Wednesday, September 30, 2009

SELCAT : Resolusi PAS Selangor

Walaupun kritikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) 2 minggu telah berlalu, sehingga ke hari ini media kerajaan masih cuba mengambil peluang untuk cuba memperlihatkan kepincangan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor. Dr. Hasan Ali juga menerima kritikan daripada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan pemimpin PAS Selangor berhubung dengan isu ini.

Tintasrikandi berpendapat bahawa resolusi yang diluluskan oleh mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Shah Alam perlu diperhalusi dan direalisasikan bagi memastikan kemelut ini tidak berpanjangan. Antara resolusi yang dicapai ialah :

·         Memperakui dan menyokong Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri. Kedudukan beliau sebagai Pesuruhjaya negeri dibuat oleh presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar dan tidak timbul soal isu status kedudukannya yang memegang jawatan tersebut.

·         Menerima cadangan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  untuk untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat bagi memastikan tatacara & prosedur yang dilaksanakan dapat ditambah baik demi memastikan ketelusan dan keadilannya tidak dipersoalkan dan tidak memprejudiskan mana-mana pihak.

·         PAS negeri Selangor juga meluluskan resolusi bahawa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat Selangor dan tidak sesekali akan memusnahkan amanah yang telah diberikan kepadanya.

·         Resolusi yang tidak kurang pentingnya ialah saranan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kakitangan awam. Hubungan antara kerajaan negeri dan pegawai-pegawainya mestilah harmoni sepanjang masa bagi menjamin kelancaran jentera kerajaan negeri. Resolusi ini amat penting untuk diperhalusi bagi mengelakkan wujudnya masalah besar dikemudian hari. Ia sekaligus mampu menutup ruang kepada para pembangkang Negeri Selangor yang diketuai oleh Dr.Khir Toyo untuk terus membuat onar di negeri ini.

Prosiding Selcat yang terkini adalah menyiasat misteri adun-adun UMNO BN menghabiskan kesemua peruntukan tahunan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja iaitu sebelum Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008.  Perbelanjaan ini diuruskan oleh Pegawai Daerah selepas mendapat permohonan dan kelulusan dari Adun terbabit. Para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan ini telah mendakwa bahawa mereka disiasat tanpa belas dan secara kasar oleh Selcat. Inilah isu yang cuba dibangkitkan oleh Dr. Hasan Ali. Apa yang pasti, kritikan yang membina harus diterima pakai demi untuk kebaikan semua.

Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, wang rakyat di Selangor telah digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah duit dan peruntukan yang ada adalah hak mutlak mereka. Jika difikirkan melalui akal fikiran yang waras, wajarkah wang rakyat berjumlah RM1.6 juta digunakan semata-mata untuk membawa keluarga mereka bercuti di Disneyland, California, USA kononnya untuk urusan rasmi kerajaan. Rakyat juga perlu tahu bahawa prosiding SELCAT juga telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sama-sama lah kita fikir-fikirkan….

Thursday, September 17, 2009

SALAM EIDUL FITRI...

SELAMAT MERAIKAN HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM

 

Assalamualaikum wrt..

 

Ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi. Semoga Ramadhan kali ini telah mendidik kita semua untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya semua amal ibadat ini hanyalah untukNya Tuhan semesta alam. Diharapkan kita tetap tekun dan istiqamah mejalankan ibadat sebagaimana di dalam Ramadhan. Bersama kita berdoa semoga Allah pertemukan kita di Ramadhan 1431.


Muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah sekelian, Eidulfitri adalah hadiah kemenangan daripada Allah kepada hambaNya yang telah menunaikan ibadat puasa Ramadhan dengan penuh kesabaran. Maka sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Perlu diingatkan malam 1 Syawal (malam hari raya) adalah salah satu malam yang baik  berdoa. Mari sama-sama kita berdoa supaya Allah memberi taufik dan hidayah dan kebaikan untuk diri,keluarga, sahabat-sahabat dan yang paling penting doalah untuk kemenangan Islam.


Akhir kalam.. Saya dan keluarga Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat memohon maaf atas segala keterlanjuran perbuatan dan kata. Berhati-hatilah dengan musuh Allah dan tidak lupa mereka yang ingin pulang ke kampung jangan lupa mohon semoga Allah selamatkan perjalanan kita dan berhati-hatilah di jalan raya...


Bertemu di Majlis Hari raya PAS Kawasan Hulu Langat pada 4 Okt.di dewan MPKJ..tak lupa juga..sudi-sudilah datang ke rumah...


SALAM EIDUL FITRI IKHLAS DARI KAMI

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT

 

 

 

Monday, September 14, 2009

Rakyat menyampah dgn BN !!! : Mr. Samy

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau. Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu. "Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN. "Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Source : Malaysiakini.com

Tintasrikandi :

Barisan Nasional kini berada dalam kedudukan yang amat lemah. Tetapi mereka bijak berselindung dengan mengarahkan seluruh media kepunyaannya utk tidak menonjolkan kelemahan tersebut, sebaliknya cuba mencetuskan huru hara di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin tertinggi MIC secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan bahawa kelemahan BN tidak mampu diselindungi lagi. MIC dengan masalah mereka dan MCA dengan masalah mereka. Mereka tanpa segan silu bergaduh sesama sendiri dan inilah realiti sebenar batang tubuh politik mereka. Mereka mendabik dada dengan kekuatan yang mereka ada dan kini satu persatu pekong masalah mereka disingkap. Seperti biasa, mereka hanya pandai mencipta pelbagai retorik. Dan kini rakyat Malaysia tidak lagi betah untuk dibohongi..Sama-sama kita ajar mereka dalam PRU ke 13 nanti.

Friday, September 11, 2009

BANTUAN KALIAN DIPERLUKAN..

Assalamualaikum wrt.. Sekadar ingin memanjangkan maklumat mengenai  bantuan yang sangat diperlukan oleh keluarga arwah Abdul Karim yang terlibat dalam kemalangan ngeri  di  Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya 30 August 2009 yg lalu. Sama-samalah kita menyumbang untuk keluarga ini.

" Kalau  ayah  meninggal,  ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan  ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz, 51 kepada anak keempatnya, Imanina  Abdul  Karim ,19, sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan  ngeri  di  Lebuh Raya Persekutuan, berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.

Imtinan  yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu  Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan. Dalam  tragedi  tersebut, Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila  kenderaannya  dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri, meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di  kepala  dan  badan  manakala  isterinya,  Maimon  Said, 52 dan anak lelakinya, Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd  Ihsan  dirawat  di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .

Abdul  Karim  meninggalkan  dua  belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun. Sementara  itu  Imtinan  yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga  adaik-adiknya  berkata ,  beliau  reda  dengan nasib yang menimpa mereka  sekeluarga.  Beliau  yang  berkerja  sebagai guru di sebuah sekolah agama  rakyat,  dekat  sini  berkata  biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau  akan  cuba  sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami  adik-beradik  bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya  beliau  tidak  mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa  menyara  enam  lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi  termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.

Disaat  ini  juga  katanya  , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut  kedatangan  Adilfitri  tidak  lama  lagi.  Beliau  berkata,  ini termasuklah  baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi. "tidak tahulah sama mampu  beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. Bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak  pada  hari  raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama  sekali  dan  kami  pun ramai.
Mereka terdiri daripada , Imtinan, 24 , Ibtihal  23,  Inshyirah, 21, Izyani, 18 , Ilhamina, 17, Ibtisam, 17 , Ibtihaj , 16,  Ismahani, 15, Mohd Ikram 14 dan Imtiyaz  9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya, Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,

Setiap  kali  kakak  mereka  bercerita  mengenai  ayahnya  masing-masing bergenangan  air  mata.  paling  tersentuh  apabila melihat Mohd Ikram yang diapit  kakak  dan  adik-adiknya  tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila  ditanya  mengenai  cita-citanya.  Beliau  terus menundukkan kepala beberapa  ketika  bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu  Langat  ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu  air  matanya.  Ketika  ini  juga  adik-adiknya  yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.

Dalam  pada  itu,  Inshyirah  yang  mengambil  upah menjahit baju, berkata beliau  akan  mencari  pekerjaan  lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang  menetap  bersama  neneknya  di  Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya  susah,  yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.

Sementara  itu  sesiapa  yang  ingin  menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut  bolehlah  menghulur  bantuan  menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Alamat rumah keluarga Imtinan :

NO.40, JALAN ILMU 3,

DARUL HIDAYAH, DUSUN TUA, HULU LANGAT.


Sabda Nabi saw :  Sebaik-baik  rumah  ialah  rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim  diasuh  dengan  baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang  Islam  yang  ada  anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.


 

Wednesday, September 9, 2009

HUKUMAN SEBAT : KARTIKA BUKAN YANG PERTAMA

Isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –

1.    Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

 

2.    Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

 

YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

3.    Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian. Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

4.    Hukuman ke atas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid untuk membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

 

5.    Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak. ( Hishamudin kata, Malaysia takde tukang sebat Syariah..Hmm..Pelik jugak bila menteri mengeluarkan statement semberono )

 

6.    Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

 

7.    Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

 

8.    Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dikenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

 

9.    JAG dan SIS melalui memorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

10.TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk "Justice For Kartika".

Fwdd mail from : Yahoogroups

# Ada info yang kata SIS buat kerja tu sbb mereka murtaziq, makan gaji dgn barat. Mereka dpt duit dari agensi di German dan USA (kalau tak silap).  

 

Tuesday, September 8, 2009

KEPALA LEMBU BERDARAH : Demonstrator akan didakwa !

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat kenyataan bahawa mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut. Mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.

Tintasrikandi :

Pastikan peguam negara tidak sekadar ber’ retorik dalam mengeluarkan kenyataan. Bertindak adil lah dalam menjatuhkan hukuman. Jangan disebabkan mereka itu penyokong UMNO, hukuman mereka diringankan. Mereka patut dikenakan hukuman sewajarnya kerana cuba mencetuskan api pertelingkahan dan menghina agama Hindu. Sebetulnya perkara ini boleh diselesaikan dengan hikmah, tetapi peristiwa ini sebenarnya menonjolkan bahawa UMNO Shah Alam mengambil peluang untuk memalukan kerajaan negeri Selangor. Kesilapan besar yang mereka lakukan ialah menggunakan kepala lembu yang masih berdarah sebagai “simbol penghinaan” kepada kerajaan negeri sehingga menimbulkan kemarahan penganut Hindu.

Tindakan tidak rasional UMNO Shah Alam ini menggambarkan betapa terdesaknya mereka mencari isu, agar kerajaan Selangor dapat digulingkan seperti kerajaan Perak. Walau pun media kerajaan BN cuba menyembunyikan DALANG sebenarnya peristiwa ini, rakyat Malaysia hakikatnya sudah bijak menilai isu. Mana mungkin penduduk Shah Alam yang rata-ratanya berpendidikan tinggi akan membuat tindakan gila mengarak kepala lembu berdarah. Tindakan ekstrim ini hanya akan dilakukan oleh UMNO semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Semua orang tahu….Betul kan?

Monday, September 7, 2009

ISU PEMBINAAN KUIL : Didalangi UMNO ?

Sama-sama kita hayati artikel tulisan Dr Aisar Yee dalam Sinar Harian…

Komposisi penduduk Tumpat di Kelantan menempatkan seramai 92.1% penduduk Islam, Cina 3.2%, India 0.5% dan lain-lain (Siam) 4.2%. Ia sebuah kawasan mutlak bermajoriti Melayu sebagaimana semua kawasan lain di Kelantan. Tumpat adalah sebuah bandar kecil kira-kira 15 kilometer dari Kota Bharu. Tarikan utama bandar ini ialah beberapa kuil Buddha dan yang tersohor di antaranya ialah Wat Photivihan di Kampung Beruk. Di sini terdapat sebuah patung Buddha terbaring yang paling panjang di Asia Tenggara. Tentu pelik bagi mereka yang belum pernah ke Tumpat. Patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara terletak bukan di Thailand, bukan di Burma dan bukan di Kemboja tetapi di Tumpat sebuah bandar berpenduduk lebih dari 90% Islam, di negeri serambi Mekah!

Berdasarkan dari segi logik sekarang, tidak munasabah ia terbangun di sebuah kawasan Islam. Tetapi itulah hakikatnya. Malah di Tumpat, bukan sahaja wat itu yang wujud, terdapat beberapa yang lain seperti Wat Bang Takwa di Kampung Mentua, Wat Machimaram di Kampung Jubakar, Wat Maisuwankhiri di Bukit Tanah, Wat Phikulthong Vararam di Kampung Terbak, dan Wat Phikulya di Kampung Jubakar dan Wat Sukhontharam di Kampung Kubang Panjang. Di Bachok, terletak juga di Kelantan, sebuah bandar di mana 98.4% penduduknya adalah Melayu/Islam seseorang boleh bingung melihat bagaimana boleh terbinanya dua buah kuil Buddha di situ. Dua kuil itu masing-masingnya dikenali sebagai Wat Pathumviarn di Kampung Balai dan Wat Ariya Khiri di Pauh Lima.

Bagaimana Bachok yang di dalamnya terdapat beberapa pusat pengajian pondok Islam dapat membenarkan wat-wat Buddha dibangunkan sungguhpun penduduk bukan Islamnya hanya 1.8% sahaja tentulah amat menakjubkan. Itulah keindahan Islam yang terdapat di Kelantan. Sikap tolenransi terhadap agama lain adalah terlalu tinggi. Masyarakat bukan Melayu Kelantan amat menghormati agama Islam yang mempesonakan itu. Sebenarnya, sikap toleransi Islam terhadap agama lain tidak hanya wujud di Kelantan. Ia terdapat di mana-mana di Malaysia. Kelantan disebut kerana ia adalah sebuah kawasan yang penduduk Islamnya bukan sahaja majoriti tetapi hampir mutlak seperti mana diwakili oleh Bachok tadi (98.4%).

Rakyat Malaysia memang sudah terkenal di seluruh dunia sebagai sekelompok manusia pelbagai kaum dan agama yang hidup secara aman damai. Pemimpin negara kita sering menonjolkan sifat ini kepada pembesar negara lain sebagai satu pencapaian kepimpinan terdahalu yang membanggakan. Di Malaysia, pelbagai perayaan agama dirayakan bersama. Sebut sahaja apa kongsi perayaan semuanya kita bermegah dengannya. Inilah bahan promosi terbesar dilakukan oleh Kementerian Pelancongan. Para pelancong diangkut menghadiri majlis hari raya atau perayaan mana-mana agama jika kedatangan mereka bertembung dengan perayaan itu. Mereka berpeluang bersalam dengan peminpin kita. Negara kita aman.

Digambarkan di atas suasana harmoni yang wujud di Kelantan sebuah negeri bermajoriti orang Islam. Bagaimana pula situasinya di negeri di mana di beberapa kawasan bukan Islam berupa majoriti? Pulau Pinang adalah satu dari negeri itu. Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan terkenal. Namanya mengelirukan kerana ia seolah-olah sebuah kawasan bermajoriti orang Cina. Tidak, ia sebuah perkampungan Melayu. Terletak di tengah-tengah kampung itu sebuah berhala. Suasana di situ aman dan harmoni. Di sebuah kawasan berhampiran, di Tanjung Bungah dan Teluk Bahang kita boleh melihat kuil, berhala dan masjid tegak bersebelahan di antara satu sama lain.

Begitu juga di Melaka. Beratus-ratus tahun penduduknya hidup aman damai. Pergilah ke Berhala Cheng Hoon Teng. Berjalanlah kira-kira 50 meter sahaja dan kalian akan menemui sebuah masjid dan kuil tegak berjiran. Malah tidak sampai 150 meter dari berhala itu terdapat sebuah lagi masjid. Kaum apakah yang berupa majoriti di sana? Jawabnya, Cina, 99%. Semua ini menjadi saksi sikap toleransi rakyat Malaysia dan sikap bijak para pemimpin Malaysia yang orang Islam adalah nakhodanya. Suasana inilah yang mendorong berbondong-bondong para pelancong menziarahi Malaysia melihat simbol perdamaian di Malaysia yang ingin ditiru oleh dunia.


Rata-rata penduduk di semua kawasan disebut di atas dan ribuan kawasan lain di Malaysia yang gambarannya seumpama itu tidak pernah membantah atau menyebabkan kepayahan kepada penganut agama lain. Mereka saling hormat menghormati agama anutan jiran mereka. Gambaran harmoni di antara pelbagai kaum di Malaysia ini adalah gambaran biasa di seluruh negara kita. Di kawasan bermajoriti Melayu/Islam, kaum dan penganut agama lain dilayan dengan baik dan diberi kebebasan menjalankan ibadat mereka. Ini adalah fakta dan fakta inilah yang sering menjadi kemegahan pemimpin kita.

Maka, apakah silapnya, ciri yang diamalkan beratus-ratus tahun itu dengan tiba-tiba menjadi berbeza? Apakah sudah tidak terdapat lagi sikap saling faham memahami dan toleransi sesama kita? Bolehkah kita kembali rasional?

Kita dikejutkan dengan peristiwa perarakan ‘kepala lembu’ membantah pembinaan sebuah kuil. Lebih malang lagi, sekumpulan orang Islam mengarak kepala lembu yang masih berdarah lagi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selepas solat itu, berlaku di bulan Ramadan. Pada bulan mulia ini kita mencari kedamaian dan menginsafi penderitaan orang lain. Pada bulan ini kita tidak boleh bersifat angkuh dan bertindak ganas. Kita dikehendaki bersabar.

Tindakan sekumpulan orang yang dilahirkan Islam itu mencemarkan kesucian Islam. Kita perlu bertanya, apakah pekikan ‘Allahu Akbar’ yang dibuat sepanjang tunjuk perasaan itu adalah adil kepada agama kita. Bukankah tindakan seperti itu menyebabkan agama kita ditohmah? Mengapa bertindak mencemar kesucian agama kita? Sekarang agama kita diejek di dalam negeri dan di luar negeri.

Sikap yang kita tunjukkan di Shah Alam itu amat berbeza dengan sikap yang kita dan orang sebelum kita amalkan. Mereka amat bertoleransi tetapi kita mengambil langkah berundur. Kenapakah hak kurang satu peratus penduduk bergama Buddha mendirikan wat mereka di Bachok itu kita izinkan sedangkan peratusan penduduk bukan Islam di tempat lain yang jauh lebih tinggi itu untuk mendiri rumah ibadat mereka kita tolak?

Maka, terdapat segolongan orang Islam sendiri berasa bantahan yang dibuat itu bukanlah timbul dari hati murni untuk mempertahankan martabat agama. Martabat sesuatu agama tidak boleh diukur dengan banyaknya masjid atau besarnya dan cantiknya masjid tetap tahap keimanan dan budi pekerti serta kemajuan yang dicapai oleh penganutnya dan pandangan tinggi diberikan oleh penganut agama lain sehinggakan ada di antara mereka tertarik untuk memeluk agama itu.

Lahirlah teori-tori bahawa bantahan itu didorong oleh segelintir manusia Islam yang sudah kehilangan kuasa lalu menjadikan agama ini sebagai alat untuk memulihkan kuasa mereka. Seorang pensyarah jabatan anthropologi dan sains sosial Universiti Malaya merumuskan terdapat satu usaha teratur dibuat oleh pihak tadi dengan bantuan media milik parti dan NGO-NGO tertentu menyemarakkan api perkauman yang sensistif kepada orang Melayu dan Islam. Pensyarah itu menyenaraikan akhbar-akhbar harian tertentu. Tindakan bermula dengan tuduhan kepada Theresa Kok berkaitan isu ‘azan’ tuduhan ke atas Ronnie Liu yang dikatakan ada kaitan dengan samseng dan pelacuran, dan tindakan kerajaan Selangor membelakang orang Islam. Mengikut pensyarah itu, semua ini dibangkitkan oleh pihak itu dengan tujuan orang lslam menjadi marah kepada Pas dan PKR yang dituduh tidak berkesan dalam kerajaan Pakatan Rakyat dan membenarkan parti jadi tunggangan DAP.

Semuanya ini terarah agar orang Melayu kembali menyokong UMNO tanpa perlu UMNO terlebih dahulu membuktikan bahawa parti itu sudah kembali ke matlamat asal ia ditubuh baik seperti mana tuntutan rakyat yang dirakamkan pada 8 Mac 2008 dulu. Mereka hanya mencari jalan pintas mendapatkan kembali sokongan Melayu.. !!!

FIKIR-FIKIRLAH …

Friday, September 4, 2009

UNDANG-UNDANG SIVIL LEBIH KEJAM !!!

MANA YANG LEBIH ADIL : SIVIL ATAU SYARIAH ???
Berikut adalah contoh hukuman yang dijalankan mengikut undang-undang Syariah di Aceh.




Berikut adalah tatacara hukuman sebat yang dikenakan kepada pesalah SIVIL mengikut undang-undang SIVIL.



HUKUMAN SEBATAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG SIVIL ADALAH KEJAM & MENCEDERAKAN PESALAH !!! MENGAPA SISTER IN ISLAM & PEMIMPIN BARISAN NASIONAL TIDAK PROTES?? MENGAPA PERLU MASUK CAMPUR DENGAN URUSAN HUKUMAN MAHKAMAH SYARIAH ???
PANDAI PULA MENASIHATKAN AGAR HUKUMAN SYARIAH PERLU MENGUTAMAKAN TARBIYAH... SUNGGUH TIDAK MASUK AKAL !!! HUKUMAN HUDUD YANG JELAS DINYATAKAN DALAM AL-QURAN MESTI DIQANUNKAN DI MALAYSIA. INI ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH. JANGAN SESEKALI INGKARI SURUHAN ALLAH..JANGAN HANYA PANDAI MENCIPTA RETORIK UNTUK KEPENTINGAN POLITIK & PERIBADI..!!!
HUKUM ISLAM ADALAH YANG TERBAIK & ADIL

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....

INILAH TARBIYAH YANG SEBENAR. JANGAN SEKADAR PANDAI BERBICARA TENTANG TARBIYAH TETAPI DANGKAL ILMU-ILMU TARBIYAH !!! Wahai para ulama' yang berada dalam kepimpinan UMNO, AYUH, tarbiyyah lah pemimpin kalian agar berada dalam landasan IMAN & ISLAM !!!


Thursday, September 3, 2009

"KERAJAAN BN TERENGGANU HARU BIRU"

Walaupun pilihanraya umum ke-12 telah setahun lebih berlalu, ribut taufan yang melanda kerajaan negeri Terengganu masih belum selesai hingga ke hari ini. Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008. Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR. ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

 

Inilah realiti dan hakikatnya yang jelas menggambarkan bahawa BN & UMNO sedang nazak. Mereka tidak mampu mentadbir dan menjadi pimpinan yang baik. Mereka hanya pandai ber’retorik dan mencipta slogan. Semuanya semata-mata untuk menutup pekung di dada.  Pergolakan politik UMNO di Terengganu tidak dapat disembunyikan lagi. Kezaliman BN merampas kuasa politik di Perak melambangkan mereka sememangnya GILA KUASA hanya untuk kepuasan peribadi dan meningkat tahap kesombongan & bongkak kepada rakyat. Mempamerkan kemelut politik UMNO di Terengganu merupakan langkah “bijak” yang melambangkan rupa sebenar pimpinan BN & UMNO. Kepimpinan yang penuh dengan kepura-puraan !!!

 

Apakah sumbangan besar kerajaan BN kepada rakyat??? Jawapannya TIADA !!!! Harga minyak semakin naik. Harga barangan keperluan sudah pasti seiring dengan peningkatan harga minyak. Tetapi media kerajaan seolah-olah mahu menyembunyikan reality. Mereka menipu dan memperbodohkan rakyat dengan pengenalan Petrol RON 95 yang kononnya lebih hebat dari RON 97. Alangkah celakanya “mereka”  dengan penipuan ini !!!!!!!  

 

Tuesday, September 1, 2009

HADIAH MERDEKA UTK RAKYAT !!!

RON 95 PETROL  WILL BE SOLD AT RM1.80 per litre.

RON 97 : RM 2.00 per litre

RON 92 : PHASED OUT

 

Inikah maksud “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” ????

Fikir-fikirlah…