Tuesday, May 19, 2009

Nakbah Adalah Kesedihan



Hari Nakbah (النكبة يوم, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

15 Mei setiap tahun selepas 1948, adalah titik tolak sebuah perjuangan yang penuh ranjau dan liku, bukan sedikit korban dan bukan sedikit harta yang telah dipertaruhkan. Palestin masih lagi berada ditangan rejim Israel. Dan perjuangan di Palestin masih lagi diteruskan. Rakyat Palestin masih lagi optimis, dan masih lagi bersemangat mempertahankan tanah tumpah darah perjuangan. Tetapi, Nakba tetap menjadi calit hitam di hati rakyat Palestin.

Eretz Israel, Judea, Uber dan Zion dicadangkan. Akhirnya, dengan undian majoriti, Perdana Menteri Zionis pertama Ben Gurion memilih Israel sebagai nama haram untuk Palestin yang dijajah. Hari itulah British dengan rasminya menyerahkan mandat untuk puak Yahudi melangsungkan sebuah negara yang rasmi. Sebuah ‘kemerdekaan’ bagi Yahudi dan ‘kegelapan’ untuk umat Islam.

Maka, bermulalah perluasan penjajahan Zionis di muka bumi Al-Quds, kesucian wanita di dirobek, kelemahan kanak-kanak menjadi sasaran puak pelampau zionis, berlarutanlah Nakba setiap hari. Ya, Nakba Palestin adalah setiap hari selagi mana bumi Al-Aqsa itu belum lagi dibebaskan!!!

No comments:

Post a Comment