Thursday, July 16, 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH


Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, sekali lagi Allah mengurniakan kemenangan di Manek Urai kepada seluruh pejuang, pendokong dan penyokong gerakan Islam di Malaysia. Ternyata janji-janji dan retorik yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin BN dan jentera mereka tidak mampu melawan tarbiyyah yang telah diberikan oleh kerajaan Islam Kelantan kepada seluruh rakyat Kelantan.
Kemenangan tipis dengan majoriti 65 undi di Manek Urai secara tidak langsung memberi isyarat bahawa kita perlu sentiasa bermuhasabah. Jangan terlalu selesa dengan kemenangan anugerah Allah ini, tetapi kita perlu meningkatkan usaha untuk memastikan tarbiyyah, dakwah & pembangunan berteraskan Islam di Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama' mampu menjadi contoh terbaik demi untuk mencapai impian kita membina Daulah Islamiyyah yang lebih gemilang, insyaallah..Pastinya jalan perjuangan kita ini masih terlalu panjang dan padanya terdapat pelbagai onak dan duri yang perlu dilalui. Hanya dengan Iman dan Taqwa mampu menjadikan kita terus istiqamah tanpa goyah untuk terus mendokong perjuangan ini.
Seluruh warga kerja Tintasrikandi dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Hulu Langat mengucapkan Tahniah kepada seluruh penyokong & pendokong perjuangan PAS, khusus untuk PAS Kelantan dan terima kasih buat seluruh pengundi-pengundi di Manek Urai. Hanya Allah yang mampu membalas setiap undi yang anda berikan demi memastikan perjuangan Islam dan kepimpinan Ulama' di kelantan terus utuh & teguh, insyaallah.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment