Thursday, October 15, 2009

KALAH : Mereka belum faham prjuangan PAS

Mohd Nor Yahya : HARAKAH

KOTA BHARU, 14 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kekalahan di Bagan Pinang kerana jentera PAS tidak mempunyai cukup masa menerangkan dasar dan perjuangan parti dan melebihkan serangan peribadi terhadap calon Umno. Menurut Nik Aziz, pengalamannya semasa turun di Bagan Pinang menunjukkan sebahagian pengundi di Dun itu masih belum mengenali PAS secara mendalam.

Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut.

Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut. "Saya sendiri bertemu dengan tuan rumah yang saya pergi baru-baru ni dan mengakui masih tak faham perjuangan PAS ni lagi," katanya. "Ramai di antara orang melayu di sana masih beranggapan Islam itu ganas dan PAS juga ganas, ,jadi ini semua memerlukan masa untuk memberi pemahaman kepada mereka," ujar beliau lagi. Nik Aziz berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan,Abdul Fatah Harun sebelum ini yang mengakui teknik menyerang pribadi calon tidak diterima oleh pengundi Bagan Pinang.

Beliau juga berkata rakyat di Negeri Sembilan juga masih jauh untuk memahami perjuangan PAS. Kehadiran jentera PAS dari seluruh negara juga mungkin membuatkan mereka berada dalam kebingungan apatah lagi diasak tekanan dari parti lawan dengan hebat. Pada PRK Bagan Pinang 11 Oktober lalu, calon PAS, Zulkifly Mohd Omar tewas kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dengan majoriti 5,435.

TintaSrikandi :

Kita perlu menyedari hakikat bahawa, sokongan yang jitu dari masyarakat terhadap PAS adalah lahir dari aqidah perjuangan yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Kita tidak perlu menagih simpati masyarakat untuk menyokong kita, tetapi kita perlu berusaha untuk menanamkan kefahaman yang jelas kepada mereka bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang syumul. Perjuangan ini adalah berlandaskan kepada Islam. Seruan PAS, ialah ALLAHU AKBAR.

Impian membina daulah Islamiyyah bukanlah angan-angan kosong. Kita yakini bahawa khilafah Islam yang telah jatuh suatu ketika dahulu, PASti akan bangkit kembali. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Justeru, sama-sama kita meneruskan perjuangan ini. Usah sesekali jemu berjuang walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan. Sesungguhnya ALLAH tidak hanya akan melihat kejayaan yang akan kita capai, tetapi Allah PASTI akan melihat sejauh mana usaha yang kita sumbangkan demi kegemilangan Islam. Oleh itu, sama-sama berganding bahu, meneruskan langkah, memperkukuhkan jamaah dan terus menyumbang masa, tenaga & wang ringgit demi memastikan tertegaknya DAULAH ISLAMIYYAH yang di cita-citakan.

Monday, October 12, 2009

PAS : Akur dgn kekalahan..

Walaupun kalah di DUN Bagan Pinang, Tintasrikandi tetap ingin mengucapkan syabas & tahniah khusus kepada pengundi & penyokong Pas serta tidak lupa buat seluruh jentera pilihanraya PAS & pakatan rakyat atas usaha yang diberikan serta bertungkus lumus untuk memusnahkan keangkuhan BN. Kita akur & akui kekalahan ini. Tetapi kita tetap tidak akan mengalah. Kemenangan Bee End di Bagan Pinang  telah membuktikan bahawa RASUAH dan POLITIK WANG telah menjadi darah daging UMNO &BN yang sukar untuk dibersihkan. Budaya samseng mereka juga semakin menjadi-jadi tanpa dijentik langsung oleh pihak Polis.  

 

Sama-sama kita berusaha & berdoa, moga-moga mereka akan insaf.. Dan sama-sama kita saksikan pertembungan antara team Isa & Mohamad Hasan di Negeri Sembilan..

 

SALAM PERJUANGAN DR KAMI..

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang : NO to ISA


ASSALAMUALAIKUM WRT..

Kepada semua pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang, N.31, SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA. PASTIKAN ANDA MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK. TOLAK CALON YANG KORUP DAN BERIKAN UNDI ANDA KEPADA CALON YANG BERSIH & AMANAH.

KEPADA SEMUA PENYOKONG PAS & PAKATAN RAKYAT, SAMA-SAMA KITA DOAKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT...

SALAM PERJUANGAN DARI DEWAN MUSLIMAT PAS, HULU LANGAT.

Thursday, October 8, 2009

Penyokong BN bertindak GANAS !

Bagan Pinang : Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang. Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi. Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut. Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka. "Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain. "Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan. Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Source : Harakahdaily.net

Tintasrikandi :

Bee End semakin hilang pertimbangan. Mereka merasakan mereka boleh berbuat sesuka hati termasuk mengganas dengan menggunakan senjata merbahaya dan mencederakan petugas-petugas PAS. Mereka boleh bertindak ganas kerana mungkin itulah arahan pemimpin mereka. Mereka pasti dilindungi oleh pemimpin-pemimpin politik yang sudah hilang pertimbangan yang rasional. Sama-sama kita nantikan apakah pulak alasan mereka terhadap keganasan dan tindakan melampau mereka terhadap PAS di Bagan Pinang semalam.


Ya Allah, bantulah kami di Bagan Pinang.. Bantulah kami melawan kezaliman BN. Berikan kami kekuatan untuk terus berjuang tanpa jemu demi Islam tercinta..Amin ya rabb...

Tuesday, October 6, 2009

Calon pilihan rakyat : Zulkefly Mohd Omar

TELOK KEMANG, 5 Okt - Menyelami hati budi seorang wakil rakyat memang agak sukar untuk diduga memandangkan pelbagai rintangan dan cabaran yang pastinya tidak menjanjikan kesenangan dan masa lapang dalam kehidupan. YB kini bukan lagi singkatan bagi 'Yang Berhormat' sebaliknya 'Yang Berkhidmat' atau 'Yang Bekerja' untuk keselesaan dan kebajikan rakyat. Demikianlah gambaran yang diberikan calon PAS parlimen Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar selepas sesi turun padang untuk aktiviti kempen pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang baru-baru ini.

Mendekati masyarakat setempat di Telok Kemang membuatkan dirinya berasa terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikan. Bagaimanapun beliau tidak merasakan ianya serius dan besar serta mustahil untuk diselesaikan malah ia merupakan keperluan asas seperti bekalan air, sisa kumbahan, pengurusan sampah-sarap dan sebagainya. Rata-rata pengundi yang ditemui mengharapkan Zulkefly agar dapat membawakan masalah yang timbul kepada pihak berkenaan untuk diselesaikan. "Saya merasakan masalah yang dikemukakan ini mampu diselesaikan oleh Adun yang bakal dilantik kelak, kerana ianya hanya membabitkan keperluan asas sahaja," ujarnya kepada pemberita.

Oleh yang demikian beliau berjanji akan memberikan komitmen sekiranya mendapat mandat daripada rakyat Bagan Pinang bagi meneruskan agenda memartabatkan kebajikan rakyat.

Anak jati Lenggeng itu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005-2007) sebelum dilantik ke jawatan sekarang yang dipegangnya selama dua penggal. Zulkefly merupakan seorang ahli perniagaan dan memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat GLC dan Syarikat Telekomunikasi

Source : http://prkn31baganpinang.pas.org.my

JAMUAN EIDULFITRI : PAS HULU LANGAT

Sambutan Hari Raya Eidul Fitri anjuran PAS Kawasan Hulu Langat di adakan pada Ahad, 4 Oktober 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Majlis yang dijadualkan bermula pada jam 11 pagi itu mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Para tetamu yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari kaum Cina & India turut hadir seawal jam 10.30 pagi.
PAS Kawasan Hulu Langat merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Semoga Allah merahmati pertemuan itu, insyaallah..


Kanak-kanak turut bergembira di atas pentas..:)

Tetamu yang hadir menikmati hidangan..

Unit amal turut membantu..

Terlalu ramai tetamu yang datang..

Si kecil ni pun nak daftar sebagai pemilih agaknyer..

Tetamu VIP

Kaunter daftar pemilih dan pemdaftaran sebagai ahli PAS juga dibuka bagi memudahkan orang ramai mendaftar.. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan.

Meehoon sup gearbox yang mnjadi rebutan ramai.

Nasi beriani yang teramat sedap...:) Credit kpd tukang masak...

Nasi impit & kuah kacang yang begitu menyelerakan..
Dr. Che Rusli menyambut kehadiran tetamu dengan senyuman manisnya..
Kanak-kanak pun dapat duit raya..
SU Dewan Muslimat PAS Hulu Langat begitu ceria menyambut tetamu.
Dewan MPKJ yang penuh dengan tetamu.
Kaum India juga tidak ketinggalan menjamu selera.


Menu istimewa : Roti canai terbang..

Tak menang tangan....Terlalu byk permintaan..:)


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PAS & SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.. SEMOGA UKHUWWAH KITA AKAN TERUS BERKEKALAN...

Monday, October 5, 2009

ISA : Recycle candidate

Penamaan calon di Bagan Pinang Sabtu lepas menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara PAS & Bee End. Seperti biasa, Bee End ketandusan calon yang berkualiti dan terpaksa mengguna semula “pengamal rasuah” Tan Sri Isa Samad sebagai calon bagi pilihanraya kecil kali ini. Sudah berbuih mulut Tun Mahathir, Pak Lah & Najib mengumumkan kononnya BN akan sentiasa memastikan pemimpin – pemimpin mereka adalah calon-calon yang berkualiti dan bebas rasuah. Namun, impian mereka untuk mencalonkan calon-calon yang berkualiti hanya tinggal angan-angan kerana sememangnya Bee End & UMNO tiada lagi stok calon-calon yang bebas rasuah. Inilah hakikat yang perlu kita terima.

Dan yang paling melucukan, respon yang DS Najib berikan kepada persoalan yang diajukan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Perancis ketika ditanya mengapa BN memilih ISA sebagai calon, "Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti”.

Ohhh… rupa-rupanya kesalahan ISA sehingga digantung keahliannya dalam UMNO tidak termasuk dalam kesalahan undang-undang negara…Hmm… Inilah hebatnya UMNO.. Yang salah dikatakan benar dan yang paling hebat, takrifan undang-undang juga boleh jadi berbeza apabila tibanya musim pilihanraya.

Sama-sama kita PAStikan Bee End & UMNO terus berkubur..!!