Friday, July 17, 2009

SPRM : Siasatan atau Penderaan Mental ???

sumber : Malaysiakini.com

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerdekaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kamu jangan bohong. Saya boleh pukul kamu. Percayalah!". Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

Tintasrikandi :Kes ini menjadi semakin sensasi dengan pendedahan rakan mangsa yang juga disoal siasat oleh SPRM pada hari yg sama. Apa yang pasti, rakyat mahukan KEADILAN dalam kes ini. Jangan sampai rakyat MUAK dengan permainan politik Bee End..Sama-sama kita doakan kerajaan negeri Selangor akan terus cekal menghadapi apa jua serangan pembangkang yang diketuai oleh Khir Toyo..Kita tidak akan mudah mengalah. Malah, dugaan ini pastinya menjadi penguat kepada seluruh pimpinan pakatan rakyat bagi memastikan kerajaan Bee End akan terkubur suatu hati nanti, insyaallah..


No comments:

Post a Comment