Monday, March 29, 2010

Muktamar DMPK HL 28/3/2010

SEKITAR MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 23,
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT

Pimpinan DMPK Hulu Langat

Penyampaian cenderahati kepada Tn Hj Razali oleh Ketua Muslimat

Para perwakilan yang hadir... Terima kasih semua

Ketua Muslimat

Sedang meneliti laporan mesyuarat

Kompilasi Laporan gerak kerja DMPKHL & cawangan-cawangan di bwh naungannya

Very nice..:)



MASA ADALAH KEHIDUPAN....


Assalamualaikum wrt..

Salam hormat buat seluruh pengunjung-pengunjung laman blog Tintasrikandi... Semoga ada istifadah yang dapat diperolehi daripada coreran kali ini...

Sahabat-sahabat sekalian,

Laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika... diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Tidak mampu lagi untuk mencari perkataan yang sesuai untuk diungkapkan kepada mereka-mereka yang tergamak untuk membuang & membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa ini.. Bayi itu suci, malah merekalah bidadari syurga yang dijanjikan Allah tanpa dosa terpalit kepada mereka akibat perbuatan manusia bernama jantan & betina yang tiada lagi iman & nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

Umumnya masyarakat mengetahui bahawa ia adalah berpunca dari gejala sosial dan mengsifatkan tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusian itu dilakukan oleh sijahil yang tidak tahu menilai erti kehidupan manusia.

Namun, amatlah dikesalkan kerana mereka yang mengecam sedemikian itu kononnya perihatin sebaliknya ada yang lupa diri bahawa mereka juga miliki kelemahan yang sama iaitu tidak tahu erti nilai diri manusia termasuk dirinya sendiri. Disebabkan leka mengejar kekayaan, pangkat, pengaruh serta kemahsyuran sehingga mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT itulah yang mengakibatkan nilai diri mereka semakin merosot dan hilang.

Kurangnya ilmu dan tidak mengambil iktibar dari kes pembuangan bayi tersebut dari sudut yang lebih besar telah merugikan mereka kerana Allah SWT sebenarnya memberi peringatan kepada semua bahawa nikmat detik masa kehidupan yang diberikan olehNya adalah sangat bernilai untuk dimanfaatkan bagi membeli tiket ke syurga pada akhirat kelak.

Dalam surah al-Ashr dimulai dengan perkataan ‘demi masa’ yang menjadi satu bentuk peringatan bagi seluruh umat Islam tentang kepentingan masa.

Firman Allah bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-Ashr, ayat 1 – 3).

Dan sebagaimana ungkapan yang disebutkan oleh as Syahid Hassan Al Banna (tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20) iaitu "Masa adalah kehidupan" maka gunalah subsidi masa kehidupan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana sesungguhnya nilai masa/kehidupan itu Allah SWT lah yang menentukannya.

wassalam...

Monday, March 22, 2010

PERASMIAN PEJABAT PAS DAERAH HULU LANGAT


22 Mac 2010 merupakan tarikh bersejarah untuk seluruh ahli PAS Daerah Hulu Langat. Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan khusus buat Ybhg. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang atas kesudian meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan Pejabat PAS Daerah Hulu Langat yang bertempat di Prima Saujana, Kajang Selangor.

PEJABAT PAS KAWASAN HULU LANGAT
G-18-1A Jalan Prima Saujana 2/D,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

Semoga pejabat baru PAS ini menjadi wasilah terbaik demi sebuah perjuangan menegakkan kalimah Allah di kawasan ini.. Tahniah & terima kasih untuk semua...




Thursday, March 11, 2010

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJIUN..

Assalamualaikum wbt.. Tintasrikandi ingin berkongsi rasa dengan anda semua melalui emel dari seorang sahabat mengenai kembalinya Syeikhul Azhar, Dr. Mohamad Sayyed Tantawi..

Sheikh Al-Azhar, Al Imam Al Akbar, almarhum Dr Mohamad Sayyed Tantawi meninggal dunia semalam, 10 Mac 2010 bersamaan 24 Rabiul Awal 1431 pada usia 82 tahun. Tidak adalah kesudahan yang paling baik bagi almarhum melainkan dapat dikebumikan di perkuburan Baqi" di Madinah, bersama para sahabat dan keluarga Rasulullah saw, disembahyangkan di masjid Nabawi, masjid Haram yang kedua bagi orang Islam.

Benarlah Firman Allah, seseorang itu tidak tahu di bumi mana ia akan mati. Shekh Al-Azhar telah melangkah masuk ke pintu kapalterbang di aport Riyadh dalam perjalanan pulang ke Mesir sekembalinya dari menghadiri acara rasmi di Riyadh, acara meraikan para ulama dan tokoh2 akademik menerima anugerah dari kerajaan Saudi.

Allah mengarahkan malaikatul maut supaya kesudahan hidup Shekh al-Azhar disempurnakan di bumi Rasulnya, disemadikan jasadnya di tanah perkuburan Rasulnya, dimasukkan jasadnya berdekatan para sahabat Baginda, tidak jauh dari maqam Baginda SAW.

Inilah kesudahan seorang Shekh yang amat disayangi oleh seluruh umat Islam, malah bukan Islampun amat menghormatinya dan menyanjung beliau. Semasa menjadi Shekh Al-Azhar, almarhum tidak kurang juga menerima celaan dan tentangan dari mereka yang tidak sependapat dengannya. Sebahagian dari celaan dan tentangan itu datang dari maklumat yang salah, tidak tepat, dan tidak kurang juga kejahilan mereka yang menentangnya.

Kini Allah membuktikan kepada semua umat di dunia ini bahawa Hadith Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya amal dan pekerjaan seseorang itu ialah kesudahannya. Kesudahan Shekh Al-Azhar adalah kesudahan yang amat mulia, menabur bakti di bumi Mesir, menjangkau manfaatnya keseluruh pelusuk dunia dan berakhir amalannya dengan disemadikan jasadnya disisi para Sahabat dan keluarga Rasulullah SAW di tanah perkuburan Baginda di Baqi", Madinah Munawwarah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd.
- YG ALKIS -

Wednesday, March 10, 2010

KULIAH DHUHA MUSLIMAT

ASSALAMUALAIKUM WRT..

 

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA UNTUK MENGHADIRI KULIAH DHUHA MUSLIMAT YANG AKAN DIADAKAN PADA  TARIKH SEPERTI BERIKUT :

 

13 MAC 2010

 

MASA :

 

9.30 PAGI

 

TEMPAT :

 

MASJID KAJANG

 

PENCERAMAH :

 

YBHG. USTAZ DATO’ ISMAIL KAMUS

 

TAJUK :

 

LAMBAIAN KAABAH, LAMBAIAN RAHMAT

 

Semua dijemput hadir..

 

RENUNGAN

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan (Agama) kami ini, yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak”… (H.R Al-Bukhari & Muslim)

"Wahai orang yang beriman, apabila diminta kepada kamu, "berilah kelapangan dalam majlis"(untuk membuka ruang tempat duduk orang lain),maka lapangkanlah, nescaya Allah memberi kelapangan untuk kamu. Apabila diminta kepada kamu,"berdirilah", maka bangunlah, nescaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman dikalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (dikalangan kamu) beberapa darjat.(Ingatlah) Allah maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".

 

Tuesday, March 2, 2010

FORUM SEMPENA MAULIDURRASUL

FORUM MAULIDURRASUL
TAJUK :
“RASULULLAH S.A.W LAMBANG INSAN CEMERLANG”

TARIKH :
5 MAC 2010 (JUMAAT)
8.00 mlm – 9.30 mlm

TEMPAT
SURAU SAUJANA IMPIAN,
SAUJANA IMPIAN, KAJANG, SELANGOR.

AHLI PANEL :

DR. ROBIAH K. HAMZAH
Pakar Motivasi & Kaunselor Keluarga

USTAZ ABU HASAM AL-ASH’ARI BIN ZAKARIA
Perunding Motivasi Excel Q Management, Penulis Majalah Seleksi & Mantan Pegawai Jakim

TN. HJ. IBRAHIM BIN HJ. NOR HUSSAIN
Pengarah Urusan, Bright Future Training


ANJURAN BERSAMA :

BADAN HAL EHWAL & KEBAJIKAN WANITA SELANGOR
(HALWANIS)

PERKIM HULU LANGAT

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT

DAN

SURAU SAUJANA IMPIAN.

ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH..

"Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Malahan mungkin ada antara ummat Nabi Muhammad saw langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk mengetahui biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibathul Aslamiyyah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul- Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW – SAYYIDUL ANAM

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Semoga timbul rasa cinta & kasih kita kpd mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Assalamualaika Ya Rasulullah..
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.. Wa ‘ala aalihi wa ashabihi ajmaiin..