurniaannya. Semoga Iman kita makin kukuh, jiwa kita makin kental dan perjuangan kita terus subur di muka bumi Allah ini. Akhir-akhir ini, pelbagai isu yang timbul sehingga membuatkan kita tidak senang duduk. Walaupun kita tahu bahawa isu yang timbul ini sememangnya dicanang oleh media-media kerajaan, tetapi lontaran isu itu membuatkan pemimpin-pemimpin kita melatah. Bermula dengan isu yang timbul di Negeri Selangor yang melibatkan Dr.Hasan Ali dan Ahli Parlimen Khalid Samad sehinggalah kepada isu Bai’ah Taklik yang juga masih segar di dada-dada akhbar. Secara tidak langsung, isu budget panadol yang dibentangkan oleh PM 2 minggu yang lalu seolah-olah lenyap. Bijak sungguh mereka memainkan peranan memanipulasi isu.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan berkaitan isu Bai’ah Taklik yang ditimbulkan baru-baru ini. Isu ini bukan hanya menimbulkan polemik kepada kita, tetapi puak UMNO juga tidak habis2 memberikan komentar negatif dan ia sedikit sebanyak mengelirukan ahli masyarakat yang kurang memahami apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan bai’ah.

Teringat saya ketika kali pertama melafazkan bai’ah untuk terus istiqomah dengan perjuangan Islam kira-kira 11 tahun yang lalu. Setelah berbulan-bulan menekuni usrah, halaqah, tamrin dan mula memahami dasar-dasar perjuangan Islam, akhirnya pada usia belasan tahun, lafaz bai’ah yang menjadikan Allah & Rasulnya sebagai saksi telah dilafazkan dengan penuh semangat dan diakhiri dengan doa mudah-mudahan Allah melindungi dan memberi kekuatan kepada seluruh pejuang-pejuang Islam. Bai’ah inilah yang menjadi sumber penguat untuk saya terus istiqomah dalam perjuangan untuk memastikan syiar ISLAM terus berkembang dan DAULAH ISLAMIYYAH menjadi kenyataan. Biarpun hakikatnya malu untuk saya mengaku diri sebagai pejuang Islam lantaran sedar terlalu sedikit bakti & keringat yang diberikan kepada ISLAM, namun saya yakin bakti yang sedikit ini mudah-mudahan menjadi saham sy di akhirat kelak insyaallah.

Untuk makluman pembaca sekalian, bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:

“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah s.a.w bersama kaum wanita. Kami membai`ahnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai`ah kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’ Berkata Rasulullah s.a.w, ‘Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’.....” (Riwayat Malik & At-Turmuzi)

Bagi saya, jika ada pun ahli-ahli PAS yang membuat Bai’ah taklik, ia merupakan satu cabaran kpd dirinya. Dia mengikat perjuangan & perkahwinannya dengan ikatan yg kukuh. Dia perlu bersungguh dalam perjuangan. Isterinya bukan dijadikan cagaran sebaliknya untuk mengukuhkan pendirian. Tiada lagi keraguan dalam hati kerana percintaan dengan isterinya adalah hingga ke akhir hayat. Begitu dengan dengan perjuangannya..Selagi nadi berdenyut, selagi itulah perjuangan akan diteruskan. Mana mungkin seseorang itu akan keluar parti/lompat parti kalau dengan itu akan menyebabkan perceraian berlaku. Sesiapa yg berani melafazkan bai’ah taklik itu bermakna hidup dan matinya adalah benar-benar untuk perjuangan..Keluarganya juga adalah pendokong perjuangan dan dirinya juga telah dikorbankan demi sebuah perjuangan.

Salam hormat dari saya.. Unit IT DMPKHL.

Wednesday, November 11, 2009

AL-FATIHAH

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT  merakamkan ucapan takziah kepada bekas Setiausaha Agong PAS dan juga Pengarah Urusan Harakah YB Datuk Kamarudin Jaafar dan seluruh ahli keluarganya, di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin, ke rahmatullah pagi tadi. (11 November 2009)

Semoga Datuk Kamarudin Jaafar dan ahli keluarganya dapat bersabar & redha dengan ketentuan Allah ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarhamah berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman,insyaallah.

Al-Fatihah Buat Allahyarhamah Datin Kamariah Kamarudin

 

Tuesday, November 10, 2009

BAI'AH TAKLIK ???

Salahuddin nafi Pas ada dasar bai'ah taklik

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar mengehendaki pemimpin parti itu melafazkan bai'ah taklik, iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

"Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini. Tunggulah jawapan rasmi daripada majlis itu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata, bai'ah memang dilakukan oleh pemimpin parti pada hari pertama mereka memegang jawatan tetapi ia sama seperti sumpah jawatan dan simpan rahsia, tetapi bukan seperti yang didakwa. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada Pas baru-baru ini mengakui bahawa wujudnya bai'ah seperti itu bagi wakil rakyat Pas yang berhenti atau keluar parti.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata di Kedah bahawa pemimpin atau wakil rakyat Pas tidak pernah diminta melafazkan ikrar bai'ah cerai talak tiga seperti yang didakwa oleh Khalid itu.

"Isunya sekarang ialah tiada siapa yang mahu menceraikan isteri malah nak tambah lagi adalah, dan tidak ada arahan pun untuk berbuat demikian. Kami juga tidak tahu kerana di peringkat pusat pun tidak ada arahan seperti ini," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa, pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

"Saya rasa isu bai'ah dibangkitkan oleh Umno sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat Pas. "Kalau kita menang atas tiket mana-mana (parti) kemudian kita lompat parti lain, ini salah dari segi hukum. Bai'ah ini ialah bagi mempertahankan amanah ini," katanya.

Husam berkata, tidak ada hukum yang menyatakan bahawa bai'ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya kerana tidak mahu beralih arah ke parti lain.

Tintasrikandi :

JANGAN SESEKALI KITA MENARI MENGIKUT RENTAK YANG DIPALU OLEH MUSUH..SAMA-SAMA KITA FIKIR-FIKIRKAN..

Monday, November 9, 2009

RESOLUSI PENTING !!!


RESOLUSI SEMINAR POLITIK MEMPERKASA PARTI
7 November 2009 / 19 Zulkaedah 1430H.



Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:


1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.

2. Kepimpinan Kawasan yang memiliki penduduk-pengundi bukan Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.


3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.


4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.


5. Membuat satu “Pelan Tindakan” bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.


TINTASRIKANDI :

"Semoga resolusi ini benar-benar menjadi pemangkin bagi memastikan PAS terus releven dan terus bersedia utk MEMERINTAH. Sama-sama tekadkan azam demi mencapai KESATUAN FIKIRAN & KESATUAN AMAL untuk memperkukuhkan parti yang kita sayangi ini. "

Thursday, November 5, 2009

WANG EHSAN vs ROYALTI

 

Pengumuman DS Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memperuntukkan 5 peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak. Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) berkata, pembayaran wang ehsan yg diputuskan itu jelas bertentangan dgn Akta 144 Kemajuan Petroleum 144 dan merupakan SATU PEMBOHONGAN terhadap rakyat Kelantan.

Thursday, October 29, 2009

DOA KAMI..

"Ya Allah, andai kau takdirkan kami menikmati kemenangan, gembirakanlah hati kami dengan iman para sahabat yang menyambut kemenangan tentera Badar, andai Kau Taqdirkan perpecahan dan kekalahan kepada kami, jadikanlah kami sabar dan istiqamah sepertimana sabarnya Aisyah dan Umayyah menghadapi zaman fitnah dan perpecahan"

Terimalah Doa Kami Ya Allah..

Amin, ya Rabb..

Wednesday, October 28, 2009

JANGAN TERPENGARUH !!!

Kenyataan Ustaz Idris Ahmad : Ketua Penerangan PAS Pusat

 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.


PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah. Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan.


Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.


Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan.


PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.
Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun.


PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.


PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.


Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.

 

UST. IDRIS AHMAD

Ketua Penerangan PAS Pusat