Wednesday, January 4, 2012

Warna-warni sambutan tahun baru 2012


Alhamdulillah.. kita masih diberi peluang oleh Allah swt untuk terus merasai denyut nadi perjuangan di tahun baru 2012 yang pastinya lebih getir. Dugaan makin bertambah…Cabaran makin besar…Ujian makin hebat… Itulah yang perlu kita sama-sama renung-renungkan.


Jemaah kita juga tidak lagi dari dugaan. Namun, apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah swt untuk menguji sejauh mana thabat kita dengan perjuangan ini. Mungkin ada pihak yang lebih suka menggunakan perkataan tapisan Allah terhadap jemaah kita. Ada juga yang menggelar ia sebagai parasit yang sedang berusaha melemahkan jemaah kita sendiri. Walau apa pun perkataan yang digunakan untuk menggambarkan masalah yang sedang kita alami, kita wajib beriman bahawa setiap sesuatu yang terjadi adalah daripada Allah. Samada ianya perkara yang baik atau pun buruk, kedua-duanya adalah daripada Allah yang pastinya ada hikmah yang perlu kita sedari.


Sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh pelbagai pihak telah mencerminkan pelbagai perkara. Samada ianya berbentuk negatif ataupun positif, sama-sama kita nilaikannya. Tinta Srikandi ingin merakamkan jutaan TAHNIAH kepada KERAJAAN NEGERI SELANGOR yang telah berjaya menganjurkan sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam dengan jayanya. Sambutan yang penuh dengan kesyukuran & keilmuan itu telah berjaya menarik puluhan ribu insan2 yang dahagakan sambutan tahun baru yang dipenuhi dengan roh keislaman. Alhamdulillah, ia berjalan dengan jayanya.


Sambutan tahun baru juga diwarnai dengan kerakusan pemerintah yang telah mengeluarkan arahan kepada pasukan Polis untuk menghentak MAHASISWA yang sedang berhimpun secara aman di UPSI. Tuntutan mereka sangat jelas, iaitu kebebasan dan keadilan untuk mahasiswa. Itu sahaja. Mereka bukan penjenayah, mereka tidak membawa apa2 senjata dan mereka juga tidak berpesta maksiat di situ. Tujuan mereka sangat jelas dan mereka memerlukan perhatian agar suara mereka didengar. Tetapi apa yang berlaku amat mengecewakan. Mahasiswa dipukul dan dibelasah tanpa belas kasihan. Dan yang paling melucukan kenyataan di buat oleh pihak Polis bahawa kecederaan berlaku akibat perbuatan mahasiswa itu sendiri.. Owhhh… alangkah jelek kenyataan pegawai kanan Polis.. amat-amat meloyakan. Polis juga mengulang skrip yang sama spt mana himpunan Bersih dahulu bahawa mereka mempunyai video yang benar bahawa Polis bertindak wajar dan tidak mencederakan sesiapa. Hmm.. Agaknya Polis terlupa bahawa video sebenar telah diupload di youtube tidak lama selepas kejadian itu berlaku, tanpa sebarang tapisan dan secara jelas memperlihatkan kelakuan Polis yang tidak masuk akal.


Itu lah antara periswa dan warna warni sambutan tahun 2012. Tinta Srikandi kali ini tidak berminat untuk mengulas tentang sambutan tahun baru yang dipenuhi dengan pesta maksiat dan pesta menabur benih manusia yang bebas berzina di tahun baru krn isu itu saban waktu terus diperkatakan. Selagi pemerintah tidak memerintah berlandaskan IMAN, maka selagi itu rakyat akan terus menderita dengan kebebasan maksiat tanpa sempadan.



No comments:

Post a Comment