Thursday, July 30, 2009

Wednesday, July 29, 2009

1 OGOS 2009 : MANSUHKAN ISA


Jika kita tidak pernah makan durian, tentu kita tidak akan tahu bagaimana sedapnya rasa durian itu. Begitu juga dengan penderitaan ahli keluarga tahanan ISA. Kita tidak dapat merasai walau secebis penderitaan mereka kerana kita tidak berada di tempat mereka. Namun, sebagai saudara seislam, mereka juga adalah ahli keluarga kita. Oleh itu, sama-sama kita memberi sokongan kpd mereka… Jika ada kesempatan masa, warga TintaSrikandi dan seluruh kepimpinan DMP Hulu Langat menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai HIMPUNAN 1 OGOS 2009 bagi memastikan KEZALIMAN ISA akan dihentikan… !!!



Sama-sama kita hayati secebis kisah dari KEMTA…..

Satu peristiwa berdarah dalam Kemta yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 Disember 2004. Ia berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di Kemta. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah Kemta ketika itu, sempat saya mengingatkan beliau jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Pagi 8 Disember 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebih kurang jam 9.00 pagi, semua wardar yang bertugas di semua blok (enam blok) diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa diawasi. Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni wardar tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.

Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih 100 UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan, merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu semua OT dipukul semahunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan anggota badan lain. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 100 meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan.

Hampir semuanya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang. Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Tak cukup di situ, esoknya operasi berjalan pula di blok-blok lain. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter. Sepanjang perjalanan itu, mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar 'Allah turun bantu OT'. Terdapat juga wardar Kemta yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang dibawa melintasi mereka. Paling menyedihkan, terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz, dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok.

Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk daripada pihak Kemta dengan alasan mereka mendapat arahan daripada KDN.

Dalam satu kes lain, Pak Lah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB. Isteri muda ini ditangkap di dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebih kurang empat tahun. Ketika si ibu dibawa pergi di tengah-tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas.

Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa !!!!

Begitulah sekelumit daripada segunung kezaliman ISA. Tahanan yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan mereka adalah wajar. Jika tidak, mereka dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun. Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak.

HAPUSKAN ISA !!!!

Tuesday, July 28, 2009

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Source: www.selangor.gov.my

 

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

 

1.      Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?

TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

 

2.      Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?

Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-

(a)    Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.

(b)    Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.

(c)    Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

 

3.      Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

(a)    Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-

"Anak Selangor" bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-

·         Warganegara Malaysia; dan

·         Lahir di  Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan

·         Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

·         Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.

(b)    Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

 

4.      Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?

Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-

(a)    Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.

(b)    Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30   petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

(c)    Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:

i.        Sijil kelahiran / Mykid anak; dan

ii.      Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.

(d)    Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti 
caruman di dalam Tabung ini.

 

5.      Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?

Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-

(a)    Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:

i.        Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00; atau

ii.      Ulangtahun ke-18  pada jumlah  RM1,500.00.

(b)    Bagi  Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan (ii),  pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.

(c)    Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.

(d)    Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya  mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

 

6.      Bilakah tarikh pelaksanaannya?

31 Ogos 2008

 

7.      Di mana mendapatkan borang pendaftaran?

Borang boleh diperolehi dari kaunter Project TAWAS di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

 

8.      Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya?

Projek TAWAS

Tingkat (LG), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)

No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-55103498 / 03-55103499

 

Website: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

 

Saturday, July 18, 2009

Hanya kerana BERTUDUNG, Marwa DIBUNUH !!!


Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!

Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua juga ibu kepada seorang anak kecil yang berusia tiga tahun ditikam di hadapan suaminya di dalam sebuah Mahkamah di Jerman.. Lebih malang lagi apabila suaminya berada di situ ketika itu cuba membantu dan menyelamatkan Marwa turut cedera parah dan ditembak oleh polis krn menyangka dia penyebab kepada kejadian kejam itu.

Kisah ini bermula apabila Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung. Alex didapati bersalah oleh mahkamah dan dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut. Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang dalam kes ini. Alex menikan tanpa ada rasa belas kasihan sambil menyatakan "kamu tidak patut hidup" kepada Marwa...

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati. Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,
The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed. This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!
May Allah bless her soul , she is a martyr of racism and hate.



Ribuan orang di Mesir mengiringi jenazah Marwa Al-Sharbini sebagai tanda sokongan kepada mujahidah syahidah ini. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslimah. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.


TAHNIAH UTK KERAJAAN NEGERI SELANGOR..


TAHNIAH !!!

Media semalam melaporkan bahawa kerajaan negeri
Selangor mendapat pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyatnya di atas inisiatif kebajikan, sosial dan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan negeri.
Menurut laporan tersebut satu kajian pendapat yang telah dijalankan oleh badan bebas - Merdeka Centre - mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul. Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati. Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.

Fakta ini amat memberangsangkan dan ianya merupakan suatu pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyat. Dari sekarang kerajaan negeri mesti mempertingkatkan lagi program-program kebajikan dan mesra rakyat bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. Semua isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat mesti diselesaikan secepat mungkin. Di samping taraf hidup rakyat terutama yang miskin dan tinggal diluar bandar mesti dipertingkatkan supaya jurang pendapatan tidak terlalu jauh dan ketara.

Tintasrikandi :
Tahniah untuk semua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Teruskan usaha kalian memberi jasa & bakti kepada rakyat. Amanah kepimpinan terlalu berat untuk dipikul, namun seluruh rakyat Selangor meyakini bahawa undi kami untuk kalian tidak akan kalian sia-siakan. Kami yakin kalian mampu melakukan perubahan dan kami amat meyakini bahawa kalian mampu menjadi pemimpin yang AMANAH dan tidak akan sesekali bersikap seperti pemimpin2 Bee End..Salam perjuangan dari kami..Semoga terus teguh mendokong aspirasi RAKYAT...

Friday, July 17, 2009

SPRM : Siasatan atau Penderaan Mental ???

sumber : Malaysiakini.com

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerdekaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kamu jangan bohong. Saya boleh pukul kamu. Percayalah!". Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

Tintasrikandi :Kes ini menjadi semakin sensasi dengan pendedahan rakan mangsa yang juga disoal siasat oleh SPRM pada hari yg sama. Apa yang pasti, rakyat mahukan KEADILAN dalam kes ini. Jangan sampai rakyat MUAK dengan permainan politik Bee End..Sama-sama kita doakan kerajaan negeri Selangor akan terus cekal menghadapi apa jua serangan pembangkang yang diketuai oleh Khir Toyo..Kita tidak akan mudah mengalah. Malah, dugaan ini pastinya menjadi penguat kepada seluruh pimpinan pakatan rakyat bagi memastikan kerajaan Bee End akan terkubur suatu hati nanti, insyaallah..


TERJATUH atau DITOLAK HINGGA JATUH ????

Seluar koyak rabak, batu bata berselerak, tapak kasut yang pecah...???
A picture tell u a thousand words..

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu. Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua. Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui mati jam 1.30 tengah hari ini. Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu. Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Warga kerja TintaSrikandi dan seluruh kepimpinan DMP Hulu Langat bersimpati atas kematian Mendiang Teo Beng Hock. Semoga keluarga mangsa bersabar atas kejadian ini. Antara spekulasi yang digembar-gemburkan ialah, mangsa enggan bersubahat untuk menjatuhkan career politik pemimpin pakatan rakyat dan diugut dengan pelbagai ugutan setelah enggan memberi keterangan palsu. Mungkinkah ini satu lagi konspirasi jahat Bee End???? Mungkinkah kes ini sama spt kes kematian Pegawai Alam Sekitar di Sarawak satu ketika dahulu? Apa yang kami harapkan ialah siasatan terhadap kes ini akan dijalankan dengan ADIL tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

p/s : rasa2nya kita semua dah dapat agak kesudahan kes ini. SPRM tidak akan dipersalahkan dan kematian Teo juga adalah disebabkan terjatuh ketika sedang berjalan-jalan dikoridor pejabat SPRM tersebut..hmm..Walau apapun, sama-samalah kita saksikan apakah yang akan berlaku selepas ini..