Saturday, December 31, 2011

RAIKAN TAHUN BARU 2012 DGN DOA & HARAPAN

Assalamualaikum.w.r.t...Alhamdulillah, sama- sama kita rafa'kan kesyukuran kpd Allah swt atas segala nikmat dan rahmat kurniaanNya kpd kita semua sehingga ke saat ini. Samada kita sedar atau tidak, tirai tahun 2011 bakal berlabuh tepat jam 11.59mlm ini.

Pelbagai peristiwa, kenangan dan memori yang berlaku sepanjang tahun 2011 yg pastinya terdapat padanya hikmah yg perlu kita gali. Perjuangan kita masih panjang.. Suka duka yang dilalui dan sunnah baginda Rasulullah saw dalam dakwah menegakkan kalimah Allah di bumi yang kita cintai ini perlu terus ditelusuri dengan penuh sabar dan redha. Hakikat perjuangan ini sememangnya perit. Tetapi ini adalah sunnah nabi saw krn perjuangan ini bukanlah dimulakan oleh Presiden PAS, tetapi perjuangan menegakkan kalimah Allah ini telah dimulakan oleh Rasul dan Nabi saw yang kita kasihi sejak 1433 tahun yg lalu...Kita perlu meyakini bahawa perjuangan ini pastinya tidak akan dihampari dengan permaidani merah, tetapi sentiasa dihampari ddengan duri dan liku2 perjuangan yang memerlukan kekuatan dan kesabaran.Hanya Allah selayaknya akan menghakimi usaha kita..


Justeru, selagi nadi kita ini terus berdenyut, selagi itu perjuangan kita perlu diteruskan. Kita berjuang bukan utk manusia, tetapi kita berjuang demi mengharapkan redha Allah yang esa.

SALAM PERJUANGAN DARI DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT. SAMA-SAMA KITA DOAKAN SMG TAHUN AKAN 2012 AKAN MEMBERIKAN SINAR BARU BUAT PEJUANG-PEJUANG KEBENARAN. USAH JEMU UTK BERJUANG WALAUPUN JAUH DARI TANDA-TANDA KEMENANGAN..

Wassalam..:-)

Tuesday, December 27, 2011

PERINGATAN UTK KITA SEMUA...


Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam Pas.Namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
Pas terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa.Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmubyang sebenar pasti tersunggur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjemaah dalam Islam akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.
Inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah saw. Sesiapa yang menyertai Pas wajib mengikut haluan dan halatujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri berlandaskan Islam secara fekah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.
Ikhlas daripada Khadam Perjuangan Islam (Hj Abdul Hadi Awang)

Thursday, December 22, 2011

MOTIVASI UTK KITA SEMUA

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.”
Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”
1." kita wajib berada dalam jemaah"
2. "kita mesti berakhlak dan mengamalkan adab berjemaah".
3. "kita mesti memahami tanggungjawab berjemaah."
4. "Islam tidak membenarkan keluar daripada jemaah atas apa alasan sekalipun".


PAS ialah sebuah parti dan jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.
Menyertai dan komited dengan PAKATAN RAKYAT adalah keputusan amal jamaie, begitu juga dgn dengan dokumen (manifesto) Negara Berkebajikan, ia juga merupakan keputusan yg diputuskn secara jamaie, mengapa harus dipertikai lagi.

Teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor-“Jangan masuk PAS kalau anda cari dunia. Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda. Anda jangan perasan macam anda ulama kalau perjuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.
“PAS bukan untuk orang yang buru dunia.


PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta’ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta’ala”.



ALLAHUAKBAR !!!!

MENGAKU JUGAK AKHIRNYA....


BERKALI-KALI TUN MAHATHIR YANG KITA "KASIHI" ITU MENAFIKAN BAHAWA BELIAU ADA MEMINTA PERTOLONGAN DARIPADA BANK DUNIA MEMBERI PINJAMAN KEWANGAN KEPADA MALAYSIA. RAKYAT MALAYSIA JUGA BEGITU BERBANGGA KERANA MEMPUNYAI PM YANG SANGAT BERKALIBER YANG MAMPU MENGATASI MASALAH EKONOMI MALAYSIA TANPA MEMINJAM DRP "AH LONG" DUNIA KETIKA ITU..

TAPI KEBANGGAAN ITU BERAKHIR SEMALAM APABILA TUN M AKHIRNYA MENGAKU BAHAWA BELIAU MMG ADA MEMINJAM WANG DPR BANK DUNIA ITU...

OWHH.. BETAPA KITA TERTIPU SELAMA INI..

HANYA SETELAH PENDEDAHAN DIBUAT OLEH PAKATAN RAKYAT DAN HANYA SETELAH PENIPUAN TIDAK DAPAT DITUTUP LAGI, BARULAH TUN M MENGAKU..

ALANGKAH TERTIPUNYA KITA RAKYAT MALAYSIA... DAN YANG PALING MEMALUKAN BELIAU TANPA SEGAN SILU MENYURUH ORANG LAIN BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN DALAM ISU INI...

SAMA-SAMA KITA FIKIR2KAN..

Wednesday, December 21, 2011

KREDEBILITI "DIA" SEMAKIN TERCALAR



MELULUSKAN SKIM CEPAT KAYA? ADAKAH ITU SIKAP SEORANG PERDANA MENTERI? BERSEKONGKOL DENGAN PENIPUAN ? ATAU ADAKAH IA BERLAKU TANPA DISENGAJAKAN ?

OWHH.. TAKKAN BEGITU CUAI

SEORANG PERDANA MENTERI...

Monday, November 21, 2011

KEM MOTIVASI REMAJA

Kem Motivasi Remaja Perempuan

Anjuran :
Biro Hal Ehwal Muslimat & Unit Remaja Masjid Kajang

Tarikh : 3 Disember 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.30am - 4.30pm
Tempat : Masjid Jamek Kajang

Program ini bertujuan mengisi masa cuti sekolah para remaja dengan aktiviti yang positif dan bermakna.

Hidup remaja penuh pancaroba. Ada juga yang mengatakan kehidupan remaja penuh warna-warni. Bagaimanapun, remaja perlukan bimbingan dan motivasi untuk terus meningkatkan kejayaan dalam pelajaran demi mengejar cita-cita yang diimpikan.

Kebanyakan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun sering terperangkap dengan angan-angan, cinta dan khayalan. Manakala remaja perempuan pula sering terperangkap dengan masalah cinta dan kematangan. Mereka yang terlibat dengan masalah ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

Dalam tempoh usia ini juga kebanyakan remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang menjerumuskan mereka ke arah keburukan. Bermula dengan berkenal-kenalan melalui perbualan telefon dan facebook, akhirnya mereka mudah terikut dengan pengaruh kawan dan terbabit dengan pergaulan bebas serta gejala sosial.

Justeru, remaja perlu mengekalkan dan mengawal minat mereka ke arah perkara yang bermanfaat dan lebih baik untuk diri dan keluarga.

Program ini diharap dapat mengisi kekosongan jiwa para remaja dan mereka lebih menghargai diri sendiri.


PENCERAMAH UNDANGAN

Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza lulusan Kolej Matrikulasi Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau kini giat menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan/ motivasi dan kemasyarakatan. Filem pertamanya bertajuk Syurga Cinta dengan memegang watak Cikgu Syuhada, telah memberi impak yang besar dalam mendidik remaja. Bertanggungjawab sebagai duta Sunsilk dan beberapa jenama produk kecantikan yang lain.


Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin, seorang tenaga pengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang penceramah dan pakar motivasi yang sedang aktif dan dikenali. Beliau banyak mendapat undangan dalam membicarakan isu-isu semasa remaja.


SEMUA DIJEMPUT HADIR..

Kalam Ketua Penerangan PAS Pusat

Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.

Namun, apa yang penting ialah “Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?”

Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.

Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah. Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno.

Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.

1. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

2. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

3. Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

4. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

5. Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

6. Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

7. Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?

8. Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?

Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, “Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung.” Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan ‘Asal bukan Umno’ akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang.

Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC.

Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka.

Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.

Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?

Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, January 4, 2011

kuliah bulanan

muslimat dan keluarga dijemput ke kuliah bulanan bimbingan Ust.nik zawawi 9 malam di Pejabat kwsn ...