Sunday, May 31, 2009

Kenangan Sambutan Hari Ibu 24.5.09

YB Rodziah Ismail dan YB Lee Kim Sin sudi meluangkan masa menghadiri
Sambutan Hari Ibu 24.5.09

Sambutan Hari Ibu anjuran HALWANIS dengan kerjasama PERKIM, KPJ dan Zoo Negara telah berjaya mengumpulkan lebih 500 kaum ibu yang terdiri daripada pelbagai bangsa & keturunan. Ternyata, program ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan mendapat feedback yang sangat positif daripada pelbagai pihak. Terima kasih kepada pihak HALWANIS kerana sudi menjemput Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat sebagai tetamu.. Semoga program-program seperti ini yang dapat mengumpulkan golongan wanita daripada pelbagai peringkat usia dan pelbagai bangsa dapat diteruskan demi perpaduan sejagat..

YB Rodziah hadir disambut dengan paluan kompang

Kaum bapa turut memberi sokongan..


Sabar menunggu roti canai terbang yang sungguh sedapp..:)

Jualan pelbagai cenderahati oleh Zoo Negara

Boleh bergambar dengan ular ni...

Pemeriksaan kesihatan percuma oleh KPJ

Peserta-peserta "seiras wajah ibu"
Johan "Seiras Wajah Ibu"..Tahniah !!!

Dewan MPKJ penuh sesak dengan kaum ibu dan anak-anak yang meraikan ibu-ibu mereka..:)

Tahniah kpd HALWANIS dan
Tahniah kepada semua jawatankuasa penganjur !!!


Wednesday, May 27, 2009

Skrip Untuk Membeli


Sumber: Dari Blog Mantan YDP PKHL

Assalamualaikum,

Tidak ada kejutan yang paling besar yang telah menggulanakan UMNO/BN se antero dunia apabila hakim mahkamah tinggi telah mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah. Mulai saat itu, UMNO/BN mula belajar atau membuka pelajaran lama, bahwa undang undang tidak boleh dibiar mengambil laluannya sendiri. Berbeza dengan apa yang dikatakan Zambry hari ini.

Mengapakah permohonan Zambry untuk mendapatkan perintah stay of execution diproses dalam masa tiga jam sahaja? Ia adalah kerana UMNO perlu membeli.

Mengapa dengan seorang hakim mahkamah rayuan sahaja keputusan dibuat? kerana UMNO perlu membeli.

Mengapa keputusan tersebut dibuat tidak dalam bentuk yang bertulis yang disertakan dengan penghujahan? kerana UMNO perlu membeli.

Mengapa tarikh awal mendengar permohonan Nizar supaya stay of execution ditolak dilanjutkan kepada 21 Mei 2009? kerana UMNO perlu membeli.

UMNO perlu membeli masa. Ia tonggang semua instrumen negara supaya mengikut skrip yang telah disediakan.


Mantan YDP PAS
Kawasan Hulu Langat.

Saturday, May 23, 2009

IR NIZAR TEWAS..KEBATILAN TERUS BERMAHARAJALELA..


"The appellate court today allowed an appeal by Barisan Nasional's Zambry Abd Kadir to reverse the Kuala Lumpur High Court decision that declared Pakatan Rakyat leader Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful menteri besar of Perak" - Malaysiakini.com

Semalam 21 Mei 2009, panel tiga hakim iaitu Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah. Dan hari ini 22 Mei 2009, Mahkamah Rayuan memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.

Ini adalah hakikat yang terpaksa kita terima. Walaupun pahit untuk ditelan, tetapi kita sebagai orang yang beriman akan menerima apa sahaja musibah dengan sabar dan taqwa, tetapi ia bukan bermakna kita tidak boleh berusaha untuk memperjuangkannya. Kita amat yakin bahawa IR Nizar akan terus berusaha untuk memastikan perjuangan membela kebenaran ini tidak akan terhenti hanya dek "PERMAINAN POLITIK" juak-juak BN & UMNO.




Website Berita Harian pada 22 Mei 2009 yang menunjukan bahawa 87% pengundi bersetuju DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan segera. Ini adalah indikator yang patut didengar & dilihat oleh pemimpin BN/UMNO.Jika ketulian mereka berterusan, tidak mustahil PRK 13 akan menyaksikan UMNO/BN akan tersungkur di Malaysia.



Sama-sama kita doakan semoga krisis politik di Perak akan berakhir dengan kemenangan di pihak yang benar. Walau apa pun aral yang melintang, TERUSKAN PERJUANGAN !!!!

SAMBUTAN HARI IBU - HALWANIS -

Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat telah menerima jemputan daripada sebuah NGO Wanita iaitu Badan Hal Ehwal dan Kebajikan Wanita Selangor ( HALWANIS ) untuk menghadiri sambutan hari ibu peringkat daerah Hulu Langat. Butir-butir program adalah seperti berikut :

Sambutan Hari Ibu Daerah Hulu Langat

Anjuran
Badan Hal Ehwal & Kebajikan Wanita Selangor
( HALWANIS, Hulu Langat )


Dengan Kerjasama
Kerajaan Negeri Selangor
Kumpulan Perubatan Johor (KPJ), PERKIM & Zoo Negara

Tarikh
24 Mei 2009 ( AHAD )

Masa
8.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat
Dewan Majlis Perbandaran Kajang ( MPKJ, KAJANG )

Aktiviti :
Talk show
Pemeriksaan Kesihatan percuma
Pertandingan mewarna kanak-kanak
Pameran haiwan oleh Zoo Negara
Ekspo Jualan
dan pelbagai pertandingan untuk para ibu yang hadir


Perasmian akan disempurnakan oleh :
YB Puan Rodziah Ismail
Exco Kerajaan Negeri Selangor

Sesungguhnya tiada sesuatu pun yang dapat menyamai dan membalas jasa & pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya..HARGAILAH IBU ANDA & DOAKAN MEREKA...

Pihak DMPKHL juga mengambil kesempatan ini untuk mewar-warkan program ini khusus kepada semua kaum ibu..Semoga kita sentiasa bergembira..

Wednesday, May 20, 2009

Ketua DMPP, empat orang dicalonkan

KUALA LUMPUR, 18 Mei (terkini) - Pemilihan pimpinan Dewan Muslimat antara yang dijangka hangat tahun ini, memandang bilangan colon yang akan bertanding bagi jawatan-jawatan tertinggi dewan tersebut.

Berbeza dengan jawatan Ketua Dewan Ulama' yang menang tanpa bertanding dan Dewan Pemuda yang mencalonkan dua nama untuk jawatan Ketua Dewan tersebut, Dewan Muslimat kali ini, mencalonkan empat orang masing-masing untuk bertanding jawatan Ketua dan Timbalan Ketua.

Teraju jawatan Ketua Dewan yang disandang Ustazah Nuridah sebelum ini akan berhadapan dengan tiga lagi calon Dr Mariah Mahmud, Dr Asiah Ali dan Ustazah Azizah Khatib Mat.

Manakala penyandang jawatan Timbalan Ketua Dewan, Wan Hasrina akan berhadapan dengan dua Ahli Parlimen, Dr. Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) dan Siti Zailah Yusof (PAS-Rantau Panjang) juga mantan Ketua Dewan Muslimat Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pusat.

Bagi jawatan Naib Dewan pula, tiga orang yang dicalonkan ialah Senator Negeri Kelantan, YB Mumtaz Md Nawi, YB Siti Zailah Yusof (PAS-Rantau Panjang) dan YB Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) .

Senarai calon yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya tengahari tadi memaklumkan kedudukan ini hanya sah apabila kesemua mereka menerima pencalonan ini menjelang tarikh tutup 25 Mei ini

WAN HASRINA BERI PENJELASAN


KUALA LUMPUR,18 Mei - Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian yang berbunyi, "Kemasukan ahli- ahli baru yang juga bekas ahli parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) ke dalam PAS antara faktor menularnya amalan sagu hati atau sogokan kepada perwakilan menjelang Muktamar PAS Jun ini."

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian pada 18 Mei itu, menyimpang langsung daripada kenyataan sebenar yang dibuat oleh beliau.

Beliau dalam kenyataan sebenarnya menyebut, "Untuk memastikan PAS terus bersandar pada dasar yang sebenar seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan PAS itu menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukkan, maka PAS perlulah meneruskan proses pendidikan (tarbiyah) kepada ahli-ahlinya terutamanya kepada ahli-ahli baru yang mana kita tahu kebanyakan ahli-ahli baru datangnya dari berbagai latar belakang pendidikan dan fahaman politik termasuklah mereka yang datang dari Umno dan orang-orang yang tidak berparti. Oleh itu dengan proses tarbiyyah ini saja kita yakin PAS dapat membendung budaya-budaya yang tidak sihat daripada menular di dalam perjuangan PAS ini."

Menurut beliau, "tidak timbul langsung kenyataan saya yang mengaitkan ahli-ahli baru ini dengan gejala politik wang kerana saya percaya politik wang tidak wujud di dalam proses pemilihan kepimpinan di semua peringkat dalam PAS".

Selar beliau, kenyataan yang dibuat oleh Sinar Harian ini dilihat hanya untuk menimbulkan konflik antara ahli PAS memandangkan muktamar tahun ini merupakan tahun pemilihan.

Terkini: Senarai pencalonan DMPP


SENARAI PENCALONAN TERKINI DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT (DMPP):

PENGERUSI TETAP


1. Noraini Hussin
2. Nor Hashimah Deraman
3. Wan Hamidani Wan Ahmad

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Faizah Ismail
2. Nor hafizah Musa
3. Wan Hamidani Wan Ahmad
4. Rosnah Abdullah
5. Nor Hashimah Deraman
6. Aida Yusof Rawa

KETUA

1. Asiah Ali,Dr
2. Azizah Khatib Mat, Ustazah
3. Nuridah Salleh, Ustazah
4. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr

TIMBALAN KETUA

1. Azizah Khatib Mat, Ustazah
2. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr
3. Siti Zailah Yusof, YB
4. Wan Hasrina Wan Hassan

NAIB KETUA

1. Mumtaz Md Nawi, YB Senator
2. Siti Zailah Yusof, YB
3. Wan Ubaidah Omar, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Salamiah Mohd Nor
2. Dr. Rosni Adam
3. Salbiah Wahab
4. Dr.. Najihatus Soleha Ahmad
5. YB. Mumtaz Md Nawi
6. YB. Siti Zailah Yusof
7. Khadijah Mahmud
8. Maznah Taib
9. Toh Puah Fatimah Zainab
10. Wan Fatimah Wan Teh
11. Siti Mariam Othman
12. Munirah Atirah Hassan Adli
13. Prof. Wan Maseri
14. Dr. Khatijah Jumangat
15. YB. Wan Ubaidah Omar
16. YB. Ustazah Aishah Ghazali
17. YB. Dr. Halimah Ali
18. Ustazah Azizah Khatib Mat
19. Ustazah Sapinah Jusoh
20. Mastura Mohamad
21. Teh Izanuri Jamaludin
22. Aiman Atirah Al Jundi
23. Ustazah Nuridah Salleh
24. YB. Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali
25. Kintan Osman
26. Wan Hasrina Wan Hassan
27. Zaroni Othman
28. YB. Dr. Siti Mariah Mahmud
29. Ustazah Rosiah Salleh
30. Norlia Abdul
31. Noraliza Abd Latif
32. Dr. Asiah Ali
33. Nurul Huda Yusof Rawa
34. Wardatul Jannah As Sofea
35. Norhayati Bachok
36. Amizan Baharuddin
37. Rosnah Abdullah
38. Nor Wani Ahmad
39. Norhanim Ismail

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Basmatul Uyun Yusuf
2. Wan Hasna Wan Ismail
3. Fauziah Yaacob
4. Farah Ahmad
5. Asmah Sarojee
6. Hasmah Durani
7. Norliza Abd Latif
8. Jamilah Salleh

Tuesday, May 19, 2009

Sah!...BN tak bertanding di DUN PENANTI

Walau apa pun alasan yang dikemukakan oleh Najib Razak, Presiden UMNO Malaysia, ia tidak mampu memadamkan kenyataan bahawa PM Malaysia itu TIDAK BERANI membenarkan rakyat bersuara melalui undi untuk menjatuhkan UMNO & BN.

Itu adalah hakikat yang tidak mampu dipadamkan oleh siapa pun.. Mereka tidak mahu KALAH lagi…kerana mereka yakin mereka akan TEWAS buat kali keempat selepas TEWAS di PERMATANG PAUH, BUKIT SELAMBAU & BUKIT GANTANG.

Kepada seluruh pengundi-pengundi di DUN PENANTI, PAStikan anda membuat pilihan yang bijak. Kita tidak rela dipermainkan dengan politik kotor BN dan kita tidak mahu menari dengan rentak yang dipalu oleh mereka. Sama-sama kita berganding tenaga utk memastikan KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT terus menjadi milik rakyat..

TERUSKAN PERJUANGAN, KEKALKAN KEMENANGAN..!!!
Allahu Akbar !!!!


Salam Perjuangan dari kami :

TintaSrikandi, DMPKHL

Nakbah Adalah Kesedihan



Hari Nakbah (النكبة يوم, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

15 Mei setiap tahun selepas 1948, adalah titik tolak sebuah perjuangan yang penuh ranjau dan liku, bukan sedikit korban dan bukan sedikit harta yang telah dipertaruhkan. Palestin masih lagi berada ditangan rejim Israel. Dan perjuangan di Palestin masih lagi diteruskan. Rakyat Palestin masih lagi optimis, dan masih lagi bersemangat mempertahankan tanah tumpah darah perjuangan. Tetapi, Nakba tetap menjadi calit hitam di hati rakyat Palestin.

Eretz Israel, Judea, Uber dan Zion dicadangkan. Akhirnya, dengan undian majoriti, Perdana Menteri Zionis pertama Ben Gurion memilih Israel sebagai nama haram untuk Palestin yang dijajah. Hari itulah British dengan rasminya menyerahkan mandat untuk puak Yahudi melangsungkan sebuah negara yang rasmi. Sebuah ‘kemerdekaan’ bagi Yahudi dan ‘kegelapan’ untuk umat Islam.

Maka, bermulalah perluasan penjajahan Zionis di muka bumi Al-Quds, kesucian wanita di dirobek, kelemahan kanak-kanak menjadi sasaran puak pelampau zionis, berlarutanlah Nakba setiap hari. Ya, Nakba Palestin adalah setiap hari selagi mana bumi Al-Aqsa itu belum lagi dibebaskan!!!

Monday, May 18, 2009

Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Presiden


BERA 18 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa dasar Islam adalah punca kekuatan PAS selama ini.

Katanya dengan dasar itu, Kerajaan PAS gagal dijatuhkan walaupun dengan kekuatan majoriti hanya satu kerusi di Kelantan apabila wakil Rakyat PAS gagal dibeli walaupun dengan nilai yang amat tinggi.

"Adun PAS mempunyai kekuatan akidah yang kental untuk menolak tawaran-tawaran yang dibuat kepada mereka," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penerangan di Darul Ikhwan, Bera.

Menceritakan sejarah lampau, beliau berkata, Umno melakukan pengkhianatan terhadap rakyat yang memilih PAS memerintah di Kelantan dan Terangganu sekitar tahun 1960-an dengan melakukan sabatoj dan penculikan Adun dalam usaha untuk mejatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.

"Di Terengganu mereka membeli Adun Parti Negara dan akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu, di Kelantan pula Adun PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur kemudian dibawa ke persidangan Dun Kelantan, Namun Adun PAS berkenaan tidak menyokong undi tidak percaya menyebabkan Kerajaan Kelantan gagal di jatuhkan.

"Kini diulangi pula di Perak dalam usaha untuk berkuasa selepas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.

Menurut Tuan Guru, jika di negara maju, perbuatan Umno itu boleh menjatuhkan kerajaan pusat kerana di dalam negara demokrasi rakyat adalah hakim tertinggi, bila kerajaan lemah rakyat akan menggantikannya dengan kerajaan baru.

"Bagaimanapun di negara kita, tahap kefahaman politik rakyat masih rendah dan mereka tidak memahaminya menyebabkan Umno-BN terus berkuasa walaupun melakukan pelbagai perkara yang mencemarkan demokrasi," ujar beliau.

Mengenai PAS, beliau menegaskan semua pihak mempunyai peranan tersendiri termasuk golongan profesional malah katanya, golongan profesional terlibat sama dalam menubuhkan PAS.

PAS, katanya pernah dipimpin oleh Dr Abas dan ramai tokoh profesional di dalam PAS termasuklah Tan Sri Aminuddin Baki, Prof Ahmad Ibrahim dan lain-lain.

Menurutnya, laporan media kononnya PAS bergolak hanyalah laporan media di luar PAS yang tidak memahami dan melihat PAS dari dalam.

"Umpama kita mengubah suai rumah kedengaran riuh dari luar wal hal kita mengemas rumah dan mengalih o, memanglah kedengaran dari luar bising tetapi kita di dalam tahu apa sedang kita buat," katanya. - mns _

Sumber: www.harakahdaily.net

Teruskan Perjuangan, Kekalkan Kemenangan!



Assalamualaikum wrt..

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w, sahabat-sahabat baginda, ahlil bait, muslimin-muslimat dan seluruh pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, Allah telah memberi ruang dan peluang kepada kita untuk bertemu dan berukhuwwah di alam cyber ini. Mudah-mudahan blog ini akan menjadi medan perantara yang cukup bermakna bagi memastikan halatuju dan matlamat perjuangan PAS dapat difahami bukan hanya kepada ahli-ahli PAS tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan motto “PAS for ALL”.

Kelahiran blog ini merupakan satu permulaan yang baik baik UNIT IT dalam usaha memastikan kehadiran Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat (DMPKHL) dirasai oleh semua pihak terutamanya warga Daerah Hulu Langat. Tidak pula di ketahui mengapa Unit IT DMPK membangunkan blog ini pada tarikh 13 Mei 2009 ..kerana tarikh inilah yang selalu di menapulasikan oleh UMNO untuk menakut-menakutkan rakyat tentang perpaduan, keamanan dan kestabilan negara.

Walaubagaimanapun saya mengucapkan syabas dan berharap blog ini akan menjadi salah satu blog yang dapat membangunkan minda kaum wanita khasnya dalam menimbang dan menilai isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam media massa perdana.

“Teruskan Perjuangan .. Kekalkan Kemenangan…”

Salam sayang dari saya :
Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat
18 Mei 2009

Suara Nadi Naib Ketua DMP



Assalamualaikum w.b.t.

Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, di atas limpah kurnia-NYA, kita masih dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Masih ada peluang untuk kita meneruskan perjuangan sebagai khalifah-NYA seterusnya memaknakan kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

Tarbiyah merupakan tunjang kepada gerakan PAS. Justeru, fokus saya untuk sesi kali ini adalah menggerakkan usrah remaja yang mensasarkan anak-anak ahli PAS sebagai peserta. Dalam kesibukan ibu bapa memberikan komitmen kepada parti, tarbiyah anak-anak ahli perlu dititik beratkan dan tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya bermula sejak mereka di usia remaja lagi.

Dewasa ini, pelbagai faktor luaran dilihat boleh mempengaruhi peribadi remaja, seperti program TV yang penuh hiburan, pergaulan rakan sebaya, ditambah pula dengan penekanan di sekolah yang terlalu menumpukan kepada pencapaian peperiksaan dan mengabaikan soal akhlak dalam kehidupan. Tanpa pedoman dan bimbingan diberikan kepada para remaja, mereka pasti mudah terpengaruh dengan anasir yang tidak sihat, meskipun ibu dan bapa mereka merupakan ahli yang aktif di dalam parti.

Usaha ini, bukan sahaja penting ke arah kesinambungan survival PAS mahupun sebagai wadah dalam menyediakan pelapis kepimpinan parti pada masa akan datang, tapi, apa yang lebih utama dan paling asas, adalah pembentukan insan yang sedar tentang dua tanggungjawab kejadian manusia iaitu sebagai hamba dan khalifah-Nya. Hanya dengan kesedaran ini, keikhlasan untuk terlibat dan menyumbang kepada gerakan Islam akan makin subur dan bercambah, khususnya di kalangan anak-anak ahli, insya Allah.

Di samping itu, saya menyarankan muslimat agar terus mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, di samping membina keterampilan dan keberanian diri untuk memimpin masyarakat sebagai persediaan kita untuk menjadi parti yang memerintah pada masa akan datang. Insyaallah. Usaha untuk ini tidak terbatas kepada umur mahupun pekerjaan. Sebagai ahli gerakan Islam, usaha menambah nilai terhadap keupayaan dan kemampuan diri harus berlaku sepanjang hayat supaya hubungan 3 dimensi, iaitu hubungan dengan Allah, diri sendiri dan masyarakat menjadi suatu hubungan yang berkualiti dan sempurna.

Penerangan tentang Islam dan pendirian parti terhadap isu-isu yang berlaku juga haruslah disampaikan secara berhikmah dan lemah lembut kepada masyarakat agar mereka memahami dan rasa berkehendak kepada cara hidup Islam yang sempurna. Mesej Islam ini harus disampaikan dalam segenap medan dan peluang yang ada, tanpa mengira masa dan tempat, dan mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing. Sebagai ejen dakwah, muslimat seharusnya peka kepada perkembangan semasa, di samping mempraktikkan akhlak yang mulia dalam pergaulan seharian dengan masyarakat. Inilah dakwah acuan Rasulullah yang sangat berkesan dalam memenangi hati mad’u (sasaran dakwah).

Bagi mencapai matlamat dakwah ini, budaya saling tampung-menampung (top-up each other) di kalangan muslimat perlu diperteguhkan. Kepelbagaian personaliti, kemahiran dan kekuatan diri dalam kalangan ahli muslimat juga harus dimanfaatkan untuk kepentingan Islam dan juga parti.

Akhirnya, saya menyeru diri saya dan seluruh muslimat agar menjaga hubungan baik dengan Allah Taala dan sentiasa menyandarkan usaha, harapan dan matlamat kita hanya kepada-Nya. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian dan tidak hairanlah jika kita berasa susah dan perit dalam menjalani kehidupan dunia, kerana matlamat hakiki kita adalah kebahagiaan di akhirat nanti, insya Allah.

Salam perjuangan,

Cik Hafizah Zaidi
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS, Kawasan Hulu Langat, Selangor

Thursday, May 14, 2009

Secangkir Kopi Buat Hidangan


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..syukur kpd Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik kepada kita semua dan masih memberi peluang untuk kita merasai perjalanan hidup yang sangat indah dan penuh dengan kenikmatan. Hanya puji & syukur layak kepada Allah swt atas segala-gala nikmat ini. Mudah-mudahan nikmat yang dikecapi ini akan membuatkan kita semakin hampir dengan Allah dan sentiasa dinaungi dengan rahmat & kasih sayang Allah yang tidak terhingga.

Muktamar Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat tanggal 11 April 2009 telah menyaksikan perlantikan sof kepimpinan baru bagi sesi 2009 – 2011 dengan gandingan kepimpinan muda dan pimpinan yang berpengalaman dalam memacu perjuangan Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat.

Tahniah buat semua sof kepimpinan baru. Mudah-mudahan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan kerja-kerja dakwah, tarbiyyah dan Islah dalam jemaah PAS akan terus mencapai puncak kejayaan. Walaupun pelbagai onak dan duri yang meranjau laluan dan aral sering melintangi perjalanan perjuangan menegakkan kebenaran, PAStikan kita tetap teguh dan thabat dalam melayari bahtera perjuangan ini.

Selaras dengan perkembangan semasa, Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat telah menubuhkan UNIT LATIHAN & IT bagi memperkukuhkan organisasi untuk menghadapi cabaran semasa yang sukar untuk ditandingi kehebatannya tanpa benteng yan kukuh. Justeru kelahiran blog ini adalah diharapkan dapat menjadi wadah penyampai idea & maklumat daripada Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat (DMPKHL) kepada semua pelayar-pelayar di alam cyber ini. Semoga anda menyokong perjuangan kami..Wassalam..

Salam mesra & salam taaruf dari kami :
Tinta Srikandi, Unit IT Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat
13 Mei 2009