Mohd Nor Yahya : HARAKAH
KOTA BHARU, 14 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kekalahan di Bagan Pinang kerana jentera PAS tidak mempunyai cukup masa menerangkan dasar dan perjuangan parti dan melebihkan serangan peribadi terhadap calon Umno. Menurut Nik Aziz, pengalamannya semasa turun di Bagan Pinang menunjukkan sebahagian pengundi di Dun itu masih belum mengenali PAS secara mendalam.
Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut.
Beliau juga berkata rakyat di Negeri Sembilan juga masih jauh untuk memahami perjuangan PAS. Kehadiran jentera PAS dari seluruh negara juga mungkin membuatkan mereka berada dalam kebingungan apatah lagi diasak tekanan dari parti lawan dengan hebat. Pada PRK Bagan Pinang 11 Oktober lalu, calon PAS, Zulkifly Mohd Omar tewas kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dengan majoriti 5,435.
TintaSrikandi :
Kita perlu menyedari hakikat bahawa, sokongan yang jitu dari masyarakat terhadap PAS adalah lahir dari aqidah perjuangan yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Kita tidak perlu menagih simpati masyarakat untuk menyokong kita, tetapi kita perlu berusaha untuk menanamkan kefahaman yang jelas kepada mereka bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang syumul. Perjuangan ini adalah berlandaskan kepada Islam. Seruan PAS, ialah ALLAHU AKBAR.
Impian membina daulah Islamiyyah bukanlah angan-angan kosong. Kita yakini bahawa khilafah Islam yang telah jatuh suatu ketika dahulu, PASti akan bangkit kembali. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Justeru, sama-sama kita meneruskan perjuangan ini. Usah sesekali jemu berjuang walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan. Sesungguhnya ALLAH tidak hanya akan melihat kejayaan yang akan kita capai, tetapi Allah PASTI akan melihat sejauh mana usaha yang kita sumbangkan demi kegemilangan Islam. Oleh itu, sama-sama berganding bahu, meneruskan langkah, memperkukuhkan jamaah dan terus menyumbang masa, tenaga & wang ringgit demi memastikan tertegaknya DAULAH ISLAMIYYAH yang di cita-citakan.
No comments:
Post a Comment