Monday, November 21, 2011

KEM MOTIVASI REMAJA

Kem Motivasi Remaja Perempuan

Anjuran :
Biro Hal Ehwal Muslimat & Unit Remaja Masjid Kajang

Tarikh : 3 Disember 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.30am - 4.30pm
Tempat : Masjid Jamek Kajang

Program ini bertujuan mengisi masa cuti sekolah para remaja dengan aktiviti yang positif dan bermakna.

Hidup remaja penuh pancaroba. Ada juga yang mengatakan kehidupan remaja penuh warna-warni. Bagaimanapun, remaja perlukan bimbingan dan motivasi untuk terus meningkatkan kejayaan dalam pelajaran demi mengejar cita-cita yang diimpikan.

Kebanyakan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun sering terperangkap dengan angan-angan, cinta dan khayalan. Manakala remaja perempuan pula sering terperangkap dengan masalah cinta dan kematangan. Mereka yang terlibat dengan masalah ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

Dalam tempoh usia ini juga kebanyakan remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang menjerumuskan mereka ke arah keburukan. Bermula dengan berkenal-kenalan melalui perbualan telefon dan facebook, akhirnya mereka mudah terikut dengan pengaruh kawan dan terbabit dengan pergaulan bebas serta gejala sosial.

Justeru, remaja perlu mengekalkan dan mengawal minat mereka ke arah perkara yang bermanfaat dan lebih baik untuk diri dan keluarga.

Program ini diharap dapat mengisi kekosongan jiwa para remaja dan mereka lebih menghargai diri sendiri.


PENCERAMAH UNDANGAN

Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza lulusan Kolej Matrikulasi Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau kini giat menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan/ motivasi dan kemasyarakatan. Filem pertamanya bertajuk Syurga Cinta dengan memegang watak Cikgu Syuhada, telah memberi impak yang besar dalam mendidik remaja. Bertanggungjawab sebagai duta Sunsilk dan beberapa jenama produk kecantikan yang lain.


Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin, seorang tenaga pengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang penceramah dan pakar motivasi yang sedang aktif dan dikenali. Beliau banyak mendapat undangan dalam membicarakan isu-isu semasa remaja.


SEMUA DIJEMPUT HADIR..

No comments:

Post a Comment