Wednesday, May 5, 2010

UMNO & PERAK !!!


Sewaktu PR memerintah Perak, UMNO menjaja merata kampung kononnya Hj Nizar boneka DAP, kuda tunggangan Cina, gadai tanah orang Melayu bagi kat Cina, mengabaikan Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membantu Sekolah-sekolah Cina, bagi peruntukan kepada kuil, tokong dan gereja dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah.


Hari ini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.

Saya percaya rakyat Perak mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan. MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perak.

Apa kewajaran MCA diberi keistimewaan begitu sekali oleh Kerajaan Negeri Perak. Projek-projek pembangunan kecil biasanya diperuntukan melalui wakil-wakil rakyat dan pejabat daerah.

Sewaktu PR memerintah Perak, PAS, PKR dan DAP tidak pernah diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan. Kerajaan PR memberi peruntukan RM 200 ribu setahun kepada wakil-wakil rakyat, manakala di setiap DUN yang tidak diwakili oleh wakil rakyat PR, kerajaan melantik Penyelia DUN untuk menyalurkan peruntukan tersebut.

Peruntukan RM 200 ribu itu pula tidak diberi secara tunai, mesti dipohon melalui projek-projek kecil pembangunan di Dun masing-masing. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut masih boleh digunakan untuk tujuan sumbangan kebajikan kepada wakil rakyat, JKKK, persatuan-persatuan, Ngo, belia dan yang seumpamanya.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan memproses peruntukan ini ialah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) dan Pejabat Daerah dan diluluskan oleh MB. Walaupun peruntukan sebanyak itu adalah kepada wakil rakyat, bukan bermakna wakil rakyat boleh sewenang menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan tertentu.

Inilah bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa Kerajaan BN terhadap harta rakyat. Kalau MCA yang menang satu kerusi di Perak pun diberi peruntukan RM 50 ribu setiap bahagian, bagaimana pula dengan UMNO yang memenangi banyak kerusi di Perak ? MCA hanya sebuah parti politik, MCA bukan jentera kerajaan, tidak ada sebab yang munasabah sebuah parti politik diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan.

Sebenarnya itulah cara BN mengurus dana kerajaan, parti politik diberi peruntukan semata-mata untuk menjaga kepentingan pengundi Cina yang semakin merosot sokongan mereka kepada BN.

Tindakan ini juga mengambarkan bahawa Zambrylah boneka MCA, semua kemahuan dan tuntutan MCA dipenuhi. Berbeza dengan Hj Nizar yang tidak memberi peruntukan kepada parti-parti politik sekalipun PAS, apatah lagi DAP dan PKR. Peruntukan kerajaan disalurkan mengikut peraturan dan prosedur yang betul.

Kita tidak pertikai kalau peruntukan untuk rakyat diberi melalui saluran yang betul, bukan sahaja RM 50 ribu bahkan ratusan ribu sekalipun, rakyat tidak pertikai

Cuba bayangkan kalau Hj Nizar sebagai MB Perak dulu umumkan peruntukan kepada setiap DAP Bahagian hanya RM 10 ribu sahaja, saya percaya setiap hari media arus perdana akan jadikan isu utama akhbar, UMNO dan wakil-wakil rakyat mereka sudah pasti akan gunakan isu ini untuk bangkitkan sentimen perkauman. Inilah UMNO BN.

SOURCE : USTAZ MISBAHUL MUNIR..


Monday, May 3, 2010

NAK BUNUH TOK GURU KITA ..PEMUDA UMNO KURANG AJAR !!!



Seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz. Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

INILAH TARBIYAH UMNO.. !!!!!

Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada mereka..Ya Allah... bantulah insan mulia tok guru Nik Abdul Aziz ini yang teraniaya ini, Ya Allah... perkenankan doa kami..

Thursday, April 29, 2010

MAJLIS HIMPUNAN HALWA PARLIMEN & NEGERI @ HI TEA

TARIKH : 1 MEI 2010 (SABTU)
MASA : 2.00 PTG
TEMPAT: DEWAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

TETAMU :

YB DR.CHE ROSLI CHE MAT
WAN HASRINA WAN HASSAN (K.MUSLIMAT NEGERI)
DATO' HASSAN MOHD.ALI
YB CHAN MING KAI (ADUN SIMPANG PULAI (DAP)
USTAZ AZMAN SHAFAWI K.PEMUDA PUSAT)


TENTATIF



2.00 - KEHADIRAN PARA TETAMU

2.30 - ALUAN PENGERUSI MAJLIS

UCAPAN ALUAN YB DR.CHE ROSLI
UCAPAN WAN HASRINA
UCAPAN DATO' PJ
SUMBANGAN KPD IBU TUNGGAL (OLEH YB DR.CHE ROSLI)

3.30 - CERAMAH DARIPADA YB CHAN

4.00 - CERAMAH UZTAZ AZMAN

4.45 - PERSEMBAHAN NASYID

BERSURAI..


Kehadiran semua adalah dialu-alukan..


Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor : Pandangan Mursyidul Am kita...


Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz: “Di Hulu Selangor ni, peluang terbaik untuk kita terangkan Islam kepada pengundi dan masyarakat. Ia sesuai kerana pegundinya bercampur antara Melayu, Cina dan India. Campuran pengundinya lebih kurang sama dengan keadaan penduduk di Malaysia. Maka, ia paling cocok untuk kita terangkan Islam. Sifat rakyatnya sebenarnya paling cocok jika kita terangkan Islam kepada mereka.

Sambung Tuan Guru lagi: “Kita kena yakin dan percaya, semua kaum di negara ini - orang Melayu, Cina dan India boleh ikut Islam. Kalau kita nak selesaikan masalah perkauman, maka bukan ajaran kebangsaan yang boleh menyelesaikan. Hanya ajaran Islam yang boleh menyelesaikan perkauman. Maka tak ada alasan untuk kita tolak Islam. Sesuai dengan bacaan doa iftitah, yang kita mengaku di depan Tuhan, “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku dan hidupku serta matiku adalah kerana Rabbil-‘alami.”

Semoga Allah Yang Esa sedia membekalkan kecekalan hati dan daya juang kepada para penceramah dan petugas kempen dalam pilihan raya Hulu Selangor. Nanti Pakatan Rakyat terus kekal di hati pengundi Hulu Selangor.

Catatan Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik MB Kelantan

Sunday, April 18, 2010

PAS DATUK ZAID SOKONG 100%


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP. Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu. Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam smlm. Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.



"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

SUMBER : HARAKAHDAILY

TINTASRIKANDI MENGUCAPKAN SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PETUGAS-PETUGAS PRK HULU SELANGOR.. SEMOGA KEMENANGAN MENJADI MILIK PAKATAN RAKYAT...

Monday, March 29, 2010

Muktamar DMPK HL 28/3/2010

SEKITAR MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 23,
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT

Pimpinan DMPK Hulu Langat

Penyampaian cenderahati kepada Tn Hj Razali oleh Ketua Muslimat

Para perwakilan yang hadir... Terima kasih semua

Ketua Muslimat

Sedang meneliti laporan mesyuarat

Kompilasi Laporan gerak kerja DMPKHL & cawangan-cawangan di bwh naungannya

Very nice..:)



MASA ADALAH KEHIDUPAN....


Assalamualaikum wrt..

Salam hormat buat seluruh pengunjung-pengunjung laman blog Tintasrikandi... Semoga ada istifadah yang dapat diperolehi daripada coreran kali ini...

Sahabat-sahabat sekalian,

Laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika... diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Tidak mampu lagi untuk mencari perkataan yang sesuai untuk diungkapkan kepada mereka-mereka yang tergamak untuk membuang & membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa ini.. Bayi itu suci, malah merekalah bidadari syurga yang dijanjikan Allah tanpa dosa terpalit kepada mereka akibat perbuatan manusia bernama jantan & betina yang tiada lagi iman & nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

Umumnya masyarakat mengetahui bahawa ia adalah berpunca dari gejala sosial dan mengsifatkan tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusian itu dilakukan oleh sijahil yang tidak tahu menilai erti kehidupan manusia.

Namun, amatlah dikesalkan kerana mereka yang mengecam sedemikian itu kononnya perihatin sebaliknya ada yang lupa diri bahawa mereka juga miliki kelemahan yang sama iaitu tidak tahu erti nilai diri manusia termasuk dirinya sendiri. Disebabkan leka mengejar kekayaan, pangkat, pengaruh serta kemahsyuran sehingga mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT itulah yang mengakibatkan nilai diri mereka semakin merosot dan hilang.

Kurangnya ilmu dan tidak mengambil iktibar dari kes pembuangan bayi tersebut dari sudut yang lebih besar telah merugikan mereka kerana Allah SWT sebenarnya memberi peringatan kepada semua bahawa nikmat detik masa kehidupan yang diberikan olehNya adalah sangat bernilai untuk dimanfaatkan bagi membeli tiket ke syurga pada akhirat kelak.

Dalam surah al-Ashr dimulai dengan perkataan ‘demi masa’ yang menjadi satu bentuk peringatan bagi seluruh umat Islam tentang kepentingan masa.

Firman Allah bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-Ashr, ayat 1 – 3).

Dan sebagaimana ungkapan yang disebutkan oleh as Syahid Hassan Al Banna (tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20) iaitu "Masa adalah kehidupan" maka gunalah subsidi masa kehidupan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana sesungguhnya nilai masa/kehidupan itu Allah SWT lah yang menentukannya.

wassalam...