Sunday, February 21, 2010

Menegakkan benang yang basah...


Salam buat semua....

Hmmm... hari ini akhbar2 utama kerajaan bersungguh-sungguh benar cuba utk menegakkan "benang yang basah" dengan usaha mengelirukan orang ramai melalui penjelasan tuntukan isu petroleum kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan pusat juga bersungguh-sungguh turun padang melalui Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi penerangan mengenai isu pemberian wang ehsan RM 20 juta mulai bulan depan kononnya untuk rakyat negeri Kelantan yang "katanya" tidak pernah dianaktirikan.

Walau apa pun yang kerajaan pusat lakukan, Tintasrikandi yakin bahawa rakyat Kelantan lebih memahami agenda tersirat mereka. Tentu kita rakyat Kelantan tidak lupa pada sejarah yang berlaku di negeri jiran mereka Terengganu yang ketika pemerintahan BN, mereka menikmati 5% royalti minyak, tetapi sebaik sahaja kerajaan negeri bertukar tangan pada tahun 2004, royalti bertukar menjadi wang ehsan.

Kita mungkin tertanya-tanya mengapa penjelasan di akhbar hari ini tidak langsung menyebut mengenai jarak kedudukan tiga pelantar minyak di perairan Kelantan yang dituntut itu. Pengerusi Petroleum Kelantan, Husam Musa telah menegaskan bahawa jarak ketiga2 pelantar berkenaan kurang daripada 3 batu nautika, malahan jarak sebuah pelantar itu lebih dekat dari pelantar di Terengganu. Sekiranya jarak pelantar tersebut melebihi 3 batu nautika, untuk apa wang ihsan 20 juta itu diberikan ????? Dan mengapa pula RM 20 juta tersebut tidak diserahkan secara terus kepada kerajaan negeri Kelanntan ??? Mengapa pula ia diserahkan kepada UMNO/JPP utk diagihkan kepada rakyat Kelantan???? SANDIWARA APAKAH INI?????

Sama-samalah kita fikir-fikirkan.. Jangan biarkan retorik mereka menguasai fikiran kita..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment