Friday, November 13, 2009

BAI'AH & PERJUANGAN..

Assalamualaikum wrt..

Salam buat semua penyokong & pendokong perjuangan Parti Islam Se-Malaysia PAS..Alhamdulillah….Sama-sama kita rafa’kan ksyukuran kpd Allah yang masih mengizinkan kita menikmati segala nikmat kurniaannya. Semoga Iman kita makin kukuh, jiwa kita makin kental dan perjuangan kita terus subur di muka bumi Allah ini. Akhir-akhir ini, pelbagai isu yang timbul sehingga membuatkan kita tidak senang duduk. Walaupun kita tahu bahawa isu yang timbul ini sememangnya dicanang oleh media-media kerajaan, tetapi lontaran isu itu membuatkan pemimpin-pemimpin kita melatah. Bermula dengan isu yang timbul di Negeri Selangor yang melibatkan Dr.Hasan Ali dan Ahli Parlimen Khalid Samad sehinggalah kepada isu Bai’ah Taklik yang juga masih segar di dada-dada akhbar. Secara tidak langsung, isu budget panadol yang dibentangkan oleh PM 2 minggu yang lalu seolah-olah lenyap. Bijak sungguh mereka memainkan peranan memanipulasi isu.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan berkaitan isu Bai’ah Taklik yang ditimbulkan baru-baru ini. Isu ini bukan hanya menimbulkan polemik kepada kita, tetapi puak UMNO juga tidak habis2 memberikan komentar negatif dan ia sedikit sebanyak mengelirukan ahli masyarakat yang kurang memahami apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan bai’ah.

Teringat saya ketika kali pertama melafazkan bai’ah untuk terus istiqomah dengan perjuangan Islam kira-kira 11 tahun yang lalu. Setelah berbulan-bulan menekuni usrah, halaqah, tamrin dan mula memahami dasar-dasar perjuangan Islam, akhirnya pada usia belasan tahun, lafaz bai’ah yang menjadikan Allah & Rasulnya sebagai saksi telah dilafazkan dengan penuh semangat dan diakhiri dengan doa mudah-mudahan Allah melindungi dan memberi kekuatan kepada seluruh pejuang-pejuang Islam. Bai’ah inilah yang menjadi sumber penguat untuk saya terus istiqomah dalam perjuangan untuk memastikan syiar ISLAM terus berkembang dan DAULAH ISLAMIYYAH menjadi kenyataan. Biarpun hakikatnya malu untuk saya mengaku diri sebagai pejuang Islam lantaran sedar terlalu sedikit bakti & keringat yang diberikan kepada ISLAM, namun saya yakin bakti yang sedikit ini mudah-mudahan menjadi saham sy di akhirat kelak insyaallah.

Untuk makluman pembaca sekalian, bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:

“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah s.a.w bersama kaum wanita. Kami membai`ahnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai`ah kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’ Berkata Rasulullah s.a.w, ‘Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’.....” (Riwayat Malik & At-Turmuzi)

Bagi saya, jika ada pun ahli-ahli PAS yang membuat Bai’ah taklik, ia merupakan satu cabaran kpd dirinya. Dia mengikat perjuangan & perkahwinannya dengan ikatan yg kukuh. Dia perlu bersungguh dalam perjuangan. Isterinya bukan dijadikan cagaran sebaliknya untuk mengukuhkan pendirian. Tiada lagi keraguan dalam hati kerana percintaan dengan isterinya adalah hingga ke akhir hayat. Begitu dengan dengan perjuangannya..Selagi nadi berdenyut, selagi itulah perjuangan akan diteruskan. Mana mungkin seseorang itu akan keluar parti/lompat parti kalau dengan itu akan menyebabkan perceraian berlaku. Sesiapa yg berani melafazkan bai’ah taklik itu bermakna hidup dan matinya adalah benar-benar untuk perjuangan..Keluarganya juga adalah pendokong perjuangan dan dirinya juga telah dikorbankan demi sebuah perjuangan.

Salam hormat dari saya.. Unit IT DMPKHL.

No comments:

Post a Comment