Tuesday, December 22, 2009

JUBLI PERAK PAS HULU LANGAT


Bersempena dengan sambutan 25 tahun Jubli Perak PAS kawasan Hulu Langat, satu karnival iaitu Karnival Rakyat - Jom Halal akan diadakan dari 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010 di Stadium Kajang.

Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Antaranya sumbangan kepada fakir miskin, jualan produk halal, persembahan wayang kulit, persembahan teater, paintball, pertunjukan fesyen dan sebagainya. Terdapat juga perkhidmatan kaunter SPR, pemeriksaan kesihatan, Kaunter MES, pertandingan booth terbaik, pameran dan jualan.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

TENTATIF PROGRAM (12.00 pm – 12.00 am)

25 Dis. 2009 (Jumaat)
8.30 pm Majlis Perasmian (Perasmi : Y.A.B. MB Selangor)
9.00 pm : Malam Kesenian Islamiyy
(artis – Kump as-Sofi, Kump. In-Team, Solo Azhan & Solo Nazrey Ex-Raihan)

26 Dis. 2009 (Sabtu)
9.00 am : Raptai Perasmian 25 tahun PAS Kawasan
3.00 pm : Acara Padang : Klinik Bolasepak Belia Bwh 17 tahun
: Boling Padang
9.00pm : Forum Perdana : BICARA HALAL

27 Dis. 2009 (Ahad)
7.00 am - 12.00pm : Larian Rakyat
3.00 pm - 7.00 pm : Sembang Niaga - Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum Perasmian 25 Tahun PAS Kawasan

28 Dis. 2009 (Isnin)
3.00 pm : Penyampaian pokok-pokok oleh Jabatan Pertanian
9.00 pm : Pertunjukan Fesyen (SHAMENSI)
: Dikir Barat
: Persembahan Kebudayaan Master Skill

29 Dis. 2009 (Selasa)
3.00 pm : Bantuan baju sekolah kepada anak-anak miskin di Hulu Langat
9.00 pm : Pentas Pidato Pemuda (Ustaz Nasaruddin)

30 Dis. 2009 (Rabu)
3.00 pm : Program Ibu Tunggal
9.00 pm : Wayang kulit (Etong dari Kedah)

31 Dis. 2009 (Khamis)
3.00 pm : Usahawan Belia (Exco Negeri – YB Yaacob Sapari)
9.00 pm : Ceramah Agama (Ustaz Khairuddin Hamzah)

1 Jan. 2010 (Jumaat)
3.00 pm – 7.00 pm : Sembang Niaga – Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum (Pakatan Rakyat)

2 Jan. 2010 (Sabtu)
9.00 am – 5.00 pm : Pertandingan Gubahan
: Pertandingan Memasak
: Persembahan Pentas Teater (Pelawak Sabri Yunus & Pelajar Ma’ahad Tahfiz)
8.30 pm – 11.00 pm : Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy

3 Jan. 2010 (Ahad)
9.00 am – 5.00 pm : Poco-poco / Boling padang
: Pertandingan Paintball
: Majlis Penutup


Berhijrah, Membangun Bersama Islam

Monday, December 21, 2009

BETAPA LEMAHNYA MEREKA..


Isu kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur amat mengejutkan. Suatu ketika dahulu kita juga pernah dikejutkan dengan penggunaan bahan letupan C4 dalam kes pembunuhan Altantuya Syaariibuu. Hmm.. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata betapa lemahnya sistem kawalan dan keselamatan negara kita.
Isu-isu ini membuatkan rakyat semakin muak dengan alasan-alasan yang pemimpin terhadap apa yang berlaku. Jika difikirkan secara logik, mana mungkin enjin jet yang sebegitu besar dengan mudah boleh melepasi kawalan keselamatan di lapangan terbang ataupun di pelabuhan. Mana mungkin enjin sebesar itu "lulus utk keluar negara" tanpa wujud tangan-tangan ajaib yang TAMAK untuk bermewah-mewah dengan HASIL CURI itu.
Sama-samalah kita fikir-fikirkan.. Jangan membodohkan diri sendiri dengan mempercayai segala alasan dangkal pemimpin Bee End dalam isu kehilangan ASET NEGARA ini. Jangan lupa bahawa kita adalah pembayar cukai utk negara ini. Kita punya hak untuk bertanya dan mendapatkan jawapan yang BENAR & BETUL !!!

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT..


KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT yang berlangsung di Auditorium MBSA pada 19 Disember 2009 yang lalu membuktikan bahawa sememangnya PAKATAN RAKYAT telah bersedia menuju ke PUTRAJAYA. Kekuatan dan keutuhan hubungan antara PAS, PKR & DAP sedikit sebanyak menggentarkan BEE END yang kini semakin huru hara dengan pelbagai masalah. Mereka cuba menutup kelemahan mereka, tetapi hakikatnya kelemahan mereka jelas terserlah. Biarlah mereka dengan labu-labu mereka !!!

Kita perlu bersiap siaga menghadapi cabaran demi memastikan kekuatan PAKATAN RAKYAT pada hari ini akan terus kekal utuh. Usah dibajai perbezaan yang ada, tetapi bajailah perpaduan dan kesatuan fikrah antara kita. Semoga PAKATAN RAKYAT mampu mengusai PARLIMEN tidak lama lagi.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat mengucapkan tahniah kepada seluruh pemimpin-pemimpin PAKATAN RAKYAT atas kejayaan konvensyen tersebut. Mudah-mudahan kesepakatan yang telah ditandatangani bersama menjadi paksi kesatuan dan segala resolusi mampu direalisasi, insyaallah..

Wednesday, December 16, 2009

Budget lulus hanya dgn 3 undi..

PEMIMPIN BEE END TIDAK SERIUS !!!

Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget, mengambarkan bahawa mereka TIDAK SERIUS & TIDAK MAHU mengambil tahu soal budget rakyat. Apa yang lebih mereka pentingkan ialah poket mereka mesti penuh.. Biarlah rakyat dengan beban mereka.. "Keuntungan peribadi diutamakan, rakyat tidak perlu dipedulikan.." Itulah motto sebenar pemimpin-pemimpin kerajaan Bee End.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir. Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

Ia jelas membuktikan bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin merudum dan mereka ternyata tidak lagi memperdulikan kehendak dan keperluan rakyat. Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat.
Inikah pemimpin yang kita harapkan untuk gemilang di persada dunia???? Sama-samalah kita fikir-fikirkan...

Monday, December 7, 2009

TAKZIAH..

SELURUH WARGA KEPIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA PN. NORMAH PALIDIN, SETIAUSAHA DMPK HULU LANGAT DAN KELUARGANYA ATAS KEMBALINYA IBU BELIAU, HJH SUMI BT SAKIMIN KEPADA PENCIPTA HARI INI.
ALFATIHAH...
SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KESABARAN KEPADA SELURUH AHLI KELUARGANYA DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ROH ALMARHUMAH DIKALANGAN INSAN-INSAN YANG BERIMAN, INSYAALLAH..

Thursday, December 3, 2009

SOKONG TOK GURU KITA..


SEMOGA HIMPUNAN INI DAPAT MEMBUKA MATA "MEREKA" YANG BUTA & TULI DENGAN SOKONGAN RAKYAT TERHADAP MURSYIDUL AM PAS INI..

Wednesday, December 2, 2009

BERI ROYALTI & ROMBAK BTN

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA
1 DISEMBER 2009

BERI KELANTAN ROYALTI & ROMBAK BTN DEMI INTEGRITI

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menggesa agar Kerajaan Pusat mengkaji semula keputusan berkaitan royalti minyak dengan memberikan royalti 5% hasil pengeluaran minyak oleh Petronas kepada Kelantan selaras dengan kedudukan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak. Gerak berpandangan tidak ada istilah wang ihsan menurut Akta Petroleum Negara 1974 seperti mana yang telahpun ditegaskan oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah terlibat sebagai pengasas Petronas. Jika negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu boleh diberikan wang royalti sebagai negeri pengeluar minyak. Maka mengapa tidak diberikan juga hak royalti 5% kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk diuruskan.

Gerak percaya Kerajaan Negeri Kelantan akan menguruskan wang royalti dengan telus dan bertanggungjawab sekiranya Kerajaan Pusat bersifat terbuka untuk menyemak kembali kedudukan pemberian wang royalti bagi diuruskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Kredibiliti Kerajaan Pusat dan Petronas akan lebih terserlah dengan menghormati Akta Petroleum Negara.

Adalah menjadi hak Negeri Kelantan untuk mendapatkan wang tuntutan ganti rugi hasil daripada aktiviti cari gali petroleum dan amat wajar untuk Petronas membayar wang royalti 5% atau bayaran tunai 5% (cash payment) kepada Kerajaan Kelantan. Kita tidak mahu sikap yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Pusat BN selepas tewas di Terengganu pada tahun 1999 dengan menukarkan status wang royalti menjadi wang ihsan dan sekarang apabila Kerajaan BN menang semula di Terengganu ditukar kembali status kepada wang royalti.

Semangat federalisme yang penuh integriti wajib diamalkan oleh Kerajaan Pusat dalam isu royalti minyak ini. Dalam perkembangan lain, Gerak juga menyarankan agar Kerajaan Pusat mengkaji semula silibus Program Biro Tata Negara (BTN) agar ianya tidak disemai dengan semangat perkauman. Silibus yang baik seumpama bagi menaikkan semangat patriotismedan jati diri peserta boleh dikekalkan agar menjamin perpaduan dikalangan rakyat.

Gerak juga mencadangkan agar silibus integriti dan anti korupsi diterapkan sebagai salah satu daripada silibus Program Biro Tatanegara (BTN) dalam suasana negara pada hari ini berhasrat membentuk Good Governance. Isu-isu integriti sering menjadi agenda Perdana Menteri dan termasuk juga pimpinan pembangkang. Adalah menjadi suatu kelompangan dalam pengisian program BTN sebagai program pembinaan jati diri jika tidak memuatkan nilai-nilai dan informasi berkaitan agenda membudayakan integriti dan anti korupsi dalam jiwa peserta yang rata-rata terdiri daripada kakitangan awam dan generasi muda termasuk mahasiswa. Gerak bersedia bersama kerajaan dalam merencanakan pengisian integriti dan anti korupsi tersebut.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi GERAK Malaysia