Tuesday, October 6, 2009

Calon pilihan rakyat : Zulkefly Mohd Omar

TELOK KEMANG, 5 Okt - Menyelami hati budi seorang wakil rakyat memang agak sukar untuk diduga memandangkan pelbagai rintangan dan cabaran yang pastinya tidak menjanjikan kesenangan dan masa lapang dalam kehidupan. YB kini bukan lagi singkatan bagi 'Yang Berhormat' sebaliknya 'Yang Berkhidmat' atau 'Yang Bekerja' untuk keselesaan dan kebajikan rakyat. Demikianlah gambaran yang diberikan calon PAS parlimen Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar selepas sesi turun padang untuk aktiviti kempen pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang baru-baru ini.

Mendekati masyarakat setempat di Telok Kemang membuatkan dirinya berasa terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikan. Bagaimanapun beliau tidak merasakan ianya serius dan besar serta mustahil untuk diselesaikan malah ia merupakan keperluan asas seperti bekalan air, sisa kumbahan, pengurusan sampah-sarap dan sebagainya. Rata-rata pengundi yang ditemui mengharapkan Zulkefly agar dapat membawakan masalah yang timbul kepada pihak berkenaan untuk diselesaikan. "Saya merasakan masalah yang dikemukakan ini mampu diselesaikan oleh Adun yang bakal dilantik kelak, kerana ianya hanya membabitkan keperluan asas sahaja," ujarnya kepada pemberita.

Oleh yang demikian beliau berjanji akan memberikan komitmen sekiranya mendapat mandat daripada rakyat Bagan Pinang bagi meneruskan agenda memartabatkan kebajikan rakyat.

Anak jati Lenggeng itu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005-2007) sebelum dilantik ke jawatan sekarang yang dipegangnya selama dua penggal. Zulkefly merupakan seorang ahli perniagaan dan memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat GLC dan Syarikat Telekomunikasi

Source : http://prkn31baganpinang.pas.org.my

No comments:

Post a Comment