Thursday, September 23, 2010

RUMAH TERBUKA PAS HULU LANGAT


ASSALAMUALAIKUM WRT


PAS KAWASAN HULU LANGAT berbesar hati menjemput tuan-tuan & puan-puan sekalian ke RUMAH TERBUKA & JAMUAN HARI RAYA bersama PAKATAN RAKYAT HULU LANGAT sempena IedulFitri 2010.

Tarikh adalah seperti berikut :

26 SEPTEMBER 2010 (AHAD)

MASA :

11.00 pagi - 2.00 petang

TEMPAT :

DATARAN PRIMA SAUJANA, KAJANG.


KEHADIRAN SEMUA ADALAH DIALU-ALUKAN...


Salam dr kami :
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT


Thursday, September 9, 2010

SALAM EIDUL FITRI 1431


Semoga Eidulfitri membawa keimanan, ketaqwaan dan kesyukuran kita ke tingkat lebih tinggi selepas menjalani tarbiyah Ramadhan dengan jayanya..

IKHLAS DARI :

Ketua Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat serta seluruh warga DMPKHL untuk semua umat Islam.

Monday, July 19, 2010

Perangkaan anak ZINA !!!

perangkaan anak luar nikah..

Apa dah jadi dengan UMAT ISLAM kini ???

Sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar tanpa bapa ( luar nikah) membabitkan bayi dari individu beragama Islam.! Jauh lebih teruk dari Hindu, Kristian & Buddha. Itu dari zina yang 'termengandung', jika diandaikan 'termengandung' & 'berdaftar' itu 1/40 dari jumlah yang berzina, maka zina di kalangan Muslim 30,978 x 40 ...= ...??
Umat Islam di musim sangat lemah & menuju kehancuran.

Bagaimana kita mampu menyelesaikan hal ini, jika semua membiarkan diri ditunggang oleh nafsu?

SOURCE : UZAR & harakahdaily

Wednesday, July 7, 2010

SPR : HURU HARA JIKA DAFTAR AUTOMATIK



Suruhanjaya Pilihanraya SPR menolak pendaftaran pemilih secara automatik kerana akan menyebabkan huru hara. Demikianlah alasan sempit pemikiran yang dibuat oleh SPR. Alasan yang tidak dijelaskan ini menunjukkan SPR berada dalam kesempitan sehingga tidak sempat mereka reka alasan lain.

Jika dahulu SPR mengatakan masalah sistem akan berlaku kerana sukar untuk menyelaraskan pendaftaran diantara SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Alasan ini tidak lagi diterima, namun lebih baik daripada alasan terkini, 'huru hara'. SPR memberi kenyataan seolah-olah mereka berada dibawah kuasa yang terasing diantara Jabatan Pendaftaran Negara. Sedangkan Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR sama-sama berada di bawah kerajaan persekutuan.

Jabatan pendaftaran mempunyai rekod rasmi yang sah tentang rakyat Malaysia yang dilahirkan dan meninggal dunia. Mereka mempunyai rekod setiap warganegara yang mencukupi usia 21 tahun dan layak mengundi. Maka apakah masalahnya nama ini secara automatik menjadi pengundi berdaftar. Begitu juga dengan masalah pengundi yang meninggal dunia. SPR tidak perlu menanti bantahan daripada parti politik setiap kali musim bantahan dibuat kerana Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai rekod setiap kematian. Keluarkan sahaja nama yang sudah meninggal dunia daripada pendaftaran.

Jika hendak dikatakan SPR ini tunduk kepada kehendak parti pemerintah Barisan Nasional, apa untungnya Barisan Nasional jika ramai rakyat tidak mengundi? Pakatan Rakyat dan BN sama-sama perlukan undi. Jika untungnya BN boleh manipulasi sebahagian nama orang yang sudah mati untuk dijadikan pengundi hantu dengan diberikan kad pengenalan kepada hantu-hantu ini, sama sahaja faedahnya jika semua rakyat didaftarkan secara automatik sebagai pengundi. Manakan tidak, ketika pendaftaran pemilih perlu dibuat sendiri ini pun masih ada lebih 20 peratus rakyat yang tidak keluar menundi. Bayangkan jika semua orang didaftarkan sebagai pemilih. Boleh jadi rakyat yang tidak keluar mengundi meningkat sehingga 50 peratus iaitu kalangan yang tidak peka dengan politik dan pekak penderitaan diri sendiri.

Maka di sini juga ada ruang untuk dijadikan pengundi hantu yang mengundi bagi pihak BN. Inilah dilema SPR sejak berpuluh tahun ini. Bukan SPR tidak sedar, tetapi turut menjadi tidak cerdik sama seperti Barisan Nasional. Lihat sahaja bekas-bekas Pengarah SPR yang pencen. Setelah pencen sahaja, baru berani keluarkan kenyataan mengkritik peraturan-peraturan tidak telus SPR. Barulah hendak keluarkan cadangan-cadangan baik yang lebih dahulu Pas dan rakyat kemukakan.

Sudahlah peraturan untuk membuat bantahan nama-nama yang meninggal dunia dan nama-nama yang diragui menyusahkan. Setiap nama yang dibantah perlu dibayar RM10. Ada Pas negeri yang efisyen dan efektif melakukan gerak kerja pilihanraya terpaksa mengeluarkan berpuluh ribu wang untuk dibayar kepada SPR bagi membantah nama-nama pengundi yang meragukan. Apa peliknya, jika setiap suku pertama hingga keempat setiap tahun, setiap parlimen mempunyai 200 nama yang meragukan, satu negeri jika ada 15 parlimen, jumlah yang dibantah 3 ribu orang. Maka jumlah wang perlu dibayar RM30 ribu. tiga tahun buat bantahan, hampir RM100 ribu terpaksa dikeluarkan. Malah saya difahamkan, Kelantan lebih daripada jumlah itu.

Inilah dilema pilihanraya di Malaysia apabila parti pemerintah takut untuk kalah.

SOURCE : yahoogroup.com

Thursday, June 24, 2010

Munaqasyah Ucapan Dasar KM DMP Pusat





Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah... syukur pd Allah yang telah mengizinkan Munaqasyah Ucapan Tema Dewan Muslimat di adakan di Pejabat PAS Hulu Langat pada 22 Jun 2010 yang lalu. Terima kasih atas kesudian Ustazah Siti Zailah Mohd Yusuf , Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang meluangkan masa hadir ke Majlis Munaqasyah ini. Semoga kupasan dan perincian ucapan tema Ketua DMP PAS Pusat itu mampu sama-sama dilaksanakan demi perjuangan ini, insyaallah...

Terima kasih juga untuk perkongsian pengalaman yang cukup hebat untuk dicontohi. Sememangnya semangat Ahli Parlimen Rantau Panjang ini yang tidak pernah jemu berjuang untuk ISLAM wajar dicontohi oleh kita. Semoga Allah merahmati perjuangannya yang memudahkan perjalanan kita semua dalam perjuangan menegakkan DAULAH ISLAMIYYAH yang kita cita-citakan, insyaallah..

Tuesday, June 15, 2010

TAKZIAH..

Tintasrikandi mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Fadhil Ustaz Hassan Shukri, mantan Timbalan Presiden PAS atas kembalinya Almarhum ke rahmatullah semalam..


Ustaz Hassan Shukri, bekas Timbalan Presiden PAS

Dewan Pemuda sempat menganugerahkn Tokoh Pemuda kpd arwah Ustaz Hassan Shukri semasa Majlis Perasmian Muktamar Dewan2 PAS di PUTIK pd 9 Jun 2010 yang lalu. Antara jasa Al-Fadhil Ustaz Hassan yg terakhir ialah menyiapkan pindaan perlembagaan utk Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Semoga Allah memberkati perjuangan dan usaha Almarhum sepanjang hayatnya dan menempatkan rohnya dikalangan insan-insan yang diberkati Allah, para solihin dan syuhada insyaallah.. Allahumma ighfir lana wa lahu..

AL-FATIHAH


Friday, June 11, 2010

SELAMAT BERMUKTAMAR



ASSALAMUALAIKUM WRT..

SALAM PERJUANGAN BUAT SELURUH PENDOKONG & PENYOKONG PERJUANGAN ISLAM..

Sempana Muktamar Tahunan PAS tahun ini, TINTASRIKANDI mengucapkan Selamat Bermuktamar buat semua perwakilan. Semoga Muktamar menjadi medan pengerat ukhuwwah dan menjana idea yang hebat demi sebuah perjuangan yang akan kita teruskan selagi nadi masih berdenyut, insyaallah..

Salam perjuangan ikhlas dr kami :
Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat..

Friday, June 4, 2010

CINTA DI RUMAH ASSYAHID HASAN ALBANNA


Assalamualaikum wrt..

Tuan-tuan, puan - puan & sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.. Semoga hari Jumaat yang indah ini dapat kita hiasi dengan keindahan beriman kepada Allah swt dan mengasihi Rasulullah saw & perjuangannya..insyaallah...


Selalunya apabila kita membaca perihal sejarah Syeikh Al Syahid Hassan al Banna;maka kita menjadikan beliau sebagai tokoh dakwah yang hebat,pemimpin islah yang mujahid,genius, cerdas dan murabbi. Maka banyaklah penulisan beliau yang kita baca dengan harapan kita dapat mengikuti tarbiyah dan dakwah kotemparari yang di bawa oleh beliau dan jamaah Ikhwan Muslimin. Namun dalam keghairahan kita mengutip ilmu -ilmu yang ditinggalkan beliau pada umat Islam,jarang sekali kita membaca perihal Syeikh Hassan al Banna sebagai model dan contoh ketua keluarga. (termasuk diri yg menulis ini)


Kebetulan saya terbaca dalam salah satu buku yang bertajuk "Cinta Di Rumah Hassan al Banna" yang ingin saya kongsikan dengan bapa ibu betapa hebatnya seorang tokoh yang mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT dalam membentuk rumahtangga yang pendakwah yang berjaya. Tajuk ini juga pernah saya bicarakan bersama dengan rakan-rakan perbincangan kami. Fokus catatan saya melihat bagaimana Hassan al Banna dalam mendidik anak-anak beliau seramai 6 orang (Yang sempat bersama beliau ialah seramai 4 orang)

Kita semua sedia maklum akan kesibukkan Syeikh Hassan apatah lagi beliau ketika itu adalah pemimpin kepada gerakkan Ikhwan Muslimin. Masanya banyak digunakan untuk Dakwah dan beliau banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam menggerakkan ummah ketika itu.


Percaya atau tidak, antara kelebihan Syeikh Hassan dalam mendidik anak-anak beliau ialah:-

i) Sesibuk mana beliau,Sheikh Hassan akan memastikan untuk makan bersama dengan keluarga dan akan menggunakan kesempatan tersebut dalam memberi hak beliau terhadap keluarganya.

ii) Tidak pernah meninggikan suara samada pada anak atau bininya walaupun ada tikanya beliau berada dalam keadaan tertekan.

iii) Mengambil berat tentang hal-hal anaknya.Beliau menyimpan data dan carta setiap anaknya yang antaranya ialah tarikh kelahiran,no kelahiran, sejarah penyakit anak,pelajaran anak-anak,disiplin anak-anak dan sebagainya.

iv)Menyediakan keperluan rumah- beliau akan memastikan keperluan rumah mencukupi dan mencatakan keperluan tersebut samada mencukpi atau tidak.

v) Dalam kesibukan ,beliau masih sempat mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak nya dan memastikan anak-anaknya tidak ketingalan dalam pelajaran. Beliau sendiri akan menghubungi guru-guru jika anak-anaknya lemah dalam mata pelajaran tersebut.

vi) Beliau mengambil berat mengenai displin anak-anak dan mengambil berat tentang bahan bacaan yang dibaca oleh anak-anaknya. Jika anak-anaknya didapati membaca bahan bacaan yg tidak manafaat maka beliau akan memberi buku dan menasihatkan anaknya dengan cara terbaik.

v) Memastikan anak-anaknya mendapat belanja persekolah dan mendidik anak-anak membuat tabungan.

vi)Tidak menyusahkan isterinya. Pernah ketika mana beliau balik membawa sahabatnya di waktu malam dan isterinya telah tidur. Syeikh Hassan tidak mengejutkan isterinya malah beliau sendiri meyediakan minuman dan makanan untuk tetamunya itu.

vii)Amat teliti ketika balik rumah di waktu malam. Beliau akan membuka pintu dengan kunci secara perlahan dan tidak menggangu isteri serta anak-anaknya.

viii)Bermain bersama-samaanaknya ketika lapang.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang diceritakan oleh anaknya dalam buku tersebut, Alangkah jauhnya perwatakkan beliau dengan diri ini. Ketika mana saya menceritakan perkara ini pada rakan-rakan saya, maka kami akui betapa lemahnya kita berbanding dengan beliau . Saya memberitahu antara kesilapan besar saya sebelum ini adalah dengan menyerahkan hal pendidikan pada isteri saya dan ternyata kudrat dan keupayaan merka mempunyai batasan. Alhamdulillah Allah SWT masih menyayangi kami ketika itu kerana memberi kesedaran betapa si bapa harus berperanan besar dalam menentukan arah dan halatuju anak-anak ini.

Memang benar kata salah seorang rakan kami-jika nak tahu samada kita berjaya atau tidak dalam pendidikan anak-anak ialah bilamana dia menjadi kita sebagai idola dalam kehidupannya, kalau nak cari jodoh maka si anak akan katakan yang dia ingin kan pasangannya sepertimana bapa atau ibunya!!!!!. Jika dalam berdakwah dialah yang menjadi penyambung pada warisan ibu bapanya.

Semoga sedikit catatan ini dapat menyedarkan kita khususnya kaum bapa bahawa peranan mendidik anak-anak harus dipikul sepenuhnya oleh sibapa dan siibu menjadi pelengkap kepada terbinanya generasi anak-anak soleh dan solehah.Ibarat matahari dan bulan yang lengkap menlengkapi antara satu sama lain.

Sesibuk mana atau sehebat mana si bapa dalam berdakwah;luangkanlah masa untuk memberi hak pada anak-anak dan pada isteri anda kerana kegagalan kita mendidik-mendidik anak-anak dan isteri akan menyebabkan fitnah pada gerakan Islam.

Source : ARMA

“LARGEST OUTDOOR READING EVENT IN MALAYSIA”

ASSALAMUALAIKUM WRT...

SEMUA PENGUNJUNG TINTASRIKANDI DIJEMPUT KE :

- HARI ILMU SELANGOR -

TARIKH : 26 JUN 2010
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : TAMAN TASIK, SHAH ALAM


DAN

Pesta Buku Selangor 2010

( 25 Jun - 5 Julai 2010)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
03- 55197667


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, June 1, 2010

YAHUDI LAKNATULLAH MEMBUAT ONAR ...


Serangan Komando Yahudi Laknatullah ke atas konvoi Life Line 4 GAZA.

Mavi Marmara adalah kapal milik Turki. Antara rakyat Malaysia yang berani menyahut cabaran dan mempertaruhkan jiwa mereka utk misi kemanusiaan ini ialah :

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin (HALUANPalestin)
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, (HALUANPalestin)

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, (HALUANPalestin)

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, (HALUANPalestin)

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, (HALUANPalestin)

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, (Aqsa Syarif)

7. Tn Hj Jamaluddin bin Elias, (Yayasan Amal)

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, (Muslim Care)

10. Mustafa bin Mansur, (MAPIM)

11. Ashwat bin Ismail, (Wartawan ASTRO)

12. Shamsul Kamal Latif, (Juru kamera ASTRO)


Sama-sama kita teruskan amalan membaca qunut nazilah, Smg Allah menghancurkan Yahudi & Israel dan semoga Nusrah Allah sentiasa bersama seluruh pejuang-pejuang Islam, Insyaallah...

اللهم ﺇنانجعلك في
نحورأعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك. يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم


PAS akan mengadakan beberapa siri bantahan terhadap rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam sehingga membunuh kira-kira 20 sukarelawan di samping ramai yang cedera.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memberitahu, beberapa program telah diatur bermula dengan penyerahan memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat tengahari ini, dan majlis solat hajat dan himpunan aman rakyat Malaysia di Stadium Malawati Shah Alam diikuti dengan perhimpunan aman rakyat pada Jumaat ini.

CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT

CERAMAH PERDANA 3 TOKOH UTAMA PAKATAN RAKYAT


1. Y.B DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

2. Y.B DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
3. Y.B ENCIK LIM KIT SIANG

PADA
8 JUN 2010 (SELASA)

DI KOMPLEKS MUHIBBAH TAMAN BOLTON BATU CAVES.
(LANDMARK: GIANT BATU CAVES).

SEMUA DIJEMPUT HADIR.



ANJURAN LAJNAH PENERANGAN PAS PUSAT.


Thursday, May 27, 2010

Tazkirah hari ini..

Sama - sama kita renung-renungkan..

Said bin Amir, Gabenor Syam yang zuhud

Pada suatu hari, Khalifah Umar al-Khattab menerima utusan dari Syam di Madinah. Mereka datang untuk melaporkan beberapa perkara yang mereka perlukan dan melaporkan perkara yang berlaku disana.

“Senaraikan nama orang miskin di tempat kamu,” kata Umar yang mahu mengeluarkan wang bagi mereka yang miskin.

Utusan itu pun menulis nama-nama orang yang memerlukan bantuan. Umar meneliti senarai itu dan dia terkejut apabila mendapati nama Said tertulis didalamnya.

“Apakah Said ini Gabenor kamu?” Umar bertanya kehairanan.

“Ya, Said itu ialah Gabenor kami,” jawab utusan itu.

“Dia termasuk dalam senarai orang-orang miskin?” tanya Umar lagi dengan tegas. Rupa-rupanya Said telah kehabisan wang untuk kegunaannya sendiri.

“Ya,” jawab mereka bagi meyakinkan Umar.

Umar kemudian mengambil satu uncang dan menyerahkannya kepada utusan itu.

“Berikan ini kepada Gabenor kamu,” kata Umar.

Utusan itu kembali semula ke Syam. Setelah sampai, mereka menyampaikan amanah dari Umar itu kepada Said, Gabenor mereka.

Pada petang itu, Said pulang ke rumah. Dia membuka uncang tersebut tanpa pengetahuan isterinya, dan berisi wang seribu dinar. Pada Said, itu merupakan satu jumlah yang banyak. .

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun,” katanya sambil mengeluh. Kata-kata ini didengar oleh isterinya.

“Apakah Amirul Mukminin, Umar al-Khattab meninggal dunia?” tanya isterinya yang terkejut mendengarkan ucapan Said itu.

“Tidak, tetapi perkara yang lebih besar dari itu,” kata Said. “Bolehkah engkau membantuku?” sambungnya.

“Sudah tentu,” jawab isterinya.

“Ternyata dunia telah memasuki diriku untuk merosakkan akhiratku,” kata Said. Isterinya kehairanan mendengar kata-kata Said tetapi tidak bertanya apa-apa..

Pada pagi esoknya, Said memanggil orang kepercayaannya untuk membahagikan wang yang diterimanya itu kepada para janda, anak yatim dan orang miskin yang memerlukan bantuan. Dia mengarahkan semua wang itu diserahkan tanpa meninggalkan walau satu sen pun. Barulah isterinya memahami kata-kata Said semalam, bahawa wang yang diterimanya itu ibarat dunia yang didatangkan kepadanya untuk merosakkan akhiratnya.


Friday, May 21, 2010

KARNIVAL AURA UNGU 2010


Nisa' Malaysia akan menganjurkan Karnival Aura Ungu 2010 bertempat di Kompleks Kebudayaan Shah Alam pada 21 dan 22 Mei 2010.

Selain ekspo, Pertandingan nyanyian peringkat akhir , kami juga ada konsert menarik untuk anda menampilkan Aishah dan Heliza sebagai artis jemputan !!

Tempah tiket anda di http://kau2010.webnisa.net/ dengan hanya RM10 sahaja!!


SEMUA DIJEMPUT HADIR..

Wednesday, May 5, 2010

UMNO & PERAK !!!


Sewaktu PR memerintah Perak, UMNO menjaja merata kampung kononnya Hj Nizar boneka DAP, kuda tunggangan Cina, gadai tanah orang Melayu bagi kat Cina, mengabaikan Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membantu Sekolah-sekolah Cina, bagi peruntukan kepada kuil, tokong dan gereja dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah.


Hari ini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.

Saya percaya rakyat Perak mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan. MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perak.

Apa kewajaran MCA diberi keistimewaan begitu sekali oleh Kerajaan Negeri Perak. Projek-projek pembangunan kecil biasanya diperuntukan melalui wakil-wakil rakyat dan pejabat daerah.

Sewaktu PR memerintah Perak, PAS, PKR dan DAP tidak pernah diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan. Kerajaan PR memberi peruntukan RM 200 ribu setahun kepada wakil-wakil rakyat, manakala di setiap DUN yang tidak diwakili oleh wakil rakyat PR, kerajaan melantik Penyelia DUN untuk menyalurkan peruntukan tersebut.

Peruntukan RM 200 ribu itu pula tidak diberi secara tunai, mesti dipohon melalui projek-projek kecil pembangunan di Dun masing-masing. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut masih boleh digunakan untuk tujuan sumbangan kebajikan kepada wakil rakyat, JKKK, persatuan-persatuan, Ngo, belia dan yang seumpamanya.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan memproses peruntukan ini ialah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) dan Pejabat Daerah dan diluluskan oleh MB. Walaupun peruntukan sebanyak itu adalah kepada wakil rakyat, bukan bermakna wakil rakyat boleh sewenang menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan tertentu.

Inilah bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa Kerajaan BN terhadap harta rakyat. Kalau MCA yang menang satu kerusi di Perak pun diberi peruntukan RM 50 ribu setiap bahagian, bagaimana pula dengan UMNO yang memenangi banyak kerusi di Perak ? MCA hanya sebuah parti politik, MCA bukan jentera kerajaan, tidak ada sebab yang munasabah sebuah parti politik diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan.

Sebenarnya itulah cara BN mengurus dana kerajaan, parti politik diberi peruntukan semata-mata untuk menjaga kepentingan pengundi Cina yang semakin merosot sokongan mereka kepada BN.

Tindakan ini juga mengambarkan bahawa Zambrylah boneka MCA, semua kemahuan dan tuntutan MCA dipenuhi. Berbeza dengan Hj Nizar yang tidak memberi peruntukan kepada parti-parti politik sekalipun PAS, apatah lagi DAP dan PKR. Peruntukan kerajaan disalurkan mengikut peraturan dan prosedur yang betul.

Kita tidak pertikai kalau peruntukan untuk rakyat diberi melalui saluran yang betul, bukan sahaja RM 50 ribu bahkan ratusan ribu sekalipun, rakyat tidak pertikai

Cuba bayangkan kalau Hj Nizar sebagai MB Perak dulu umumkan peruntukan kepada setiap DAP Bahagian hanya RM 10 ribu sahaja, saya percaya setiap hari media arus perdana akan jadikan isu utama akhbar, UMNO dan wakil-wakil rakyat mereka sudah pasti akan gunakan isu ini untuk bangkitkan sentimen perkauman. Inilah UMNO BN.

SOURCE : USTAZ MISBAHUL MUNIR..


Monday, May 3, 2010

NAK BUNUH TOK GURU KITA ..PEMUDA UMNO KURANG AJAR !!!



Seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz. Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

INILAH TARBIYAH UMNO.. !!!!!

Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada mereka..Ya Allah... bantulah insan mulia tok guru Nik Abdul Aziz ini yang teraniaya ini, Ya Allah... perkenankan doa kami..

Thursday, April 29, 2010

MAJLIS HIMPUNAN HALWA PARLIMEN & NEGERI @ HI TEA

TARIKH : 1 MEI 2010 (SABTU)
MASA : 2.00 PTG
TEMPAT: DEWAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

TETAMU :

YB DR.CHE ROSLI CHE MAT
WAN HASRINA WAN HASSAN (K.MUSLIMAT NEGERI)
DATO' HASSAN MOHD.ALI
YB CHAN MING KAI (ADUN SIMPANG PULAI (DAP)
USTAZ AZMAN SHAFAWI K.PEMUDA PUSAT)


TENTATIF



2.00 - KEHADIRAN PARA TETAMU

2.30 - ALUAN PENGERUSI MAJLIS

UCAPAN ALUAN YB DR.CHE ROSLI
UCAPAN WAN HASRINA
UCAPAN DATO' PJ
SUMBANGAN KPD IBU TUNGGAL (OLEH YB DR.CHE ROSLI)

3.30 - CERAMAH DARIPADA YB CHAN

4.00 - CERAMAH UZTAZ AZMAN

4.45 - PERSEMBAHAN NASYID

BERSURAI..


Kehadiran semua adalah dialu-alukan..


Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor : Pandangan Mursyidul Am kita...


Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz: “Di Hulu Selangor ni, peluang terbaik untuk kita terangkan Islam kepada pengundi dan masyarakat. Ia sesuai kerana pegundinya bercampur antara Melayu, Cina dan India. Campuran pengundinya lebih kurang sama dengan keadaan penduduk di Malaysia. Maka, ia paling cocok untuk kita terangkan Islam. Sifat rakyatnya sebenarnya paling cocok jika kita terangkan Islam kepada mereka.

Sambung Tuan Guru lagi: “Kita kena yakin dan percaya, semua kaum di negara ini - orang Melayu, Cina dan India boleh ikut Islam. Kalau kita nak selesaikan masalah perkauman, maka bukan ajaran kebangsaan yang boleh menyelesaikan. Hanya ajaran Islam yang boleh menyelesaikan perkauman. Maka tak ada alasan untuk kita tolak Islam. Sesuai dengan bacaan doa iftitah, yang kita mengaku di depan Tuhan, “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku dan hidupku serta matiku adalah kerana Rabbil-‘alami.”

Semoga Allah Yang Esa sedia membekalkan kecekalan hati dan daya juang kepada para penceramah dan petugas kempen dalam pilihan raya Hulu Selangor. Nanti Pakatan Rakyat terus kekal di hati pengundi Hulu Selangor.

Catatan Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik MB Kelantan

Sunday, April 18, 2010

PAS DATUK ZAID SOKONG 100%


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP. Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu. Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam smlm. Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.



"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

SUMBER : HARAKAHDAILY

TINTASRIKANDI MENGUCAPKAN SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PETUGAS-PETUGAS PRK HULU SELANGOR.. SEMOGA KEMENANGAN MENJADI MILIK PAKATAN RAKYAT...

Monday, March 29, 2010

Muktamar DMPK HL 28/3/2010

SEKITAR MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 23,
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT

Pimpinan DMPK Hulu Langat

Penyampaian cenderahati kepada Tn Hj Razali oleh Ketua Muslimat

Para perwakilan yang hadir... Terima kasih semua

Ketua Muslimat

Sedang meneliti laporan mesyuarat

Kompilasi Laporan gerak kerja DMPKHL & cawangan-cawangan di bwh naungannya

Very nice..:)



MASA ADALAH KEHIDUPAN....


Assalamualaikum wrt..

Salam hormat buat seluruh pengunjung-pengunjung laman blog Tintasrikandi... Semoga ada istifadah yang dapat diperolehi daripada coreran kali ini...

Sahabat-sahabat sekalian,

Laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika... diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Tidak mampu lagi untuk mencari perkataan yang sesuai untuk diungkapkan kepada mereka-mereka yang tergamak untuk membuang & membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa ini.. Bayi itu suci, malah merekalah bidadari syurga yang dijanjikan Allah tanpa dosa terpalit kepada mereka akibat perbuatan manusia bernama jantan & betina yang tiada lagi iman & nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

Umumnya masyarakat mengetahui bahawa ia adalah berpunca dari gejala sosial dan mengsifatkan tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusian itu dilakukan oleh sijahil yang tidak tahu menilai erti kehidupan manusia.

Namun, amatlah dikesalkan kerana mereka yang mengecam sedemikian itu kononnya perihatin sebaliknya ada yang lupa diri bahawa mereka juga miliki kelemahan yang sama iaitu tidak tahu erti nilai diri manusia termasuk dirinya sendiri. Disebabkan leka mengejar kekayaan, pangkat, pengaruh serta kemahsyuran sehingga mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT itulah yang mengakibatkan nilai diri mereka semakin merosot dan hilang.

Kurangnya ilmu dan tidak mengambil iktibar dari kes pembuangan bayi tersebut dari sudut yang lebih besar telah merugikan mereka kerana Allah SWT sebenarnya memberi peringatan kepada semua bahawa nikmat detik masa kehidupan yang diberikan olehNya adalah sangat bernilai untuk dimanfaatkan bagi membeli tiket ke syurga pada akhirat kelak.

Dalam surah al-Ashr dimulai dengan perkataan ‘demi masa’ yang menjadi satu bentuk peringatan bagi seluruh umat Islam tentang kepentingan masa.

Firman Allah bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-Ashr, ayat 1 – 3).

Dan sebagaimana ungkapan yang disebutkan oleh as Syahid Hassan Al Banna (tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20) iaitu "Masa adalah kehidupan" maka gunalah subsidi masa kehidupan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana sesungguhnya nilai masa/kehidupan itu Allah SWT lah yang menentukannya.

wassalam...

Monday, March 22, 2010

PERASMIAN PEJABAT PAS DAERAH HULU LANGAT


22 Mac 2010 merupakan tarikh bersejarah untuk seluruh ahli PAS Daerah Hulu Langat. Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan khusus buat Ybhg. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang atas kesudian meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan Pejabat PAS Daerah Hulu Langat yang bertempat di Prima Saujana, Kajang Selangor.

PEJABAT PAS KAWASAN HULU LANGAT
G-18-1A Jalan Prima Saujana 2/D,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

Semoga pejabat baru PAS ini menjadi wasilah terbaik demi sebuah perjuangan menegakkan kalimah Allah di kawasan ini.. Tahniah & terima kasih untuk semua...




Thursday, March 11, 2010

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJIUN..

Assalamualaikum wbt.. Tintasrikandi ingin berkongsi rasa dengan anda semua melalui emel dari seorang sahabat mengenai kembalinya Syeikhul Azhar, Dr. Mohamad Sayyed Tantawi..

Sheikh Al-Azhar, Al Imam Al Akbar, almarhum Dr Mohamad Sayyed Tantawi meninggal dunia semalam, 10 Mac 2010 bersamaan 24 Rabiul Awal 1431 pada usia 82 tahun. Tidak adalah kesudahan yang paling baik bagi almarhum melainkan dapat dikebumikan di perkuburan Baqi" di Madinah, bersama para sahabat dan keluarga Rasulullah saw, disembahyangkan di masjid Nabawi, masjid Haram yang kedua bagi orang Islam.

Benarlah Firman Allah, seseorang itu tidak tahu di bumi mana ia akan mati. Shekh Al-Azhar telah melangkah masuk ke pintu kapalterbang di aport Riyadh dalam perjalanan pulang ke Mesir sekembalinya dari menghadiri acara rasmi di Riyadh, acara meraikan para ulama dan tokoh2 akademik menerima anugerah dari kerajaan Saudi.

Allah mengarahkan malaikatul maut supaya kesudahan hidup Shekh al-Azhar disempurnakan di bumi Rasulnya, disemadikan jasadnya di tanah perkuburan Rasulnya, dimasukkan jasadnya berdekatan para sahabat Baginda, tidak jauh dari maqam Baginda SAW.

Inilah kesudahan seorang Shekh yang amat disayangi oleh seluruh umat Islam, malah bukan Islampun amat menghormatinya dan menyanjung beliau. Semasa menjadi Shekh Al-Azhar, almarhum tidak kurang juga menerima celaan dan tentangan dari mereka yang tidak sependapat dengannya. Sebahagian dari celaan dan tentangan itu datang dari maklumat yang salah, tidak tepat, dan tidak kurang juga kejahilan mereka yang menentangnya.

Kini Allah membuktikan kepada semua umat di dunia ini bahawa Hadith Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya amal dan pekerjaan seseorang itu ialah kesudahannya. Kesudahan Shekh Al-Azhar adalah kesudahan yang amat mulia, menabur bakti di bumi Mesir, menjangkau manfaatnya keseluruh pelusuk dunia dan berakhir amalannya dengan disemadikan jasadnya disisi para Sahabat dan keluarga Rasulullah SAW di tanah perkuburan Baginda di Baqi", Madinah Munawwarah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd.
- YG ALKIS -

Wednesday, March 10, 2010

KULIAH DHUHA MUSLIMAT

ASSALAMUALAIKUM WRT..

 

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA UNTUK MENGHADIRI KULIAH DHUHA MUSLIMAT YANG AKAN DIADAKAN PADA  TARIKH SEPERTI BERIKUT :

 

13 MAC 2010

 

MASA :

 

9.30 PAGI

 

TEMPAT :

 

MASJID KAJANG

 

PENCERAMAH :

 

YBHG. USTAZ DATO’ ISMAIL KAMUS

 

TAJUK :

 

LAMBAIAN KAABAH, LAMBAIAN RAHMAT

 

Semua dijemput hadir..

 

RENUNGAN

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan (Agama) kami ini, yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak”… (H.R Al-Bukhari & Muslim)

"Wahai orang yang beriman, apabila diminta kepada kamu, "berilah kelapangan dalam majlis"(untuk membuka ruang tempat duduk orang lain),maka lapangkanlah, nescaya Allah memberi kelapangan untuk kamu. Apabila diminta kepada kamu,"berdirilah", maka bangunlah, nescaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman dikalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (dikalangan kamu) beberapa darjat.(Ingatlah) Allah maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".

 

Tuesday, March 2, 2010

FORUM SEMPENA MAULIDURRASUL

FORUM MAULIDURRASUL
TAJUK :
“RASULULLAH S.A.W LAMBANG INSAN CEMERLANG”

TARIKH :
5 MAC 2010 (JUMAAT)
8.00 mlm – 9.30 mlm

TEMPAT
SURAU SAUJANA IMPIAN,
SAUJANA IMPIAN, KAJANG, SELANGOR.

AHLI PANEL :

DR. ROBIAH K. HAMZAH
Pakar Motivasi & Kaunselor Keluarga

USTAZ ABU HASAM AL-ASH’ARI BIN ZAKARIA
Perunding Motivasi Excel Q Management, Penulis Majalah Seleksi & Mantan Pegawai Jakim

TN. HJ. IBRAHIM BIN HJ. NOR HUSSAIN
Pengarah Urusan, Bright Future Training


ANJURAN BERSAMA :

BADAN HAL EHWAL & KEBAJIKAN WANITA SELANGOR
(HALWANIS)

PERKIM HULU LANGAT

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT

DAN

SURAU SAUJANA IMPIAN.

ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH..

"Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Malahan mungkin ada antara ummat Nabi Muhammad saw langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk mengetahui biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibathul Aslamiyyah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul- Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW – SAYYIDUL ANAM

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Semoga timbul rasa cinta & kasih kita kpd mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Assalamualaika Ya Rasulullah..
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.. Wa ‘ala aalihi wa ashabihi ajmaiin..

Thursday, February 25, 2010

AQIDAH PERJUANGAN

Kepentingan Aqidah Terhadap Perjuangan Islam

Muqaddimah

Aqidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam. Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam. Menyedari betapa pentingnya kekuatan aqidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan aqidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

3 Unsur Utama Aqidah

1. Tidak mencari Tuhan selain Allah S.W.T
2. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah
3. Tidak mencari hakim selain Allah

Kepentingan Aqidah Terhadap Perjuangan Islam

1. Supaya jelas matlamat perjuangan

Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah S.W.T di mana setiap gerak kerja yang dilakukan mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya

2. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari bahasanya seorang arab badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:

يارسول الله! الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ؟ وفى رواية يُقَاتِلُ شَجَاعَةً و يُقَاتِلُ حَمِيَّةً , وفي رواية : يُقَاتِلُ غَضَبًا فَمَنْ فى سبيل الله؟ فقال رسول الله : مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةُ الله هِىَ العُلْيَا فَهُوَ فِى سَبِيْلِ الله

Maksudnya : Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan suapaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “ Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “ Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah? .” Rasulullah s.a.w menjawab :” Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah


2 kisah dalam peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara ini lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.

Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a.w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka

3. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuangan

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:

قَالَ الرَّسُوْلُ : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ ِبهِنَّ حَلاوَةَ الإْيمَان : أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ ِمَّما سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لايُحِبُّهَ إِلا ِللهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ

Maksudnya : Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan rasulNya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.

4. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar

5. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

6. Supaya amanah dan bertanggungjawab dalam perjuangan

قَالَ الرَّسُوْلُ : لا دين لمن لاأمانة له

قَالَ الرَّسُوْلُ : يا أبا ذر إنك ضعيف وأنها أمانة وأنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من آخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها – رواه مسلم

Maksudnya : Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya engkau lemah sedangkan jawatan itu adalah suatu amanah dan pada hari qiamat kelak kehinaan dan penyiksaan yang akan menimpa kecuali orang yang telah mengambilnya dengan hak dan menunaikan tanggungjawabnya

7. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam

فرمان الله تعالى دالم أية 19 سورة التوبة :
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين


Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim

8. Supaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam

9. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran

Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لايفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين .

Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan: “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.

10. Supaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan

Firman Allah S.W.T dalam ayat 104 surah an-Nisa’ :

ولا تهنوا في ابتغاء القوم , إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون , وترجون من الله مالا يرجون

Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan

11. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T

12. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan


120 سورة االأنعام :
وذروا ظــهر الإثم وباطنه إن الذين يكسبون الإثم سيجزون بما كانوا يفترون


Maksudnya : Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi balasan disebabkan apa yang mereka telah kerjakan

Pesan Sayyidina Umar al-Khattab : Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.

Penutup

Menyedari tentang betapa pentingnya aqidah yang jelas dalam meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini maka kita wajib memperteguh serta menyuburkannya dalam diri ke arah mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
SALAM PERJUANGAN DARI DEWAN MUSLIMAT PAS,
KAWASAN HULU LANGAT..
WASSALAM....

Sunday, February 21, 2010

Menegakkan benang yang basah...


Salam buat semua....

Hmmm... hari ini akhbar2 utama kerajaan bersungguh-sungguh benar cuba utk menegakkan "benang yang basah" dengan usaha mengelirukan orang ramai melalui penjelasan tuntukan isu petroleum kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan pusat juga bersungguh-sungguh turun padang melalui Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi penerangan mengenai isu pemberian wang ehsan RM 20 juta mulai bulan depan kononnya untuk rakyat negeri Kelantan yang "katanya" tidak pernah dianaktirikan.

Walau apa pun yang kerajaan pusat lakukan, Tintasrikandi yakin bahawa rakyat Kelantan lebih memahami agenda tersirat mereka. Tentu kita rakyat Kelantan tidak lupa pada sejarah yang berlaku di negeri jiran mereka Terengganu yang ketika pemerintahan BN, mereka menikmati 5% royalti minyak, tetapi sebaik sahaja kerajaan negeri bertukar tangan pada tahun 2004, royalti bertukar menjadi wang ehsan.

Kita mungkin tertanya-tanya mengapa penjelasan di akhbar hari ini tidak langsung menyebut mengenai jarak kedudukan tiga pelantar minyak di perairan Kelantan yang dituntut itu. Pengerusi Petroleum Kelantan, Husam Musa telah menegaskan bahawa jarak ketiga2 pelantar berkenaan kurang daripada 3 batu nautika, malahan jarak sebuah pelantar itu lebih dekat dari pelantar di Terengganu. Sekiranya jarak pelantar tersebut melebihi 3 batu nautika, untuk apa wang ihsan 20 juta itu diberikan ????? Dan mengapa pula RM 20 juta tersebut tidak diserahkan secara terus kepada kerajaan negeri Kelanntan ??? Mengapa pula ia diserahkan kepada UMNO/JPP utk diagihkan kepada rakyat Kelantan???? SANDIWARA APAKAH INI?????

Sama-samalah kita fikir-fikirkan.. Jangan biarkan retorik mereka menguasai fikiran kita..

Wassalam..