Tuesday, December 27, 2011

PERINGATAN UTK KITA SEMUA...


Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam Pas.Namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
Pas terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa.Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmubyang sebenar pasti tersunggur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjemaah dalam Islam akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.
Inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah saw. Sesiapa yang menyertai Pas wajib mengikut haluan dan halatujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri berlandaskan Islam secara fekah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.
Ikhlas daripada Khadam Perjuangan Islam (Hj Abdul Hadi Awang)

No comments:

Post a Comment