Friday, July 17, 2009

TERJATUH atau DITOLAK HINGGA JATUH ????

Seluar koyak rabak, batu bata berselerak, tapak kasut yang pecah...???
A picture tell u a thousand words..

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu. Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua. Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui mati jam 1.30 tengah hari ini. Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu. Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Warga kerja TintaSrikandi dan seluruh kepimpinan DMP Hulu Langat bersimpati atas kematian Mendiang Teo Beng Hock. Semoga keluarga mangsa bersabar atas kejadian ini. Antara spekulasi yang digembar-gemburkan ialah, mangsa enggan bersubahat untuk menjatuhkan career politik pemimpin pakatan rakyat dan diugut dengan pelbagai ugutan setelah enggan memberi keterangan palsu. Mungkinkah ini satu lagi konspirasi jahat Bee End???? Mungkinkah kes ini sama spt kes kematian Pegawai Alam Sekitar di Sarawak satu ketika dahulu? Apa yang kami harapkan ialah siasatan terhadap kes ini akan dijalankan dengan ADIL tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

p/s : rasa2nya kita semua dah dapat agak kesudahan kes ini. SPRM tidak akan dipersalahkan dan kematian Teo juga adalah disebabkan terjatuh ketika sedang berjalan-jalan dikoridor pejabat SPRM tersebut..hmm..Walau apapun, sama-samalah kita saksikan apakah yang akan berlaku selepas ini..

No comments:

Post a Comment