Friday, June 19, 2009

Perginya seorang pejuang Islam dunia..

























13 Jun 2009- Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'ie yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.


Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.
Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.

"Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia ini, Ilmumu tersebar luas di serata pelusuk dunia, perjuanganmu kami jadikan tauladan, namamu tetap kami kenang..Semoga kita akan bersua di "sana" nanti. Amin.


sila lihat website ikhwan jordan http://www.ikhwan- jor.com/


Friday, June 12, 2009

Amanat Naib Presiden


Oleh Al Fadhil Tuan Guru  Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam di satukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS. Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan am,anah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalunan yang besar dari perwakilan.

Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar " Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat." Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu.

Muktamar bagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telah pun di buat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira.  Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda " Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan', dan " Pertolongan Allah akan datang dengan jamaah".

Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musush, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.  Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.

Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini. Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan system yang berjalan dalam Negara.

UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana system yang tidak betul ini ujud. Kita berusaha kea rah tersebut. Namun saya tegaskan bahawa kikta tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain.

Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambil alih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa. Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan Presiden dan Timbalan Presiden.

Semua dasar parti di kawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah kearah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah.  Berilah keyakinan dan wala' pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.

Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas. Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.


Salam perjuangan.
Akhukum FiLLah
Tuan Ibrahim Tuan Man

wassalaam

Thursday, June 4, 2009

Nasharudin : Tiada niat bersama Umno, BN


Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN. Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata.

"Saya percaya adik-adik saya dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya ketika berucap merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di markas PAS di Taman Melewar Gombak.

"Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan menggangu keutuhan jemaah kita," katanya sambil menambah bahawa Islam yang diperjuang parti itu berdasarkan al-Quran dan Sunnah. "Al-Quran dan al-Sunnah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula hendak untuk berdamai," katanya.

Sehubungan itu, katanya,
prinsip dan dasar Islam yang perjuangkan oleh PAS tidak sesekali akan berganjak.

"Namun kaedah dan
uslub (pendekatan) boleh berubah," tambah Nasharuddin yang dikaitkan dengan kumpulan pro-muqabalah yang cenderung berkerjasama dengan Umno.

Beliau akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu Jumaat ini - berdepan dengan dua pencabarnya - Datuk Husam Muda dan Mohamad Sabu - kedua-dua naib presiden PAS.

Perkukuh saf Pakatan Rakyat


"Kita akan perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita isytiharkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan Umno dan BN," katanya. Bagaimanapun, Nasharuddin menasihat Pemuda PAS supaya jangan lupa bahawa
"kita sebagai da'i (pendakwah) bertanggungjawab kepada mad'u (orang didakwah)".

"Semua di luar sana adalah
mad'u kita. Kita akan terus ajak mereka untuk bersama dengan kita, berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi politik atau kefahaman apapun yang mereka miliki," tegasanya.

Menurutnya, PAS juga mesti menjadi sebuah parti yang perlu dijenamakan semula.

"Bukan sekadar sebagai parti pembangkang tetapi PAS kini adalah sebuah parti Islam yang bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara dalam masa terdepan dan membawa kepimpinan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan izin Allah. "Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan," tambahnya.

Nasharuddin juga meminta ahli parti itu agar sentiasa berada dalam kancah masalah rakyat dan menangani masalah mereka.

Pertahankan syura


"Bukan hanya menuding jari kepada kerajaan, sebaliknya agresif dalam menyelesaikan kekusutan yang tersimpul dek kerana kesesatan dalam memimpin rakyat," tambahnya.

Nasharuddin juga menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya menampil dan memasarkan politik dan produk dakwah serta mempotretkan kepimpinan bermodelkan Islam dengan sebaik-sebaiknya.

Di samping itu, tegasnya, Pemuda juga hendaklah terus mempertahankan
syura (bermesyuwarah). "Kita perlu memperbetulkan amalan yang biasa dilakukan dan membiasa amalan yang betul. "Kita mesti berani membuat reinvention dan rebranding yang menepati sasaran dakwah kita. "Jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membongkar rahsia tanzim (organisasi) kita.

"Jagalah adab-adab berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya," tegasnya.

Sumber: MalaysiaKini

Wednesday, June 3, 2009

EDISI KHAS (2) "DIAMBANG MUKTAMAR"

SENARAI CALON YANG AKAN BERTANDING
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP (MTB)

1.    Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (3)

1.    Hussin Bin Haji Ismail, Haji
2.    Ishak Bin Surin, Haji
3.    Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid, Hj


PRESIDEN (MTB)

1.    Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN (3)

1.    Husam Musa, YB Dato' Haji
2.    Mohamad Sabu, Haji
3.    Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN (5)

1.    Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
2.    Mujahid Yusof Rawa , YB Dr.
3.    Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato' Ustaz '
4.    Salahuddin Ayub, YB
5.    Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Ustaz

AHLI JAWATANKUASA KERJA (54)

1.    Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji
2.    Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji
3.    Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato' Ustaz Haji
4.    Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz Haji
5.    Ahmad Sabki Yusof ,
6.    Ahmad Rusli Ibrahim , YB Dato'
7.    Aiman Athirah al-Jundi, Sdri
8.    Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
9.    Anuar Tan Abdullah, YB Dato' Haji
10.    Asmuni Awi, Haji
11.    Azizah Khatib Mat, Ustazah Hajjah
12.    Azizan Abd Razak, YAB Dato' Seri Ustaz
13.    Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
14.    Dzulkefly Ahmad, YB Dr.
15.    Halimah Ali, YB Dr. Hjh
16.    Hamzah Abdullah , Hj
17.    Hamzah Jaaffar, Dr
18.    Hasan @ Abd Rahman Abd Razak, Ust
19.    Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj
20.    Hashim Jasin, YB Ustaz Haji
21.    Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji
22.    Iskandar Abdul Samad, YB Ir
23.    Kamarudin Jaffar , YB Dato'
24.    Khalid Abd Samad, YB
25.    Khalil Idham Lim, YB Drs.
26.    Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, YB Dr.
27.    Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. Haji
28.    Mazlan Aliman, Sdr
29.    Mariam Abdul Rashid, Hjh
30.    Misbahul Munir Masduki,
31.    Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
32.    Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir
33.    Mohamad Noor Mohamad, Haji
34.    Mohamed Hanipa Maidin, Sdr
35.    Mohd Abdul Wahid Endut, YB Hj
36.    Mohd Anuar Tahir, Hj
37.    Mohd Apandi Mohamed, Hj
38.    Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji
39.    Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40.    Mumtaz Md Nawi, YB
41.    Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Ustaz '
42.    Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Haji
43.    Omar Mohamed, YB Dato'
44.    Osman Sabran, Dr.
45.    Saari Sungib , YB
46.    Shafie Abu Bakar, YB Dr
47.    Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Hajjah
48.    Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
49.    Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji
50.    Takiyuddin Hassan, YB Dato'
51.    Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Ustaz
52.    Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
53.    Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh
54.    Zulkefly Mohamad Omar, Hj

PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)

1.    Mohd Rashidi Bin Hassan
2.    Musaniff Abd Rahman
 
SELAMAT BERMUKTAMAR ....
 

Tuesday, June 2, 2009

EDISI KHAS 1: Di Ambang Muktamar

Penerimaan Pencalonan : Husam Haji Musa

 

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang
Maha Berkuasa Atas Semua Perkara
Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang mulia.

1.      Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana sekali lagi mendapat kepercayaan ahli-ahli untuk terus memimpin Parti Islam SeMalaysia PAS sebagai Presidennya. Beliau mempunyai tsiqah dan kepercayaan yang tinggi dari ahli-ahli untuk memimpin PAS berasaskan Islam yang komprehensif dengan pendekatan yang mampu melonjakkan sokongan masyarakat silang budaya dan agama di Malaysia.

 

2.      Sebagai sebuah parti yang mengamalkan kepimpinan kolektif, lengkap melengkapkan ntara satu sama lain dan dipandu oleh Majlis Syura Ulama', saya yakin bahawa andingan yang mantap boleh membantu Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memimpin PAS terus menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama negara pada masa akan datang.

 

3.      Setelah mempertimbangkan semua aspek; termasuk pengharapan yang dinyatakan oleh Kawasan-Kawasan PAS di seluruh negara, baik yang mencalonkan saya atau pun tidak, serta keputusan Majlis Syura yang bersidang pada 10 Mei 2009 yang menyatakan tidak ada ketetapan bahawa jawatan yang saya akan tandingi adalah khusus, tertutup dan eksklusif, serta, pengurusan dan kepimpinan pada peringkat tertentu yang memerlukan satu semakan untuk keperluan semasa yang mendesak, saya dengan segala rendah diri, tawadhu' dan semangat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk tegur menegur baik dengan lisan mahupun tindakan, mengumumkan menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2009/2011.

 

4.      Saya yakin, kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, melaksanakan pencalonan itu dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan yang tidak harus diperkecilkan oleh mana-mana pihak atas kematangan dan pengharapan mereka.

 

Melalui semangat tarbiyyah Islamiyyah yang telah dijalani oleh semua peringkat parti, terutama selepas Kepimpinan Ulama' mengambil alih teraju kepimpinan PAS sejak 1982, serta amal Islami dan adab jamai'ie yang berteraskan ukuran ukhrawi yang menjadikan PAS berbeza dari parti politik yang lain, saya sangat berharap bahawa keputusan saya ini diterima dengan dada yang terbuka dan pertandingan ini berlangsung dalam semangat ukhuwwah Islamiyyah dan ethika persahabatan yang tinggi. Semoga segalanya berjalan sebagai ubudiyyah dengan segala tertib dan rukunnya.

 

Sesungguhnya, saya bersetia dan menyatakan wala' saya yang tidak berbelah bahagi kepada PAS, Presiden Parti, Mursyidul Am dan Majlis Syura seperti sepatutnya dilakukan oleh ahli parti yang terdidik.

 

5.      Saya yakin, ahli-ahli tidak terpengaruh dengan percaturan UMNO/media-media tertentu atau mana-mana pihak luar untuk mencorakkan keputusan ahli dalam pemilihan saf kepimpinan PAS nanti.

 

6.      Berdasarkan waqi' atau realiti politik negara pada hari ini, saya berkeyakinan bahawa sudah sampai masanya PAS berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan PAS menjadi pesaing UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan.

 

Penolakan ke atas UMNO adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerentahan dari hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya UMNO dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia.

 

Segala keburukan yang berlaku dalam negara ini, baik amalan demokrasi yang tempang, kehilangan rule of law dan runtuhnya kepercayaan terhadap semua institusi utama dalam negara, peningkatan jenayah, keruntuhan akhlak dan kepincangan- kepincangan yang lain memerlukan islah yang menyeluruh dengan kedudukan PAS sebagai teraju perubahan, dengan izin Allah.

 

7.      Kepercayaan masyarakat bukan Islam yang semakin subur terhadap PAS kini tidak harus sama sekali dipersia-siakan baik dalam konteks dakwah mahu pun pengukuhan politik menuju kedudukan sebagai parti yang paling dipercayai, bersekali dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dengan kedudukan PAS yang mampu berdiri sama tinggi.

 

Saya, Husam Haji Musa, dengan ini, mengumumkan menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PAS. Kepada Allah saya bertawakkal.

 

30 Jumad Al Ulaa 1430
25 Mei 2009

Pejabat Agung Pas,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur