Monday, March 29, 2010

MASA ADALAH KEHIDUPAN....


Assalamualaikum wrt..

Salam hormat buat seluruh pengunjung-pengunjung laman blog Tintasrikandi... Semoga ada istifadah yang dapat diperolehi daripada coreran kali ini...

Sahabat-sahabat sekalian,

Laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika... diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Tidak mampu lagi untuk mencari perkataan yang sesuai untuk diungkapkan kepada mereka-mereka yang tergamak untuk membuang & membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa ini.. Bayi itu suci, malah merekalah bidadari syurga yang dijanjikan Allah tanpa dosa terpalit kepada mereka akibat perbuatan manusia bernama jantan & betina yang tiada lagi iman & nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

Umumnya masyarakat mengetahui bahawa ia adalah berpunca dari gejala sosial dan mengsifatkan tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusian itu dilakukan oleh sijahil yang tidak tahu menilai erti kehidupan manusia.

Namun, amatlah dikesalkan kerana mereka yang mengecam sedemikian itu kononnya perihatin sebaliknya ada yang lupa diri bahawa mereka juga miliki kelemahan yang sama iaitu tidak tahu erti nilai diri manusia termasuk dirinya sendiri. Disebabkan leka mengejar kekayaan, pangkat, pengaruh serta kemahsyuran sehingga mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT itulah yang mengakibatkan nilai diri mereka semakin merosot dan hilang.

Kurangnya ilmu dan tidak mengambil iktibar dari kes pembuangan bayi tersebut dari sudut yang lebih besar telah merugikan mereka kerana Allah SWT sebenarnya memberi peringatan kepada semua bahawa nikmat detik masa kehidupan yang diberikan olehNya adalah sangat bernilai untuk dimanfaatkan bagi membeli tiket ke syurga pada akhirat kelak.

Dalam surah al-Ashr dimulai dengan perkataan ‘demi masa’ yang menjadi satu bentuk peringatan bagi seluruh umat Islam tentang kepentingan masa.

Firman Allah bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-Ashr, ayat 1 – 3).

Dan sebagaimana ungkapan yang disebutkan oleh as Syahid Hassan Al Banna (tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20) iaitu "Masa adalah kehidupan" maka gunalah subsidi masa kehidupan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana sesungguhnya nilai masa/kehidupan itu Allah SWT lah yang menentukannya.

wassalam...

No comments:

Post a Comment