Tuesday, September 8, 2009

KEPALA LEMBU BERDARAH : Demonstrator akan didakwa !

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat kenyataan bahawa mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut. Mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.

Tintasrikandi :

Pastikan peguam negara tidak sekadar ber’ retorik dalam mengeluarkan kenyataan. Bertindak adil lah dalam menjatuhkan hukuman. Jangan disebabkan mereka itu penyokong UMNO, hukuman mereka diringankan. Mereka patut dikenakan hukuman sewajarnya kerana cuba mencetuskan api pertelingkahan dan menghina agama Hindu. Sebetulnya perkara ini boleh diselesaikan dengan hikmah, tetapi peristiwa ini sebenarnya menonjolkan bahawa UMNO Shah Alam mengambil peluang untuk memalukan kerajaan negeri Selangor. Kesilapan besar yang mereka lakukan ialah menggunakan kepala lembu yang masih berdarah sebagai “simbol penghinaan” kepada kerajaan negeri sehingga menimbulkan kemarahan penganut Hindu.

Tindakan tidak rasional UMNO Shah Alam ini menggambarkan betapa terdesaknya mereka mencari isu, agar kerajaan Selangor dapat digulingkan seperti kerajaan Perak. Walau pun media kerajaan BN cuba menyembunyikan DALANG sebenarnya peristiwa ini, rakyat Malaysia hakikatnya sudah bijak menilai isu. Mana mungkin penduduk Shah Alam yang rata-ratanya berpendidikan tinggi akan membuat tindakan gila mengarak kepala lembu berdarah. Tindakan ekstrim ini hanya akan dilakukan oleh UMNO semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Semua orang tahu….Betul kan?

No comments:

Post a Comment