Wednesday, February 10, 2010

Mahkamah akui method RAMPASAN KUASA

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.


Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah. “Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu. Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat. “Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pula mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'. Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu. Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang. Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Kenyataan akhbar oleh MAPIM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membantah cara pelaporan yang kini sedang disiarkan dalam pembicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukan sahaja ia menyalahi nilai dan prinsip pelaporan Islam malah ia sangat berbaur konspirasi politik ia amat jijik untuk menjatuhkan seseorang musuh politik.

Adalah sangat mengejutkan bagaimana media cetak sekali lagi membiarkan pelaporan yang sangat melampau terhadap pembicaraan kes beliau sepertimana pernah dilakukan pada 1998.

Apakah niat sebenar pelaporan seperti yang disiarkan dalam pembicaraan itu sehingga menjadi sangat menjijik dan memalukan untuk dibaca oleh masyarakat terutama dikalangan generasi muda malah dikalangan kanak-kanak sekalipun.

MAPIM mempersoalkan etika apa yang diguna oleh media cetak dan elektonik ketika melaporkan secara eskplisit segala perlakuan dan percakapan yang yang didakwa berlaku.

Adalah sangat malang ketika mana media massa mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mendedahkan suatu pembicaraan mahkamah secara terperinci yang berkaitan dengan kes seumpama ini.

Hanya kerana ia dikaitkan dengan Ketua Pembangkang , adakah etika kewartawanan dan pelaporan media harus mengenepikan nilai moral yang didakwa cuba dipertahankan. ?

MAPIM tidak nampak niat lain selain media ingin menjayakan agenda memburukkan imej Anwar Ibrahim seburuk-buruknya.

MAPIM berpendirian menjatuhkan seseorang musuh politik dengan cara menfitnah dan mengaibkannya melalui media adalah tindakan yang amat buruk dan sangat jahat.

Namun nampaknya media tidak langsung mengambilkira sensitiviti apa yang disiarkan dan kesannya kepada pemikiran dan masyarakat awam terutama pembaca muda.

MAPIM berpendapat adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk media mensensasikan kes ini dalam bentuk berita utama di muka depan walaupun dengan cara yang sangat menjijikkan.

Tidakkah media ada pertimbangan yang lebih bermoral dari hanya mencemar imej seseoang dan sekaligus melariskan akhbar media berkenaan.?

Apa yang lebih malang seolah-olah pihak berkuasa yang bertanggungjawab merestu pelaporan sebegini hanya kerana ia dikaitkan dengan musuh politik pemerintah..

Inikah etika media timur yang kita banggakan setelah kita menyatakan media barat tidak mempunyai nilai moral.

Tajuk berita sahaja sudah cukup menjijikkan. .

Amat jelas pihak media dan juga pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi media kini mengulangi kesilapan yang sama melalui media dan TV dalam episod pembicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998-1999 yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat awam.

Pihak media seolah turut menyumbang dan sangat ghairah mencemarkan dan merosakkan pemikiran awam.

MAPIM dengan ini menuntut agar pihak kerajaan serta pihak berkuasa agama mengambil langkah tegas untuk memmberhentikan pelaporan tidak beretika dan melanggar nilai akhlaq yang dituntut oleh Islam dalam media berkaitan dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mana-mana kes yang dibicara di mahkamah..

MAPIM juga menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengadakan sidang untuk mengeluarkan fatwa mengenai hukum yang berkait dengan pelaporan berita yang mengaibkan seseorang di khalayak ramai.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.(MAPIM)

Sunday, February 7, 2010

BENARKAH KITA BERJUANG ???

Benarkah kita Berjuang ...?
source : blog Ust Nasruddin Tantawi Ketua Pemuda PAS.

Sama-sama kita hayati & bermuhasabah...
Semoga jiwa kita terus segar dengan roh perjuangan, Insyaallah..


Wahai orang yang beriman ! Apa yang telah berlaku kepada kamu ?
Apabila kamu diseru , agar turun ke medan untuk memperjuangkan agama Allah swt. tiba - tiba kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi [ malas ]
Kenapa jadi begitu ? adakah kerana kamu lebih sayang kepada kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat ?
Ketahuilah ! sesungguhnya kehidupan dunia yang kamu dambakan itu , berbanding akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. adalah sangat kecil nilainya disisi Allah swt .
Jika sekiranya kamu lengah untuk menunaikan amanah perjuangan , nescaya kamu akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang sangat pedih .

Maksud Firman Allah swt dari surah at Taubah . Ayat : 38 - 39

Seseketika dalam mengharungi perjuangan ini , alangkah kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri . Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan , benarkah kita berjuang ?

Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut , kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan . Persoalannya , benarkah kita berjuang ?

Benarkah kita berjuang ? , kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah . Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah . Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah . Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .

Benarkah kita berjuang ? , kita banyak ketawa dan hidup dalam kemewahan . Kita tidak mampu menyelami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh para murabitun jamaah yang ikhlas berjuang , jauh sekali untuk rakyat yang terhimpit . Gaya hidup hampir menyerupai musuh malah meluka perasaan anggota jamaah sendiri .

Benarkah kita berjuang ? , dengan hanya semata - mata kerap menghadhiri ceramah - ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program - program khusus seperti usrah , liqa fikri , tamrin , mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail , al mathurat dan zikrullah . Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang , tidak glamour langsung !

Benarkah kita berjuang ? , apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita . Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun hadhir hanya dengan kepala kosong . Lebih malang , ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat .

Benarkah kita berjuang ? , sedang banyak masa kita habiskan untuk bersahaja dan mengelamun dalam mengimpi kemenangan . Hanya pandai mengomel dan mengkritik kesalahan anggota jamaah yang lain tetapi kita sendiri hanya mampu berdiri di tepian gelanggang . Kerja kita tidak beres tetapi nak ambil kerja orang lain . Kalut tidak bertempat .

Benarkah kita berjuang ? , seringkali kita mengabaikan hak ukhuwwah atau persaudaraan Islam sesama anggota . Cepat berburuk sangka malah sedikit berbeza pendapat kita terus menyerang pemikiran dan peribadinya seolah - seolah ia adalah musuh tradisi perjuangan kita . Kita rasa hanya kita sahaja yang hebat , berilmu dan berpengalaman . Pintar berhujjah dan berdebat . Kita pandang sahabat pun hanya dengan sebelah mata , penuh rasa benci . Senyum dan bersalam hanya untuk bermuka - muka .

Benarkah kita berjuang ? , suka sangat kita dedahkan rahsia jamaah . Setiap bilah dan patah perkataan yang dibincang dalam mesyuarat kita tulis dalam blog atau web site . Kita jadikan ia bahan sensasi untuk melariskan web site kita jua dengan harapan orang kata kita berani menegakkan kebenaran dan berani melampirkan fakta . Hanya kita yang mahu mempertahankan Islam dan jamaahnya sedang orang lain adalah pengkhianat yang perlu ditumpaskan .

Benarkah kita berjuang ? , kerana wawasan dan sesuatu gagasan pemikiran itu dilahirkan oleh pemimpin atau anggota jamaah yang kita tidak suka , maka kita tolak mentah - mentah . Lebih malang kita kasar dalam menolak dan kita lancang dalam berbicara . Langsung kita tidak hiraukan adab ikhtilaf sebaliknya apa yang kita inginkan ialah bagaimana kita nak menang dan pandangan kita yang diterima pakai .

Benarkah kita berjuang ? , kita sanggup mencantas sahabat seperjuangan dengan cara yang tidak bermoral agar dia jatuh dan kita yang naik jadi pemimpin . Kita melobi habis kawasan dan negeri bagi memastikan kita atau calun pemimpin yang kita suka mencapai kemenangan . Soal mampu atau tidak , soleh atau tidak bukan lagi menjadi ukuran . Ukuran tepat ialah dia mesti dari team kita .

Benarkah kita berjuang ? , wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi , bukan lagi kepada pimpinan jamaah tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya . Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat . Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri .

Benarkah kita berjuang ? , hubungan kita hanya terhad kepada golongan dan team kita . Dakwah kita tidak melebar kepada semua golongan termasuklah non muslim . Kita hanya hebat dalam gelanggang kita sendiri . Kita orang PAS ceramah pasal PAS dalam markas PAS kepada orang PAS , habis tu bila Islam ni nak lePAS ?

Benarkah kita berjuang ? , peribadi kita tidak melambangkan inspirasi perjuangan . Kita malu sipu nak jelaskan dasar perjuangan kerana keterlaluan mahu menjaga hati . Suara Islam mahu diliberalkan atas alasan orang belum memahami Islam . Penampilan diri juga dinuetralkan agar tidak dianggap fundamental .

Benarkah kita berjuang ? , ibadah kita kurang . Hubungan kita dengan Allah swt jauh . Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam . Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita dimiliki . Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah . Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka .

Benarkah kita berjuang ? , kadang - kadang kita pun keliru mengenai konsep kepimpinan jamaah kita sendiri . Kita sebut kepimpinan ulama' tetapi kita tidak beradab dengan ulama' . maki hamun ulama' dan menista mereka menjadi kalimah yang meniti di bibir kita tanpa rasa bersalah apalagi berdosa .

Benarkah kita berjuang ? , kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke ? atau parti politik semata ? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati . Matlamat kita , dustur kita , landasan kita , ikutan kita , cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita . malang , sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula .

Benarkah kita berjuang ? , banyak sungguh dosa kita . Makin berjuang makin tambah dosa . Dosa mengumpat , dosa mengutuk , dosa salah sangka , dosa mencantas , dosa memfitnah , dosa menipu , dosa tidak taat kepada pimpinan , dosa tidak tunai amanah perjuangan , dosa dedah rahsia jamaah , dosa khianat kepada sahabat seperjuangan , dosa hipokrit , dosa melukakan hati anggota jamaah , dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah , dosa mata , dosa tangan , dosa kaki , dosa telinga , dosa mulut , dosa hati , dosa otak , dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa .....

Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang ? atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri .

hayya bina nu'min saah ! ayuh kita kita bersimpuh seketika untuk kita merenung [ introspection ] jauh ke dalam jiwa kita . Terlebih dulu kita buangkan segala alasan membela diri , sikap menyalahkan orang lain dan rasa diri dipihak benar . Sebaliknya cari alasan untuk menyalahkan diri agar kita insaf , jangan bela diri supaya dirasa diri kita juga perlu dihukum dan kumpulkan rasa bersalah itu atas diri kita sendiri agar kita tidak angkuh untuk mengakui kesilapan sendiri .

Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt .

Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan pertanyaan benarkah kita berjuang ? semoga kita diridhai oleh Allah swt .

Selamat berjuang sahabat ku !

Wednesday, February 3, 2010

AL-FATIHAH UTK MAK SOM..


Al-Fatihah untuk Ketua Muslimat PAS Kelantan, Hajjah Kalthom Othman telah kembali ke Rahmatullah jam 1.20 pagi tadi. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman & beramal soleh, insyaallah.
Kata seorang sahabat, Mok Som ni, seperti Zainab Al-Ghazali M'sia..walaupun jauh jika dibandingkan, tetapi ada sedikit persamaan dari kisah hidupnya.... arwah juga merupakan Ketua DMPK Pasir Puteh, AJK DMPNK serta mantan Senator Negara di awal pemerintahan PAS di Kelantan..Arwah terjatuh dalam bilik air petang Selasa dan tidak sedarkan diri, meninggal di wad kecemasan di HUSM..terasa masih banyak lagi ilmu dan cerita-cerita arwah yang belum sempat didengar..moga kita sentiasa ingat dan mencontohi arwah dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Allah ini.. insyaallah..

CINTAILAH JEMAAH KITA..

Assalamualaikum wrt..
Salam perjuangan buat semua.. Sama-sama kita hayati makna yang tersurat & makna yang tersirat disebalik posting kali ini. Saya ambil khusus dari emel seorang sahabat... Smg bermanfaat buat kalian...
Cintailah Jamaah Jangan Rosakkannya

1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama .

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

3. Ini perbedaan utama PAS dengan parti - parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , PAS juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen - elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti - parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.

5. Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

7. Wala' , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma - terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala' , thiqah dan taat ..

8. Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala' , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .

9. Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan - keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah - kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik - polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu " saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah ..." barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan " seperti tikus membaiki labu "

10. Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :

a ] erat hubungan ,
b ] mantap tindakan dan
c ] kukuh benteng pertahanannya .


Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap .. Berasaskan realiti inilah , usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi :

a ] medan penyatuan fikrah ,
b ] tali penghubung ukhuwwah dan
c ] kilang menghasilkan rijaal [ tokoh pejuang ]
Sama-sama kita renung-renungkan..
Wassalam..

Tuesday, February 2, 2010

SALAM TAKZIAH

TINTA SRIKANDI DAN SELURUH AHLI-AHLI DMPK HULU LANGAT MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA PN.ZAITON AHMAD, KETUA MUSLIMAT, DMPK HULU LANGAT ATAS KEMBALINYA BONDA KESAYANGAN BELIAU KE RAHMATULLAH SEMALAM. SAMA-SAMA KITA DOAKAN MUDAH-MUDAHAN PN.ZAITON & KELUARGA TABAH & REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH INI DAN KITA DOAKAN SEMOGA ALMARHUMAH DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ROH-ROH ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DITUTUP SEGALA KEAIBAN DAN DIBUKA SEGALA KEBAIKAN YANG DILAKUKAN..

- ALFATIHAH-

 

Surah Yunus; Ayat 49

“..Katakanlah, aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah. Setiap umat mempunyai ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaatpun dan tidak pula boleh mendahulukannya..”

 

 

 

Friday, January 29, 2010

Risalah Pertama Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin

DR. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin
Risalah Pertama Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin
Diterjemahkan dalam bahasa Indonesia oleh Abu Anas.

Ikhwah dan akhwat yang dimuliakan ..
Asslamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh

Inilah risalah pertama yang ingin saya sampaikan kepada kalian, yang mana kalian telah memberikan amanah kepada saya, yang pada hakikatnya telah memberikan kepada saya beban yang berat ini; sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Abu Bakr dengan penuh tawadhu;

وُليت عليكم ولست بخيركم، أطيعوني ما أطعت الله فيكم

“Aku diberi amanah, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dari kalian, taatlah kepadaku selama aku penitahkan kalian untuk taat kepada Allah dalam diri kalian” ..

Dan yang kami harapkan pada itu semua adalah doa kalian; semoga dengan keberkahan-Nya kita menjadi orang yang terbaik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh nabi saw:

خير أمرائكم الذين تدعون لهم ويدعون لكم

“Sebaik-sebaik pemimpin kalian adalah yang kalian doakan kebaikan untuk mereka dan mereka mendoakan kebaikan untuk kalian”.

Bahwa syura, nizhom dan tsiqah merupakan bahagian dan saranan ujian rabbani yang tepat dalam jiwa para ikhwah dan akhwat di semua tingkatan dan levelnya .. syura bagi kami merupakan salah satu surah dalam Al-Qur’an, salah satu kewajiban Islam, salah satu akhlak dan prilaku yang menekankan adanya pelaksanaan dan penerapan di semua tingkat dan level serta sebagai mekanisme terbaru yang digunakan untuk melakukan jejak pendapat dan pemilihan dalam mengganti pemimpin dan pemikul tanggungjawab.

Dan kalian telah menyaksikan keteladanan yang telah disajikan oleh Mursyid Am ketujuh; ustadz Muhammad Mahdi Akif, yang semuanya telah menerangkan sikapnya yang mendalam terhadap konsep-konsep dan nilai-nilai, dan membantah segala kebohongan dan fitnah yang diarahkan atasnya dan atas jamaah kita yang penuh berkah ini. Dan kkita tidak membantah kepada mereka yang mengatakan bahwa ikhwanul Muslimin menuntut adanya demokrasi, sebagaimana kita tidak membantah adanya berbagai pandangan dan pernyataan negatif terhadap kita; kerana kita para aktivis yang selalu bekerja, dan jika berada pada satu sikap seperti itu maka niscaya Allah melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.

Sungguh kita telah melewati masa-masa yang memiliki keinginan yang banyak, berbagai peristiwa yang telah berlalu tidak akan menggoncang foundation jamaah, merobohkan bangunannya, dan mereka menduga atas kami dengan berbagai sangkaan yang buruk. Namun Al-Hamdulillah (segala puji bagi Allah) dengan adanya rukun tsiqah terhadap qiyadah, terhadap janji Allah, dan perasaan adanya naungan Allah atas jamaah ini, manhajnya yang bersih, dan prosedurnya yang murni; sehingga mampu memberikan perlindungan –berkat karunia Allah- atas jamaah ini dari berbagai fitnah, meluruskan berbagai kesalahan dan kekeliruan, menyempurnakan yang kurang dengan berlandaskan cinta kasih karena Allah, tanpa ada friksi dan faksi yang dapat mendorong melakukan penentangan dan pertikaian yang tercela dan fanatisme, atau ingin menang sendiri atau mengikuti hawa nafsu belaka.

Jika ini yang kalian saksikan di tingkat qiyadah (pemimpin) dalam satu urusan dan perkaranya yang sangat monumental dan sangat penting yang terjadi dalam tubuh jamaah yang penuh berkah ini, adalah merupakan kinerja yang patut dibanggakan; dan oleh karena itu wajib bagi kita untuk menerapkan ini pada semua tingkatan dan levelnya.

Dalam pertemuan terbatas antar ikhwah dalam usar mereka, syura menjadi salah satu rukun (pilar) dalam membangun kepribadian Islam yang independen dan bebas, terutama dalam mengungkapkan pendapat dan ide, dan memberikan nasihat dengan berharap menggapai ridha Allah SWT. Karena orang yang tidak memiliki kebebasan dalam menyampaikan pendapat tidak akan mampu membebaskan negeri mereka sendiri; karenanya bebasnya suatu negeri dari berbagai kekuasaan militer, politik, ekonomi, atau ideologi merupakan satu misi utama Ikhwan, dan sebuah kemerdekaan tidak akan mampu diraih kecuali dengan melakukan -pertama kali- kebebasan jiwa setiap insan dari berbagai belenggu.. karena itu marilah kita mulai dari diri kita masing-masing, marilah berusaha untuk menerapkan syura di semua tingkatan dan levelnya; karena hal tersebut menguatkan latihan dan kesabaran untuk mendengar pendapat dan saran orang lain, menyemak nasihat yang merupakan inti agama, dan ia merupakan milik para pemimpin sebelum umat Islam secara umum.

Marilah kita wujudkan pembaharuan darah ini, dengan melatih para pemimpin dan meningkatkan keupayaan bagi membolehkan kita memiliki cita-cita dan vision, sof pertama kemudian yang datang selanjutnya, sof kedua kemudian yang datang selanjutnya, lalu mempersiapkan tiga sof yang siap menjadi qiyadah; karena mempersiapkan pionir yang mumpuni secara syar’i dan khusus sangat dibolehkan dalam ibadah shalat, sekalipun belum mendapatkan taklif(beban) namun mempersiapkan pemimpin dalam ibadah merupakan misi yang harus dilalui dengan berbagai proses.

كونوا عبادًا قبل أن تكونوا قوادًا، تصل بكم العبادة إلى أفضل قيادة

“Jadilah kalian hamba Allah sebelum kalian menjadi qiyadah (pemimpin), sehingga dengan ibadah akan menyampaikan kalian pada qiyadah yang lebih baik” sebagaimana yang pernah disampaikan oleh imam Al-Banna.

Karena ada yang beranggapan bahwa stabiliti tidak akan terwujud kecuali karena adanya kejumudan dan tidak adanya perubahan; padahal tubuh yang sehat dan prima adalah tubuh yang darahnya selalu mengalir dan terus memperbaharui sel-sel yang ada di dalamnya, namun ketika aliran darah terhenti dan sel-selnya vakum dari melakukan aktivitas; maka hal demikian bukan dianggap sebagai stabilitas, namun sebagai penyakit kematian, naudzubillah.

Inilah jamaah kalian yang berkat karunia Allah mampu tampil dengan penuh vitalitas, kekuatan penuh dan azam yang kuat untuk bergerak pada jalan yang lurus, pada tsawabit yang sama dan pada nilai-nilai yang direguk oleh pendirinya Imam Syahid Hasan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya- dengan bersandarkan pada Al-Qur’an dan Sunnah, dan begitu pula yang telah direguk oleh para mursyid am (pemimpin) terdahulu, serta pengorbanan orang-orang yang sabar baik dari laki-laki maupun wanita dari anggota jamaah ini dengan apa yang mereka miliki; untuk dapat mempertahankan dakwah Allah tetap tinggi panji-panjinya, memiliki kewibawaan dan kekuatan, sehingga dapat tersebar banyak kebaikan di berbagai pelosok negeri.

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ

Dan hanya milik Allah kekuatan dan kemuliaan dan juga milik Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman”. (Al-Munafiqun: 8)

Allah Maha besar dari segala kesulitan…

Segala puji hanya milik atas segala sesuatunya..

Wassalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh