Wednesday, September 30, 2009

SELCAT : Resolusi PAS Selangor

Walaupun kritikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) 2 minggu telah berlalu, sehingga ke hari ini media kerajaan masih cuba mengambil peluang untuk cuba memperlihatkan kepincangan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor. Dr. Hasan Ali juga menerima kritikan daripada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dan pemimpin PAS Selangor berhubung dengan isu ini.

Tintasrikandi berpendapat bahawa resolusi yang diluluskan oleh mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Shah Alam perlu diperhalusi dan direalisasikan bagi memastikan kemelut ini tidak berpanjangan. Antara resolusi yang dicapai ialah :

·         Memperakui dan menyokong Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri. Kedudukan beliau sebagai Pesuruhjaya negeri dibuat oleh presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar dan tidak timbul soal isu status kedudukannya yang memegang jawatan tersebut.

·         Menerima cadangan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  untuk untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat bagi memastikan tatacara & prosedur yang dilaksanakan dapat ditambah baik demi memastikan ketelusan dan keadilannya tidak dipersoalkan dan tidak memprejudiskan mana-mana pihak.

·         PAS negeri Selangor juga meluluskan resolusi bahawa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat Selangor dan tidak sesekali akan memusnahkan amanah yang telah diberikan kepadanya.

·         Resolusi yang tidak kurang pentingnya ialah saranan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kakitangan awam. Hubungan antara kerajaan negeri dan pegawai-pegawainya mestilah harmoni sepanjang masa bagi menjamin kelancaran jentera kerajaan negeri. Resolusi ini amat penting untuk diperhalusi bagi mengelakkan wujudnya masalah besar dikemudian hari. Ia sekaligus mampu menutup ruang kepada para pembangkang Negeri Selangor yang diketuai oleh Dr.Khir Toyo untuk terus membuat onar di negeri ini.

Prosiding Selcat yang terkini adalah menyiasat misteri adun-adun UMNO BN menghabiskan kesemua peruntukan tahunan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja iaitu sebelum Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008.  Perbelanjaan ini diuruskan oleh Pegawai Daerah selepas mendapat permohonan dan kelulusan dari Adun terbabit. Para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan ini telah mendakwa bahawa mereka disiasat tanpa belas dan secara kasar oleh Selcat. Inilah isu yang cuba dibangkitkan oleh Dr. Hasan Ali. Apa yang pasti, kritikan yang membina harus diterima pakai demi untuk kebaikan semua.

Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, wang rakyat di Selangor telah digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah duit dan peruntukan yang ada adalah hak mutlak mereka. Jika difikirkan melalui akal fikiran yang waras, wajarkah wang rakyat berjumlah RM1.6 juta digunakan semata-mata untuk membawa keluarga mereka bercuti di Disneyland, California, USA kononnya untuk urusan rasmi kerajaan. Rakyat juga perlu tahu bahawa prosiding SELCAT juga telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sama-sama lah kita fikir-fikirkan….

No comments:

Post a Comment