Saturday, November 28, 2009

SALAM EIDUL ADHA..

ASSALAMUALAIKUM WRT..

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT MENGUCAPKAN SALAM EIDUL ADHA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
Semoga kita mampu berkorban sebagaimana pergorbanan Imam al-Muwahhidin Ibrahim al-Khalil dan keluarganya Siti Hajar dan Ismail as. Mereka sanggup susah kerana menegakkan agama ALLAH.
Kita pula bagaimana ? Semoga kita semua dirahmati Allah, dunia & akhirat, INSYAALLAH..

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..WA LILLAHILHAMD..
KEBESARAN ILAHI MENGATASI SEGALANYA..KASIHNYA JUA TIDAK BERTEPI..JIKA KASIHKAN SAHABAT KERANA-NYA, MAKA PASTINYA PERSAHABATAN INI AKAN DIBERKATI..


KULLU AM'MIN WA ANTUM BIKHAIR


Wednesday, November 25, 2009

HASIL JUDI....Tanah air tercinta !!!!

Pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Kutipan Syarikat Perjudian Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH : 2.37 BILION
APA NAK JADI ?????? sama-sama kita renung2kan... Inilah hasil pemerintahan kerajaan Bee END...!!!!

Pemimpin kita..


Suka untuk saya berkongsi kata-kata seorang sahabat "Pandanglah wajah pemimpin kita dengan kasih sayang..disitu mudah kita nasihati dan menegurnya.. Klu kita penuh bernafsu dan memandang wajah mereka dengan amarah, tiada nasihat dan teguran melainkan nista dan hina.... "

Harus difahami kebanyakan yang mengkritik PAS bukannya musuh PAS. Mereka amat menyayangi PAS. Mereka memberikan pandangan yang praktikal. Pandangan dikemukakan kerana pada mereka, hanya PAS sahaja yang mampu menggantikan Umno dipersada politik negara. Tiada parti lain.

PAS kini diakui sebagai sebuah parti yang besar. PAS mempunyai mempunyai asas disiplin kepimpinan dan ahli yang amat dinamik. Susunan kepimpinan PAS dilihat cukup matang dan mempunyai kredibiliti tersendiri.

PAS tidak lagi dilihat sebagai parti pembangkang sahaja. Sebaliknya PAS sudah diterima sebagai sebuah parti yang mampu mengurus dan mentadbir sesebuah kerajaan dengan baik. Jauh lebih baik daripada Umno.

- Mohd Rashidi Hassan -

Tuesday, November 17, 2009

PRK LAGI..

Mahkamah Tinggi putuskan DUN Kota Siputeh kosong

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah, yang membuka laluan untuk pilihan raya kecil bagi kawasan itu. Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.

Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya. Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.


Tintasrikandi :

Keputusan mahkamah semalam jelas menunjukkan bahawa TPM adalah SILAP. Dia mengarahkan Abu Hasan untuk terus hadir sidang dewan wpun speaker telah menafikan haknya sebagai ADUN setelah GAGAL menghadiri sidang dewan dua kali berturut-turut. Semoga Rayuan yang akan dibuat oleh ADUN tersebut juga akan ditolak oleh Mahkamah. Jangan jadi macam kes YB Nizar.. Hanya menang buat bbrp jam sahaja. Yang benar tetap benar.. Yang salah tetap salah... Diharapkan SPR menjalankan peranan & fungsi dengan adil. Jangan menjadi umpama lembu dicucuk hidung....


JANGAN GOPOH DALAM BICARA

ALMARHUM ALSYEIKH SAID HAWWA
Mengapa sepi?

Bukan tidak ada isu yang mahu diperkatakan. Bukan tidak ada topik ilmu yang mahu dikongsikan. Tetapi ia tidak berlaku. Segalanya berakhir dengan diam. Saya sedang menyelak lembaran-lembaran kitab kecil tinggalan Said Hawwa.

Orangnya sangat berhalus, kritikannya amat berhemah. Tetapi Said Hawwa tetap tidak disenangi oleh segelintir pendukung gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Macam-macam label yang dilontarkan kepada beliau semasa hayatnya. Tetapi buku yang satu ini, besar maknanya jika pembacanya berjiwa besar untuk menerima kritikan Said Hawwa.

Buku yang saya maksudkan itu adalah Jundullah: Takhtithan. Naskhah yang ada bersama saya adalah terbitan Maktabah Wahbah, cetakan kedua tahun 1995.

Di dalam Fasal 6 di bawah tajuk Ketaatan dan Syura (al-Tha’ah wa al-Syura), Said Hawwa menggarap persoalan konteks dalam membicarakan salah letak yang berlaku di kalangan gerakan Islam.

Katanya, “sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang menghairankan aku. Aku melihat mereka melayan isteri masing-masing seolah-olah si isteri itu adalah orang suruhannya. Perlakuan itu beralasankan hak ditaati yang diberikan oleh Islam kepada suami ke atas pihak isteri, dan itu menjadikan si isteri sebagai orang suruhan suaminya.”

Said Hawwa berhalus dengan memulakan bab ini dengan contoh yang berlaku di peringkat individu berkaitan dengan bidang kuasa dan ketaatan. Seorang suami boleh sahaja menyalahtanggap haknya sebagai suami dengan menjadikan ia sebagai alasan untuk memperhambakan isteri.

Bukan salah Islam. Tetapi tafsirannya yang tersasar.

Said Hawwa menyambung lagi dengan katanya, “aku juga melihat segelintir kepimpinan Islam melayan pengikut-pengikutny a seperti hamba. Ia datang daripada tanggapan bahawa dirinya adalah Amir al-Mu’minin yang berhak untuk menerima ketaatan yang mutlak.”

Persoalan salah letak peraturan-peraturan Islam dikembangkan kepada subjek yang ingin disentuh secara khusus oleh Said Hawwa. Apa yang eksklusif menjadi tatacara hubungan di antara Amir al-Mu’minin dengan rakyatnya, diterap secara salah untuk seorang pemimpin mendesak ketaatan mutlak pengikut kepada dirinya. Beliau melihat kedudukannya sebagai pemimpin gerakan Islam, menjadikannya rakan sejawat dengan seorang Amir al-Mu’minin..

Inilah permulaan kritikan Said Hawwa kepada konsep Syura dan keputusan-keputusan yang terhasil daripadanya di dalam konteks sebuah gerakan Islam. Syura sebagai mekanisme pemerintahan, diambil tanpa tatacara dan garis panduan yang betul (dhawabith) untuk diimplementasikan dalam disiplin berjemaah sebuah gerakan Islam.

Said Hawwa menegaskan lagi,

“Sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang mendakwa bahawa apabila sebuah tanzim bercakap (membuat keputusan), maka ia tidak berhajatkan kepada dalil syar’ie (sebagai sandaran), dan keadaan seperti ini hakikatnya adalah penganugerahan status maksum kepada yang pihak yang tidak berhak memiliknya. Ia adalah jalan diktatorisme dan pembekuan peranan nas.”

Teguran-teguran itu menyebabkan dada saya membuak-buak. Kepala hilang tenang. Terasa bagai Said Hawwa menyokong apa yang sedang saya rasai. Seolah-olah buku itu ditulis untuk saya dan bagi pihak saya. Justeru atas nama kebebasan bersuara dan hak amar ma’ruf nahi mungkar sama ada di dalam lingkungan tanzim atau pun di luarnya, saya mahu menulis sepanjang-panjangny a. Menyatakan rasa tidak setuju, malah menyatakan rasa mual juga dengan justifikasi- justifikasi yang dihasilkan di sana-sini untuk mewajarkan subjek yang gagal saya persetujui itu.

Tetapi apa gunanya jika apa yang saya tulis itu hanya berjaya menjelaskan pendirian saya (menegakkan kebenaran?), sedangkan implikasinya adalah kemusnahan reputasi gerakan Islam yang masih menjadi satu-satunya harapan realistik masyarakat untuk meruntuhkan jahiliyah di medan siasah negara.

Saya bukan pejuang teks. Mahu memenangkan teks dengan mengorbankan realiti. Menegakkan prinsip yang dianggap betul, di atas keruntuhan, kemusnahan serta anarki mikro dan makro, saya tidak pasti apakah itu yang saya mahukan.

Justeru kalam terhenti seketika. Tazkirah dari al-Murabbi Said Hawwa itu sudah memadai.Saya mahu menghalusi liku-liku bicara Allah buat Jundi-Nya.

Jangan gopoh dalam berkata.

SOURCE : ABU SAIF @ www.saifulislam. com

Saturday, November 14, 2009

KONVENSYEN BLOGGER PAS

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) akan mengadakan Konvensyen Blogger PAS 2009. Sehubungan dengan itu, aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.

Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke – penerangan.paspusat@yahoo.com atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Nama
  • No. Ahli Pas
  • No. HP
  • Alamat Blog
  • Email

Tarikh dan tempat program akan dimaklumkan melalui email. Konvensyen ini hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja.




Friday, November 13, 2009

BAI'AH & PERJUANGAN..

Assalamualaikum wrt..

Salam buat semua penyokong & pendokong perjuangan Parti Islam Se-Malaysia PAS..Alhamdulillah….Sama-sama kita rafa’kan ksyukuran kpd Allah yang masih mengizinkan kita menikmati segala nikmat kurniaannya. Semoga Iman kita makin kukuh, jiwa kita makin kental dan perjuangan kita terus subur di muka bumi Allah ini. Akhir-akhir ini, pelbagai isu yang timbul sehingga membuatkan kita tidak senang duduk. Walaupun kita tahu bahawa isu yang timbul ini sememangnya dicanang oleh media-media kerajaan, tetapi lontaran isu itu membuatkan pemimpin-pemimpin kita melatah. Bermula dengan isu yang timbul di Negeri Selangor yang melibatkan Dr.Hasan Ali dan Ahli Parlimen Khalid Samad sehinggalah kepada isu Bai’ah Taklik yang juga masih segar di dada-dada akhbar. Secara tidak langsung, isu budget panadol yang dibentangkan oleh PM 2 minggu yang lalu seolah-olah lenyap. Bijak sungguh mereka memainkan peranan memanipulasi isu.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan berkaitan isu Bai’ah Taklik yang ditimbulkan baru-baru ini. Isu ini bukan hanya menimbulkan polemik kepada kita, tetapi puak UMNO juga tidak habis2 memberikan komentar negatif dan ia sedikit sebanyak mengelirukan ahli masyarakat yang kurang memahami apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan bai’ah.

Teringat saya ketika kali pertama melafazkan bai’ah untuk terus istiqomah dengan perjuangan Islam kira-kira 11 tahun yang lalu. Setelah berbulan-bulan menekuni usrah, halaqah, tamrin dan mula memahami dasar-dasar perjuangan Islam, akhirnya pada usia belasan tahun, lafaz bai’ah yang menjadikan Allah & Rasulnya sebagai saksi telah dilafazkan dengan penuh semangat dan diakhiri dengan doa mudah-mudahan Allah melindungi dan memberi kekuatan kepada seluruh pejuang-pejuang Islam. Bai’ah inilah yang menjadi sumber penguat untuk saya terus istiqomah dalam perjuangan untuk memastikan syiar ISLAM terus berkembang dan DAULAH ISLAMIYYAH menjadi kenyataan. Biarpun hakikatnya malu untuk saya mengaku diri sebagai pejuang Islam lantaran sedar terlalu sedikit bakti & keringat yang diberikan kepada ISLAM, namun saya yakin bakti yang sedikit ini mudah-mudahan menjadi saham sy di akhirat kelak insyaallah.

Untuk makluman pembaca sekalian, bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:

“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah s.a.w bersama kaum wanita. Kami membai`ahnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai`ah kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’ Berkata Rasulullah s.a.w, ‘Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’.....” (Riwayat Malik & At-Turmuzi)

Bagi saya, jika ada pun ahli-ahli PAS yang membuat Bai’ah taklik, ia merupakan satu cabaran kpd dirinya. Dia mengikat perjuangan & perkahwinannya dengan ikatan yg kukuh. Dia perlu bersungguh dalam perjuangan. Isterinya bukan dijadikan cagaran sebaliknya untuk mengukuhkan pendirian. Tiada lagi keraguan dalam hati kerana percintaan dengan isterinya adalah hingga ke akhir hayat. Begitu dengan dengan perjuangannya..Selagi nadi berdenyut, selagi itulah perjuangan akan diteruskan. Mana mungkin seseorang itu akan keluar parti/lompat parti kalau dengan itu akan menyebabkan perceraian berlaku. Sesiapa yg berani melafazkan bai’ah taklik itu bermakna hidup dan matinya adalah benar-benar untuk perjuangan..Keluarganya juga adalah pendokong perjuangan dan dirinya juga telah dikorbankan demi sebuah perjuangan.

Salam hormat dari saya.. Unit IT DMPKHL.

Wednesday, November 11, 2009

AL-FATIHAH

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT  merakamkan ucapan takziah kepada bekas Setiausaha Agong PAS dan juga Pengarah Urusan Harakah YB Datuk Kamarudin Jaafar dan seluruh ahli keluarganya, di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin, ke rahmatullah pagi tadi. (11 November 2009)

Semoga Datuk Kamarudin Jaafar dan ahli keluarganya dapat bersabar & redha dengan ketentuan Allah ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarhamah berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman,insyaallah.

Al-Fatihah Buat Allahyarhamah Datin Kamariah Kamarudin

 

Tuesday, November 10, 2009

BAI'AH TAKLIK ???

Salahuddin nafi Pas ada dasar bai'ah taklik

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar mengehendaki pemimpin parti itu melafazkan bai'ah taklik, iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

"Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini. Tunggulah jawapan rasmi daripada majlis itu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata, bai'ah memang dilakukan oleh pemimpin parti pada hari pertama mereka memegang jawatan tetapi ia sama seperti sumpah jawatan dan simpan rahsia, tetapi bukan seperti yang didakwa. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada Pas baru-baru ini mengakui bahawa wujudnya bai'ah seperti itu bagi wakil rakyat Pas yang berhenti atau keluar parti.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata di Kedah bahawa pemimpin atau wakil rakyat Pas tidak pernah diminta melafazkan ikrar bai'ah cerai talak tiga seperti yang didakwa oleh Khalid itu.

"Isunya sekarang ialah tiada siapa yang mahu menceraikan isteri malah nak tambah lagi adalah, dan tidak ada arahan pun untuk berbuat demikian. Kami juga tidak tahu kerana di peringkat pusat pun tidak ada arahan seperti ini," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa, pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

"Saya rasa isu bai'ah dibangkitkan oleh Umno sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat Pas. "Kalau kita menang atas tiket mana-mana (parti) kemudian kita lompat parti lain, ini salah dari segi hukum. Bai'ah ini ialah bagi mempertahankan amanah ini," katanya.

Husam berkata, tidak ada hukum yang menyatakan bahawa bai'ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya kerana tidak mahu beralih arah ke parti lain.

Tintasrikandi :

JANGAN SESEKALI KITA MENARI MENGIKUT RENTAK YANG DIPALU OLEH MUSUH..SAMA-SAMA KITA FIKIR-FIKIRKAN..

Monday, November 9, 2009

RESOLUSI PENTING !!!


RESOLUSI SEMINAR POLITIK MEMPERKASA PARTI
7 November 2009 / 19 Zulkaedah 1430H.



Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:


1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.

2. Kepimpinan Kawasan yang memiliki penduduk-pengundi bukan Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.


3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.


4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.


5. Membuat satu “Pelan Tindakan” bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.


TINTASRIKANDI :

"Semoga resolusi ini benar-benar menjadi pemangkin bagi memastikan PAS terus releven dan terus bersedia utk MEMERINTAH. Sama-sama tekadkan azam demi mencapai KESATUAN FIKIRAN & KESATUAN AMAL untuk memperkukuhkan parti yang kita sayangi ini. "

Thursday, November 5, 2009

WANG EHSAN vs ROYALTI

 

Pengumuman DS Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memperuntukkan 5 peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak. Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) berkata, pembayaran wang ehsan yg diputuskan itu jelas bertentangan dgn Akta 144 Kemajuan Petroleum 144 dan merupakan SATU PEMBOHONGAN terhadap rakyat Kelantan.