Thursday, October 15, 2009

KALAH : Mereka belum faham prjuangan PAS

Mohd Nor Yahya : HARAKAH

KOTA BHARU, 14 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kekalahan di Bagan Pinang kerana jentera PAS tidak mempunyai cukup masa menerangkan dasar dan perjuangan parti dan melebihkan serangan peribadi terhadap calon Umno. Menurut Nik Aziz, pengalamannya semasa turun di Bagan Pinang menunjukkan sebahagian pengundi di Dun itu masih belum mengenali PAS secara mendalam.

Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut.

Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut. "Saya sendiri bertemu dengan tuan rumah yang saya pergi baru-baru ni dan mengakui masih tak faham perjuangan PAS ni lagi," katanya. "Ramai di antara orang melayu di sana masih beranggapan Islam itu ganas dan PAS juga ganas, ,jadi ini semua memerlukan masa untuk memberi pemahaman kepada mereka," ujar beliau lagi. Nik Aziz berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan,Abdul Fatah Harun sebelum ini yang mengakui teknik menyerang pribadi calon tidak diterima oleh pengundi Bagan Pinang.

Beliau juga berkata rakyat di Negeri Sembilan juga masih jauh untuk memahami perjuangan PAS. Kehadiran jentera PAS dari seluruh negara juga mungkin membuatkan mereka berada dalam kebingungan apatah lagi diasak tekanan dari parti lawan dengan hebat. Pada PRK Bagan Pinang 11 Oktober lalu, calon PAS, Zulkifly Mohd Omar tewas kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dengan majoriti 5,435.

TintaSrikandi :

Kita perlu menyedari hakikat bahawa, sokongan yang jitu dari masyarakat terhadap PAS adalah lahir dari aqidah perjuangan yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Kita tidak perlu menagih simpati masyarakat untuk menyokong kita, tetapi kita perlu berusaha untuk menanamkan kefahaman yang jelas kepada mereka bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang syumul. Perjuangan ini adalah berlandaskan kepada Islam. Seruan PAS, ialah ALLAHU AKBAR.

Impian membina daulah Islamiyyah bukanlah angan-angan kosong. Kita yakini bahawa khilafah Islam yang telah jatuh suatu ketika dahulu, PASti akan bangkit kembali. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Justeru, sama-sama kita meneruskan perjuangan ini. Usah sesekali jemu berjuang walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan. Sesungguhnya ALLAH tidak hanya akan melihat kejayaan yang akan kita capai, tetapi Allah PASTI akan melihat sejauh mana usaha yang kita sumbangkan demi kegemilangan Islam. Oleh itu, sama-sama berganding bahu, meneruskan langkah, memperkukuhkan jamaah dan terus menyumbang masa, tenaga & wang ringgit demi memastikan tertegaknya DAULAH ISLAMIYYAH yang di cita-citakan.

No comments:

Post a Comment