Sunday, August 16, 2009

Isu arak : SELESAI...

Perselisihan antara Datuk Dr Hasan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor dengan pemimpin pusat DAP, Ronnie Liu telah selesai dengan perbincangan kedua-dua pihak dan pengumuman melalui sidang media baru-baru ini. Dalam kenyataan media, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam. Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan dijual kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.


Isu arak hangat diperdebatkan dan media Bee End seperti biasa memainkan peranan utama menokok tambah dan menjadikan isu arak sebagai modal untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa hubungan pimpinan Pakatan Rakyat semakin retak. Namun, penyelesaian terhadap isu ini hakikatnya membuktikan bahawa PAS tidak sesekali akan bersekongkol dengan kemungkaran khususnya penjualan arak kepada masyarakat Islam. Dan ia juga memperlihatkan kebijaksanaan pimpinan PAS menyelesaikan isu ini dengan hikmah dan membuahkan persefahaman antara DAP & PAS.

Seharusnya pimpinan Bee End patut bermuhasabah kerana sepanjang pemerintahan mereka di Tanah Melayu ini sejak tahun 1957 yang kononnya memperjuangkan "Ketuanan Melayu", mereka tidak mampu menghalang orang Islam bermaharajalela dengan minuman beralkohol dan arak yang sememangnya memudharatkan. Pastinya ker
ajaan Bee End dengan kuasa yg ada mampu mengarahkan JAKIM atau pihak berkuasa tempatan menghalang penjualan arak kepada orang Islam, tetapi mereka membutakan mata dan memekakkan telinga kerana mereka anggap perkara ini tidak penting dan tidak menebalkan poket mereka. Inilah bezanya pimpinan UMNO dengan PAS. Berasaskan kepada aqidah perjuangan PAS yang berteraskan Al-Quran & Sunnah, jelas sekali PAS tidak akan bersubahat dalam isu ini.

Tahniah kepada Datuk Hassan Ali dan seluruh kepimpinan PAS. Semoga dakwah kita akan terus berkembang dan mad'u kita semakin matang dalam menilai antara kebaikan dan kemungkaran. Kita berjuang menegakkan kalimah Allah bukan untuk mengaut keuntungan dunia, tetapi redha Allah adalah yg paling utama..


No comments:

Post a Comment