Thursday, May 14, 2009

Secangkir Kopi Buat Hidangan


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..syukur kpd Allah yang mengurniakan nikmat kesihatan yang terbaik kepada kita semua dan masih memberi peluang untuk kita merasai perjalanan hidup yang sangat indah dan penuh dengan kenikmatan. Hanya puji & syukur layak kepada Allah swt atas segala-gala nikmat ini. Mudah-mudahan nikmat yang dikecapi ini akan membuatkan kita semakin hampir dengan Allah dan sentiasa dinaungi dengan rahmat & kasih sayang Allah yang tidak terhingga.

Muktamar Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat tanggal 11 April 2009 telah menyaksikan perlantikan sof kepimpinan baru bagi sesi 2009 – 2011 dengan gandingan kepimpinan muda dan pimpinan yang berpengalaman dalam memacu perjuangan Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat.

Tahniah buat semua sof kepimpinan baru. Mudah-mudahan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan kerja-kerja dakwah, tarbiyyah dan Islah dalam jemaah PAS akan terus mencapai puncak kejayaan. Walaupun pelbagai onak dan duri yang meranjau laluan dan aral sering melintangi perjalanan perjuangan menegakkan kebenaran, PAStikan kita tetap teguh dan thabat dalam melayari bahtera perjuangan ini.

Selaras dengan perkembangan semasa, Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat telah menubuhkan UNIT LATIHAN & IT bagi memperkukuhkan organisasi untuk menghadapi cabaran semasa yang sukar untuk ditandingi kehebatannya tanpa benteng yan kukuh. Justeru kelahiran blog ini adalah diharapkan dapat menjadi wadah penyampai idea & maklumat daripada Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat (DMPKHL) kepada semua pelayar-pelayar di alam cyber ini. Semoga anda menyokong perjuangan kami..Wassalam..

Salam mesra & salam taaruf dari kami :
Tinta Srikandi, Unit IT Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Langat
13 Mei 2009

No comments:

Post a Comment