Sunday, January 10, 2010

Allah... Tuhan yang ESA...

Assalamualaikum wrt & salam ukhuwwah buat semua pengunjung-pengunjung blog ini. Alhamdulillah, atas kesempatan masa kurniaan Allah kpd kita utk sama-sama berkongsi pandangan & mentelaah pelbagai isu yang agak panas ketika ini. Tintasrikandi bukanlah yang selayaknya untuk mengupas dan memberi komentar terhadap isu ini, tetapi atas dasar tanggungjawab, Tintasrikansi berbesar hati utk berkongsi sedikit info agar mampu memberi pencerahan kepada pembaca mengenai isu penggunaan kalimah "Allah" ini..

Berikut adalah sedikit info oleh Assoc Professor Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan mengenai maksud perkataan Allah untuk menambahkan kefahaman kita mengenai isu ini. Semoga bermanfaat untuk semua, insyaallah.

  1. Dalam agama Yahudi, Allah mereka adalah sama dengan Allah orang Islam. Masalah orang Yahudi adalah apabila mereka mengatakan Uzair (seorang mulia Yahudi) sebagai anak Allah. Mereka mempersekutukan (menduakan) Allah dan ini adalah satu kesalahan kerana Allah itu tidak lagi SATU.
  2. Dlm agama kristian, Allah mereka adalah sama dgn Allah orang Islam. Masalah orang kristian ialah apabila mereka menyekutukan (mentigakan iaitu konsep TRINITY) apabila mereka mengatakan Isa itu anak Allah (Jesus is son of God) dan ini adalah satu kesalahan kerana Allah itu tidak lagi SATU..
  3. Dalam agama Budha dan Hindu, Allah mereka juga adalah sama dengan Allah orang Islam. Masalah pengikut Budha dan Hindu adalah mereka menyengutukan Allah. (bukan setakat mendua atau mentigakan tuhan, malah mereka ada terlalu banyak tuhan-tuhan kecil yang tugasnya menyampaikan hasrat dan doa mereka kepada Allah, tuhan yang Satu) dan ini adalah satu kesalahan kerana Allah itu tidak lagi SATU.
  4. Dalam agama Islam, Allah kita adalah sama dengan semua Allah yang disebutkan di atas. Kelainan orang Islam adalah kita TIDAK SESEKALI mempersekutukan Allah dgn sesuatu yang lain. Kita hanya menyembah Allah yang SATU. Sebab itu, di dalam Masjid kita, tidak ada berhala atau patung atau gambar-gambar Tuhan yang boleh merosakkan akidah kita sebagai seorang ISLAM.

Mengapa isu penggunaan kalimah ALLAH yang SATU ini amat penting? Ini adalah kerana ia merupakan mesej yang dibawa oleh semua para Rasul dan Nabi. Semua Rasul dan Nabi, seperti Nabi Musa kepada orang Yahudi, Nabi Isa kepada orang Kristian malah Budha yang juga dikatakan Nabi, semua mereka ini menyeru kepada ALLAH Tuhan yang SATU.

Apabila Nabi Muhammad saw datang, tugas utama Baginda ketika itu ialah menyeru kepada TUHAN yang SATU iaitu ALLAH dan menghapuskan semua TUHAN-TUHAN lain walaupun tuhan2 itu(berhala) berada dalam tempat yang paling mulia iaitu di dalam Kaabah (Holy place).

Dalam al-Qur'an, surah al-Zumar, ayat 45, Allah berfirman: Apabila disebut ALLAH yang SATU, mereka yang tidak beriman (bukan Islam) akan rasa AMAT TIDAK SENANG, tetapi apabila disebut NAMA-NAMA TUHAN SELAIN ALLAH yang SATU, mereka yang BUKAN ISLAM ini akan AMAT GEMBIRA.

Jesteru itu, jelas kpd kita bahawa penggunaaan perkataan ALLAH itu amat EKSKLUSIF kepada orang ISLAM !!!



No comments:

Post a Comment