Friday, July 17, 2009

TERJATUH atau DITOLAK HINGGA JATUH ????

Seluar koyak rabak, batu bata berselerak, tapak kasut yang pecah...???
A picture tell u a thousand words..

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu. Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua. Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui mati jam 1.30 tengah hari ini. Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu. Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Warga kerja TintaSrikandi dan seluruh kepimpinan DMP Hulu Langat bersimpati atas kematian Mendiang Teo Beng Hock. Semoga keluarga mangsa bersabar atas kejadian ini. Antara spekulasi yang digembar-gemburkan ialah, mangsa enggan bersubahat untuk menjatuhkan career politik pemimpin pakatan rakyat dan diugut dengan pelbagai ugutan setelah enggan memberi keterangan palsu. Mungkinkah ini satu lagi konspirasi jahat Bee End???? Mungkinkah kes ini sama spt kes kematian Pegawai Alam Sekitar di Sarawak satu ketika dahulu? Apa yang kami harapkan ialah siasatan terhadap kes ini akan dijalankan dengan ADIL tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

p/s : rasa2nya kita semua dah dapat agak kesudahan kes ini. SPRM tidak akan dipersalahkan dan kematian Teo juga adalah disebabkan terjatuh ketika sedang berjalan-jalan dikoridor pejabat SPRM tersebut..hmm..Walau apapun, sama-samalah kita saksikan apakah yang akan berlaku selepas ini..

SPRM serbu pejabat exco kerajaan negeri Selangor

SHAH ALAM, 15 Julai (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah yang didakwa menggunakan wang rakyat untuk memberi sumbangan.
Iklan

Serbuan tersebut telah dilakukan oleh lima orang pegawai SPRM dari Putrajaya dan Selangor pada jam 3.30 petang.

Beliau mempertikaikan tindakan pihak SPRM yang mengambil semua fail peruntukan mereka untuk disiasat tanpa sebarang surat kuasa untuk mengeledah pejabat exco.

Namun begitu, tiada sebarang dokumen kerajaan negeri diambil oleh pihak SPRM disebabkan kehadiran pihak media yang terlalu ramai di pejabat beliau.

Pihak SPRM, menurut Ean, enggan menunjukkan kad kuasa mereka ketika diminta dan juga tiada sebarang notis atau waran untuk membuat serbuan di pejabat exco.

Terdahulu, SPRM juga telah menyerbu Pejabat Khidmat Masyarkat Adun Seri Kembangan, pada jam 11 pagi tadi yang dilakukan oleh lima orang pegawai dari Putrajaya dan Selangor.

Beliau juga merupakan Adun Seri Kembangan, berkata, siasatan mengejut SPRM ini adalah ekoran daripada penyiasatan sumbangan parti kompenan Pakatan Rakyat, DAP yang menyampaikan sumbangan kepada sebuah masjid di Puchong.

Sebelum ini, penyerbuan pihak SPRM ini merupakan ekoran dari siasatan tujuh orang Adun Selangor berhubungan dengan sumbangan RM 10,000 kepada sebuah masjid di Puchong bagi membeli pembesar suara.

Tujuh Adun tersebut ialah Adun Kinrara, Elizabeth Wong, Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, Adun Bukit Gasing, Edward Lee Po Lin, Adun Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini di bangunan Annex, berkata tindakan itu tidak wajar kerana sumbangan ini adalah bagi faedah kegunaan rakyat.

"Kami berasa aneh kenapa hanya dokumen peruntukan kami, ketujuh-tujuh Adun kami diambil oleh pegawai SPRM.

"Dan juga saya rasa aneh yang mana dalam kes saya yang mana saya beri sumbangan 10 ribu ringgit untuk satu surau di Puchong untuk beli pembesar suara,"katanya.

Sumber: Harakahdaily

Thursday, July 16, 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH


Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, sekali lagi Allah mengurniakan kemenangan di Manek Urai kepada seluruh pejuang, pendokong dan penyokong gerakan Islam di Malaysia. Ternyata janji-janji dan retorik yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin BN dan jentera mereka tidak mampu melawan tarbiyyah yang telah diberikan oleh kerajaan Islam Kelantan kepada seluruh rakyat Kelantan.
Kemenangan tipis dengan majoriti 65 undi di Manek Urai secara tidak langsung memberi isyarat bahawa kita perlu sentiasa bermuhasabah. Jangan terlalu selesa dengan kemenangan anugerah Allah ini, tetapi kita perlu meningkatkan usaha untuk memastikan tarbiyyah, dakwah & pembangunan berteraskan Islam di Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama' mampu menjadi contoh terbaik demi untuk mencapai impian kita membina Daulah Islamiyyah yang lebih gemilang, insyaallah..Pastinya jalan perjuangan kita ini masih terlalu panjang dan padanya terdapat pelbagai onak dan duri yang perlu dilalui. Hanya dengan Iman dan Taqwa mampu menjadikan kita terus istiqamah tanpa goyah untuk terus mendokong perjuangan ini.
Seluruh warga kerja Tintasrikandi dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Hulu Langat mengucapkan Tahniah kepada seluruh penyokong & pendokong perjuangan PAS, khusus untuk PAS Kelantan dan terima kasih buat seluruh pengundi-pengundi di Manek Urai. Hanya Allah yang mampu membalas setiap undi yang anda berikan demi memastikan perjuangan Islam dan kepimpinan Ulama' di kelantan terus utuh & teguh, insyaallah.
Wassalam..

Tuesday, July 14, 2009

BIARKAN KELANTAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Jangan Jatuhkan Kelantan - Dr.Asri Zainal Abidin

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Thursday, July 9, 2009

PEMANSUHAN PPSMI ...

PEMANSUHAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ADALAH HASIL PERJUANGAN RAKYAT !!!
TAHNIAH BUAT SELURUH PEJUANG & PENYOKONG PEMANSUHAN INI.


N.41 MANEK URAI

PERKENALKAN CALON ANDA.

.


BUAT SELURUH PENGUNDI-PENGUNDI DUN MANEK URAI YANG TINGGAL DI KAWASAN HULU LANGAT, JANGAN LUPA 14 JULAI 2009. TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA.

SAMA-SAMA KITA PASTIKAN N.41 DUN MANEK URAI, KEKAL DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA'.

" TOK GURU MEMIMPIN, MANEK URAI BERKAT, INSYAALLAH"

Sunday, July 5, 2009

GELANGGANG MANEK URAI

Gelanggang pilihanraya kecil kembali dibuka. Kali ini Manek Urai, Kelantan akan menjadi saksi kepada pertarungan sengit antara PAS & Bee End. Pilihan Raya Kecil Manek Urai jika dikaji berdasarkan faktor, kekuatan dan kesungguhan dalam Parti Islam seMalaysia ( PAS ) dengan sokongan Pakatan Rakyat. PAS akan menang besar dalam kajian isu-isu semasa dan pengaruh dari keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Negara ketika ini. Antara faktor-faktor yang dapat dikenalpasti adalah spt berikut :

  • Perkhidmatan Allahyarham Pak Su Wil yang tidak dapat ditandingi
  • Kekuatan menjalankan tugas Jentera PAS yang penuh didikasi, bersungguh-sungguh dan sikap penuh pengurbanan.
  • Imej PAS yang bercambah di diri rakyat dalam kekecohan UBN ketika ini.
  • Isu Perak, keputusan kehakiman, cara penyelesaian, jarak hari pembicaraan antara UBN dengan Pakatan Rakyat.
  • Imej Pemimpin UMNO yang didedahkan keburukan oleh UMNO sendiri, masih dilantik sebagai pemimpin.
  • Ketokohan Kepimpinan Kelantan masih menjadi kesayangan rakyat Kelantan.
  • Rakyat semakin cerdik dan tidak termakan dengan rasuah dan politik wang BN/Umno.
  • Rakyat mulai sedar dengan cara projek me segera yang akhirnya projek itu menyusahkan rakyat.
  • Jumlah mata pelajaran yang dikecilkan untuk peperiksaan SPM.

Dengan 9 faktor ini sudah memadai untuk membenam projek Kain Pelikat, Kain Batik, Duit makan dan minum untuk menyambut ketibaan Menteri-menteri dan mendengar ceramah Menteri-menteri. 9 Fakta ini juga perlu dimantapkan lagi dengan ahli-ahli PAS yang berkempen secara santai di kedai kopi. Kalau PAS boleh memenangi jumlah undi yang lebih besar dari PRU12 sudah pasti PRU13 kejayaan berpihak kepada PR.

source : anakgurun52.blogspot.com