Thursday, October 8, 2009

Penyokong BN bertindak GANAS !

Bagan Pinang : Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang. Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi. Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut. Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka. "Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain. "Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan. Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Source : Harakahdaily.net

Tintasrikandi :

Bee End semakin hilang pertimbangan. Mereka merasakan mereka boleh berbuat sesuka hati termasuk mengganas dengan menggunakan senjata merbahaya dan mencederakan petugas-petugas PAS. Mereka boleh bertindak ganas kerana mungkin itulah arahan pemimpin mereka. Mereka pasti dilindungi oleh pemimpin-pemimpin politik yang sudah hilang pertimbangan yang rasional. Sama-sama kita nantikan apakah pulak alasan mereka terhadap keganasan dan tindakan melampau mereka terhadap PAS di Bagan Pinang semalam.


Ya Allah, bantulah kami di Bagan Pinang.. Bantulah kami melawan kezaliman BN. Berikan kami kekuatan untuk terus berjuang tanpa jemu demi Islam tercinta..Amin ya rabb...

No comments:

Post a Comment