Saturday, July 18, 2009

TAHNIAH UTK KERAJAAN NEGERI SELANGOR..


TAHNIAH !!!

Media semalam melaporkan bahawa kerajaan negeri
Selangor mendapat pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyatnya di atas inisiatif kebajikan, sosial dan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan negeri.
Menurut laporan tersebut satu kajian pendapat yang telah dijalankan oleh badan bebas - Merdeka Centre - mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul. Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati. Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.

Fakta ini amat memberangsangkan dan ianya merupakan suatu pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyat. Dari sekarang kerajaan negeri mesti mempertingkatkan lagi program-program kebajikan dan mesra rakyat bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. Semua isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat mesti diselesaikan secepat mungkin. Di samping taraf hidup rakyat terutama yang miskin dan tinggal diluar bandar mesti dipertingkatkan supaya jurang pendapatan tidak terlalu jauh dan ketara.

Tintasrikandi :
Tahniah untuk semua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Teruskan usaha kalian memberi jasa & bakti kepada rakyat. Amanah kepimpinan terlalu berat untuk dipikul, namun seluruh rakyat Selangor meyakini bahawa undi kami untuk kalian tidak akan kalian sia-siakan. Kami yakin kalian mampu melakukan perubahan dan kami amat meyakini bahawa kalian mampu menjadi pemimpin yang AMANAH dan tidak akan sesekali bersikap seperti pemimpin2 Bee End..Salam perjuangan dari kami..Semoga terus teguh mendokong aspirasi RAKYAT...

No comments:

Post a Comment